BAB 6

Drama Completed 1394

Roy masih keliru...

Apa yang aku rasa ni? Melihat wajah isteri yang sedih itu membuat hati
aku sakit. Aku nak gembirakan dia tapi aku tak tahu cara apa yang
terbaik. Aku bimbang aku lukai dia pula.

Aku jadi serba salah. Nak tidur kat luar atau sekali dengan dia? Apa
yang aku fikir ni. Oh, lupa pula nak bagi selimut sebab aku ni jenis
kalau tidur memang tak berselimut. Aku mengambil selimut dan masuk
semula ke dalam bilikku.

Aku tersentap melihat air mata yang mengalir itu. Dia masih bersedih ke?

“Cikgu...” aku memanggilnya. Aku menghampirinya yang sedang duduk di
birai katil. Dia hanya dia sahaja. Aku jadi bimbang.

Aku melutut depannya. Aku menyapu air mata yang mengalir itu. Aku
mengucup dahinya. Aku sendiri tak pasti mengapa aku bertindak sedemikian.

“Cikgu, saya tak kisah kahwin dengan cikgu. Cikgu bebas mahu ke mana
sahaja. Saya izinkan. So, cikgu jangan rasa terikat dengan perkahwinan
ini. Cikgu tetap boleh tinggal di rumah sewa cikgu. Cikgu tak perlu
tinggal dengan saya.” Jelas aku. Padahal aku mahu dia lebih bertenang
tetapi esakkan Adelia makin menjadi-jadi.

“Roy , tak pernah pun ada orang ambil berat tentang saya macam ni.” Dalam
esakkan Adelia memberitahuku. Aku tersentap lagi sekali.

Rupanya dia tak selesa apabila aku memanggilnya cikgu.

“Sayang tak boleh nangis. Nanti muka sayang tak comel pula.” Aku cuba
memujuk. Aku melihat ke dalam mata Adelia . Dia seperti terkejut mendengar
kata-kata itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience