BAB 2

Romance Series 8748

Tetapi Syahir belum nampak muka aku lagi.
"Bie...Sampai jugak you...I bawak kakak I.Macam yg I cakap hari tu...Tapi dia dh kahwin...Takde chan lah you..."Manja suara Maya menyapa pendengaran telingaku.

Aku menoleh memaksa diriku untuk memandang wajah Syahir.Rambutnya masih basah.Pasti baru lepas mandi.'Ohh...Tadi aku suruh bangun kau tak nak.Tunang kau call...Laju aje kau mandi kan?'Cemuhku dalam hati.

Pucat sudah wajah Syahir tika itu.Maya memandang wajahku pula."Akak.Ini Ezuan.Tak silap Maya...Nama panjang dia Syahir Ezuan kot." Kata Maya sambil melihat atas.Seolah olah cuba mengingati sesuatu.

Aku hanya diam.Dendam aku pada Syahir mula meluap luap.'Sampai hati kau Syahir!!!'Marah aku membara hebat."Bie duduklah."Kata Maya masih lagi manja.Aku tahu adik aku ni manja.Tapi kali ini aku rasa meluat sgt.Biasanya aku rasa seronok kalau adik tiri aku manja dgn sesiapa pun.Tapi kali ni...Ah !

"Dik.Akak terpaksa balik.Rasa nak muntah pulak.Loya..."Kataku dgn selamba.Mahu perli Syahir sebenarnya.Muka Syahir bertambah pucat.Nampak lesu pun ada.Maya mengangguk.Dia tahu sgt masalah org mengandung.Selalu muntah muntah dan loya.Lagipun akaknya sudah berjumpa dgn tunangnya.

"Assalamualaikum..."Kataku dgn sinis betul betul depan muka Syahir.Anak mata Syahir memandang bawah.Iaitu lantai.'Pandanglah muka bini kau ni!!!Suami tak guna...Muka isteri kau ni lagi cantik daripada lantai putih tu lah!'Cemuhku dalam hati.

Aku masuk ke dalam kereta dan menangis sepuas puasnya.Tak pedulikan Sarah.Sahabat yg membawa aku berjumpa dgn Maya.Dan suamiku.
"SUAMI TAK GUNA !!!"Aku menjerit sekuat hatiku.Aku pasti org yg lalu lalang di depan kereta Avanza aku itu pasti mendengarnya.Pastu mesti mereka fikir.'Meroyan ke apa pompuan ni.'Aku menangis lagi.Aki menendang kerusi empuk tersebut.Tetapi aku sudah tak rasa kerusi masih lembut atau tidak.

Sarah hanya membiarkan aku melayan perasaan sendiri.Dia membawa aku ke destinasi yg tak diketahui sesiapa pun.Ke tempat yg mungkin tiada sesiapa akan bersedih di sana.

(11:30 malam)

Syahir mula risau memikirkan keadaan isterinya di luar sana.Maya Latiff telah menyampaikan berita yg buat dia menyesal menjalinkan hubungan dgn Latiff.(Latiff tu Mayalah.Takut pambaca keliru pula siapa Maya...Siapa Latiff.)

Akhirnya..
Tepat pukul 12:00 malam,aku pulang juga ke rumahnya.Aku sudah jemu mengeluarkan air mataku.Tak mahu Syahir berseronok bersama Maya tetapi aku menangisi nasibku di sini.
Aku tahu Syahir pasti tahu yg aku sudah menangis seharian.Aku perasan jugak tadi.Mataku sembap menandakan aku menandakan aku hanya menangis tanpa henti.Ternyata tempat yg Sarah bawa aku langsung tak hilangkan rasa amarahku.Apah patut kulakukan???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience