Bab 1- kejadian yang tak diduga

Horror & Thriller Completed 716

Iman bersiap siap untuk ke pejabatnya.Hari ini dia lebih bersemangat berbanding biasa.Iman mencari isterinya di sekeliling rumah tetapi batang hidung pun tak nampak.

"Abang...awalnya abang nak pergi kerja harini?"Wardah isteri kepada Iman menegur dia dari belakang.Terkejut beruk Iman dibuatnya.Wardah memegang sesuatu di tangannya yang membuatkan Iman berasa curiga.

"Apa yang sayang pegang tu?"tanya Iman dengan nada yang curiga.Wardah seperti memegang sesuatu yang telah dibalut dengan kain kuning.Dia terus menyorokkan balutan kain kuning itu di belakang badannya dengan muka yang cuak.

"Takde ape ape pon.errr..abang dah nak pergi kerja kan?haaa..jomlah wardah hantar abang dekat kereta."ujar Wardah seperti ada sesuatu yang sedang disorokkan.Iman cuba membuang perasan curiga itu jauh jauh dan cuba bersifat positif.Setelah Wardah mengucapkan selamat tinggal Iman pon pergi ke tempat kerjanya.

"hehehehe..tunggu kau Iman."ujar Wardah dengan penuh perasaan dendam di dalam hati.

Akhirnya Iman sampai di pejabatnya.Keadaan di dalam pejabat masih gelap dan sunyi,ini mungkin kerana tiada pekerja yang masuk ke pejabat lagi.

"ohhhh baru pukul 6 pagi patutlah..aku ingat aku datang pukul 3 tadi hahahaha."Setelah Iman mengambil secawan kopi ke mejanya dia terus menyambung kerjanya yang tertunggak semalam.

"heherrrrrr."suara dari suatu penjuru bilik yang tidak didengari oleh Iman secara diam telah memerhatikan Iman dari jauh.

Iman sedang fokus menyiapkan kerjanya.Tanpa disedari ramai pekerja sudah masuk ke pejabat.

"oi bro!awal masuk.Ape cite?"tanya Kamal kawan pejabat Iman.Dia selalu menyakat Iman yang bukan bukan.

"hish kau ni.Aku nak buat kerja pon salah.Pergi kat pejabat kau sanalah sibuk je."halau Iman yang serabut dengan kedatangan Kamal.

"ooooo.kerek kan kau sekarang.ok takpe.aku chaw dulu."ujar Kamal sambil menghempas pintu bilik pejabat Iman.Iman meneruskan kerjanya yang sudah tertunggak akibat diganggu oleh Kamal sebentar tadi.

PUKUL 12 MALAM

"Huarghhhhhh ngantuk gile siot.Eh!dah pukul 12 malam dohh tapi banyak kerja lagi ni!"jerit Iman kerana stres.
skrettttttttt!!bunyi meja berhampiran pejabat Iman seperti dilanggar sesuatu.Iman pasti tiada orang lain lagi yang tinggal di dalam pejabat selain dia.
"heherrrrr!!"bunyi deraman sesuatu dari penjuru pejabat.Iman membaca surah Al-Fatihah berulang kali kerana takut sesuatu akan berlaku.

"Allahuakbar!pergi kau dari sini!ni bukan tempat syaitan yang telah dilaknat Allah!NYAH KAU!"jerit Iman.Berdengung bilik pejabat.

*PRANGGGG*bunyi cawan kaca yang pecah menyelubungi ruang pejabat.Iman tahu yang makhluk itu mungkin marah kepadanya.

"HERRRRRRREHERRR!!"Berdengung ruang pejabat.Makhluk itu terus terusan marah hingga Iman melaungkan azan.setelah beberapa minit makhluk itu hilang.Selepas kejadian itu Iman pun terus pulang ke rumah kerana takut makhluk itu akan mengikut Iman sampai ke rumah.

"Assalammuailaikum,abang dah balik."sunyi tiada jawapan dari Wardah.Iman berfikir bahawa mungkin Wardah sudah lena dibuai mimpi.Ketika Iman mahu melangkah ke bilik,hidungnya menangkap satu bau yang tidak menyenangkan.

"Eh eh,sejak bila rumah aku ada bau kemenyan.Aduuu jangan macam macam dah pukul 12 setengah dah ni!"ujar Iman sewaktu melihat jam di tangannya.Dia mencari mana datangnya bau kemenyan tersebut.Tiba tiba Iman terdengar suara isterinya di sebalik pintu stor.

"AKU SERU ENGKAU!"jerit Wardah.Iman tahu bau kemenyan ini datangnya dari sana.Apabila Wardah bangun dan mahu melangkah keluar dari bilik,Iman terus berlari ke biliknya dah berlakon seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Wardah......"bisik Iman dalam hati.Tiba tiba Wardah masuk ke bilik dengan muka yang terkejut.

"Abang bila balik..errrrr...apa jadi?"tanya Wardah dengan muka yang cuak.Iman tahu dia takut Iman tahu akan perkara yang sebenar.

"Takde pape pon jadi..dah abang penat...abang nak mandi dulu."ujar Iman lalu terus masuk ke bilik.Iman hanya mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh Wardah selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience