Series
8872
"Happy birthday to you, happy birthday to you,happy birthday to you Engku Ilda, happy birthday to you"nyanyian dinyanyikan secara beramai-ramai
"Terima kasih"ucap Engku Ilda ceria
"Boleh jemput makan"pelawa Tengku Dani. Tetamu terus mengambil makanan yang telah terhidang di atas meja yang besar dan lebar itu.
Pelbagai makanan yang telah disediakan. Antaranya cupcakes, candy, makanan barat seperti chicken chop dan mushroom soup juga disediakan
"Ibu"panggil Arianna
"Ye,kenapa?"soal Puan Brenna
"Ayah mana?tak ikut sekali ke?Amelia,Ainsley,Austin dengan Alvin mana?"soal Arianna pula
"Masing-masing ada hal. Ayah outstation. Austin biasalah kat rumah nenek pergi jumpa Evan. Amelia ada kerja kat office cause ayah outstation right? So dia kena buat semuanya.Ainsley and Alvin diorang ada class"terang Puan Brenna
"Oh...semua busylah ni?"
"Tak semua kecuali abang kesayangan Aria lah. Manjang pergi jumpa Evan. Lepastu kerja semua dia bagi kat Amelia"bengang Puan Brenna
"Hahahaha. Abang Austin kan memang macam tu. Nasiblah Kak Mel tu penyabar"kata Arianna
"Tau pon"
"Aria,ibu nak balik dah ni. Kalau ada masa lapang nanti balik rumah tau?"pesan Puan Brenna
"Okey ma'am"balas Arianna
"Ibu balik dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Aria?"panggil Engku Fasha
"Yes"
"Jom masuk. Mama ada dekat dalam dengan Mummy Isma"ajak Engku Fasha
"Mummy Isma? Siapa tu?"soal Arianna dengan muka berkerut
"Jomlah masuk dulu, nanti Kak Fa cerita"tangan Arianna dipegang lalu diheret masuk ke dalam rumah
"Mama."panggil Engku Fasha yang sedang menarik tangan Arianna
"Ha! Aria, mari sini. Mama nak kenalkan kakak Mama dengan Aria. Ni Engku Isma, kakak Mama"ujar Engku Ilda
Arinna terus menyalam tangan Engku Isma. "Gilalah,tangan orang dah berumur pun still lembut, sejuk je. Macam tangan baby."ujar Arianna di dalam hati. Kemudian dia melemparkan senyuman kepada Engku Isma.
"Ilda,muka dia memang sama dengan Dalisyha. Cuma perangai Dalisyha lebih kebudak-budakan berbanding Arianna"ujar Engku Isma
"Haah, tapi kalau akak perasan Aria tak ada lesung pipit. Tapi muka still sama dengan Dalisyha"kata Engku Ilda. Engku Isma hanya mengangguk kan kepala tanda setuju
"Ni, Rayyan mana?"soal Engku Ilda mengejut
"Lah..dia tak jumpa Ilda lagi ke? Bertuah punya budak"marah Engku Isma sebelum telefonnya diambil lalu dia menelefon Rayyan. Belum sempat mendail nombor telefon...
"Mummy, stop. Tak perlu call Rayyan. Rayyan ada dekat sini"kata seorang lelaki di belakang Engku Isma
Engku Isma berpusing "Bertuah punya budak. Mana kamu pergi? Kesian Mama Ilda tunggu kamu dari tadi"marah Engku Isma
"Heheheheh, Rayyan borak dengan Sufian sampai lupa nak jumpa Mama Ilda"kata Rayyan sambil menggaru kepala yang tidak gatal
Arianna hanya memerhati. Oh my god!!! Dialah yang tolong aku tadi!!!
"Tulah dia, kat rumah janji lain. Sampai sini jadi benda lain" Engku Isma masih memarahi Rayyan
"Dahla tu Kak"pujuk Engku Ilda
"Haih,sorrylah Mummy. Rayyan terleka tadi"mohon Rayyan
"Baik, ini kali terakhir Mummy bagi peluang dekat Rayyan"ujar Engku Isma
"Mama Ilda. Ni hadiah dari Rayyan"Rayyan menghulur satu kotak hadiah yang dibaluti dengan pembalut berwarna biru dan perak.
"Thank you Rayyan"kata Engku Ilda sambil memeluk anak buah kesayangannya itu
"Welcome Mama Ilda"jawab Rayyan dengan senyuman
Engku Ilda melepaskan pelukan. "Ha Rayyan,ni Arianna. Anak angkat Mama Ilda"ujar Engku Ilda
"Anak angkat Mama?"soal Rayyan pelik
"Yep. Cuba Rayyan tengok muka dia betul-betul. Rayyan rasa muka dia macam siapa?"tanya Engku Ilda
"Dalisyha"kata Rayyan perlahan.
"Yes, her face like Dalisyha right?"soalan Engku Ilda dijawab dengan anggukan
"Tapi yang dapat membezakan mereka ialah perangai dan lesung pipit"senyum Engku Ilda
Rayyan hanya mendengar. Tanpa dia sedar bahawa, dia yang telah menyelamatkan Arianna daripada jatuh tadi. Tak perasan.
"Hai saya Arianna just call me Aria"ujar Arianna ramah
"Oh. Rayyan"balas Rayyan mendatar
"Btw, thanks sebab tolong saya tadi. Kalau tak confirm saya dah jatuh macam nangka busuk dekat halaman rumah tu"kata Arianna
Rayyan terkaku. Dia ni ke yang aku selamatkan tadi?
"Oh. You are welcome"balasnya selamba
"Kenapa? Apa yang dah jadi?"soal Engku Fasha
"Ermm...tadi waktu Aria tunggu ibu datang tiba-tiba ada budak terlanggar Aria, tapi nasib baik Rayyan ada waktu tu. Dia yang tolong Aria"terang Arianna
"Ohh"
"Eh, Ilda. Akak pon dah nak balik. Nanti kalau ada masa terlapang akak datang lagi"kata Engku Isma
"Iyelah, baik-baik balik tu. Rayyan, bawak mummy elok-elok. Jangan nak bawak laju-laju je"pesan Engku Ilda
"Baik Mama Ilda tersayang"balas Rayyan
"Eee...budak ni. Mengada-ngadakan"Engku Ilda membuat mimik muka yang garang. Saja nak gurau-gurau
"Heheheheh, okeylah Mama Ilda kitaorang balik dulu. Bye" -Rayyan
"Yelah"
#vote
Share this novel