ain memasak untuk makan tengahari .masak sayur putih,ikan goreng,sambal belacan,sayur goreng masakan simple dan cepat.
sayur kutip di belakang rumah saja.
papa,abang mus mari jemput makan!"
papanya dah lama tak makan masakan kampung .suapan pertama papanya makan dia menangis terisak2.terpaksa mus tenangkan papanya.
maafkan papa ain!"
maafkan dosa2 papa!"
sudahlah papa!" makan nasi tak payah kenang kisah dulu.ibu pun tak suka!"
mus makan nasi dengan selera sekali masakan kampung yang menyelerakan .sampai tambah nasi 2 kali!"
"papa makan nasi sambil mengesat air mata.dia teringat 20 tahun dia hidup mewah isterinya di kampung makan nasi hanya kutip sayur di belakang rumah.anaknya2 susah semua sanggup kerja untuk bayar yuran sekolah.sedangkan dia pergi shopping luarnegara setiap bulan.
airmata masih mengenang nasi hendak di telan tak boleh.
papa dah kenyang ?" papa tak boleh nak makan ain ,papa terkenang dosa2 papa pada ain dan ibu.
papa nak jumpa ibu sekejap!"
kiah!" kiah!"
boleh abang masuk?"
masuklah !"
kiah melipat sejadahnya.berpaling pada Dahlan,ada apa abang !"
kiah !"
abang bersujud pada kiah ampunkanlah abang kiah terlalu banyak dosa abang pada kiah!"
abang macam mana kiah mudah nak maafkan abang .kiah ditinggalkan 20 tahun bang ! bukan 2 hari, bukan 2 tahun.
anak kita 4 orang bang!"
cuba abang fikir!"
sekarang yang penting abang mohon kemaafan dengan tuhan dulu.isi hati abang dengan agama baru kiah fikirkan soal kemaafan kiah.!"
kiah ini duit kiah yang selama 20 tahun abang kirimkan tapi kiah tak pernah ambik .jadi abang buka akaun untuk kiah di bank islam dulu.abang masukan duit setiap kali company untung ,duit belanja kiah dan ain tentang anak2 yang lain abang minta maaf abang tak tahu ?"kalau abang tahu abang balik cari kiah?"
abang ingat kiah duduk rumah kita yang abang tinggalkan tu.!"
kiah berlinangan air mata.sekarang umur pun dah 56 tahun .
"kalau dulu abang buat macam ni kiah sanggup pertaruhkan nyawa kiah untuk abang tapi hari ini kiah dah tua ,kiah tak harapkan kasih seorang suami kalau boleh kiah nak mati sendiri disamping anak-anak sahaja.
"abang telah membuat hati kiah betul2 hancur !!!terlalu hancur!!! itu saja yang boleh kiah cakap!"
kiah tolong maafkan abang!" maaf tu senang tapi kalau kiah kata kiah maafkan abang tapi hati kiah kata tak boleh!" baik tak payah
apa yang boleh abang buat untuk kiah maafkan abang?"
kembalikan masa muda kita bang!" masa yang patut abang sayangi kiah!
masa abang patut belai kiah!"
masa abang patut didik anak-anak!"
kalau abang dapat ganti masa semua itu.kiah akan maafkan abang dan kiah akan mati dengan tenang!"
Ain dan mus mendengar luahan ibunya .tergaman besarnya luka papanya tinggalkan buat ibu sampaikan apa pun papa buat tak dapat ubati luka ibu.mus pandang ain tak sanggup dia dengar luahan hati ibunya .hati ain bagaikan di carik-carik." ya allah sejukkan lah hati ibuku!" berikanlah kebahagiaan kepada ibuku.lalu ain dan mus keluar dari rumah .ain dan mus duduk dihalaman rumah sambil dengar tangis sayu ibu dan papanya.
papa menangis lagi terisak2 tanpa malu dan segan papa merayu pada ibu.
kiah! maafkan abang besarnya dosa abang pada kiah!"
abang taubatlah dosa abang pada tuhan selama 20 tahun abang tak tunai tangungjawap abang sebagai seorang suami dan papa pada anak2 hanya tuhan mampu ampunkan dosa abang.
kiah akan maafkan abang bila hati kiah boleh terima abang!"
maafkan kiah..duit abang kiah tak mahu satu sen pun.sebab 20 tahun kiah mengemis dari abang tapi tak pernah dapat.hari ini abang bagi duit pada kiah berjuta pun untuk apa !" semuanya sudah hancur!"
tengoklah pondok buruk ini saya tinggal bersama anak2.
Dahlan tak boleh nak bangun kerana terlalu lemah selemahnya2 dahlan berkata kiah!"
mulai hari ini abang akan mulai dari awal semula abang akan jadi papa dan suami untuk kiah .itu janji abang .
Dengan umur abang 58 tahun tak akan sama masa abang tinggalkan kiah .abang tak akan dapat mengembalikan apa2 yang tertinggal.maafkan kiah ,kiah rasa kiah isteri yang gagal kiah tak cantik macam isteri abang,baju kiah hanya rm15 satu .baju isteri abang rm2500 satu.beg kiah hanya rm10 dan beg isteri abang rm30k satu.beza banyak sangat abang!"
abang buat apapun tak akan dapat mendapat cinta kiah kembali.
baliklah abang pada rahimah.dia sesuai dengan abang .abang akan malu beristerikan kiah.kiah orang susah bang..baliklaa!!!
yang penting sebelum abang pergi ceraikan kiah biar kiah habiskan sisa hidup yang daif ni sendiri dengan anak-anak!!
kiah!!!
abang sanggup mati dari ceraikan kiah!" tolonglah biar abang bahagiakan kiah walaupun sekejap.
esok abang mahu kita pindah duduk dekat dengan univesiti anak2 kita.esok abang akan beli rumah kawasan universiti untuk senang abang hantar dan ambik anak2 dari U .kita pindah k.l esok ya kiah?"
kiah diam seribu bahasa .dia memikirkan patut ke dia terima kemaafan suaminya.
"boleh ke abang janji ?"abang tak akan jumpa bekas isteri abang selama 20 akan datang.kalau dulu abang tinggalkan kiah 20 tahun tanpa khabar berita tanpa jumpa.sekarang abang sanggup ke?" tak jumpa dia.kalau abang jumpa dia jatuh talak pada kiah abang sanggup ke?
"demi kiah dan anak2 abang sanggup!"
"kalau macam tu kiah ikhlas maafkan abang !" kita mulakan hidup baru semula.
"maafkan kiah sebab terlalu beremosi dengan abang !"
"kiah tak ada dosa dengan abang ! abang yang banyak tanggung dosa selama ini..
Dahlan datang rapat ke tubuh isterinya dipeluk dicium seluruh wajah kiah hanya kata2 terima kasih sahaja dapat diucapkan.
sebelum mula hidup baru abang nak telefon rahimah nak beritahu tentang berita ini.dia tertunggu khabar kiah dari abang sebab selepas ini abang tak akan berhubung lagi dengannya lagi.
assalamualaikum rahimah?" kiah dah maafkan abang !"tapi ada syaratnya kalau abang berhubung lagi dengan rahimah selepas hari ini.Dengan sendirinya talak akan jatuh satu talak ke atas kiah!"
Itu janjinya dia tak akan jumpa rahimah lagi cukuplah 20 tahun dia bergembira dengan rahimah sedangkan isteri mudanya merana dengan anak2.
isteri mudanya tak pernah tahu dia dah beristeri sebelum ini.
dia begitu berdosa pada isteri mudanya.
rahimah mendengar suaminya panggil nama penuh dia tergaman dia sedar dia bukan isteri dahlan lagi.dia wanita biasa bukan datin lagi.dia akan duduk dirumah jaga cucu selepas ini.
Dia akur permintaan isteri muda suaminya sedangkan dulu dia pun buat permintaan yang sama dan syarat yang sama sebab tu suaminya tak balik kampung kerana takut talak jatuh sebab sudah bertaklik macam tu.inilah karma dirinya yang tamak dulu.
"abang maafkan saya,saya tak akan jumpa abang lagi.ampunkan dosa saya abang ,semoga abang bahagia..
ain dan mus menyasikan taklik ibu dan papanya.hanya senyuman terbit dibibir bila papa berpeluk dengan ibu dengan penuh kasih sayang .semoga papa dan ibu bahagia.
"ain dah 2 jam abang disini !" abang balik dulu?" abang malas nak ganggu papa dan ibu yang baru berbaik .ain pun rehatlah biar ibu selesaikan masalah diaorang.
abang hati-hati!"
Share this novel