MAB 33: TAHUN BARU

Romance Completed 902469

“You pernah mandi wajib?”

Tuhan! Menyesal pula dia menyebut tentang mandi wajib tadi.

“When the ustaz talked about ha…hadas besar ke apa…” Lagi-lagi Arianna membelek buku catatannya. “…ah yes…hadas besar, I ingat sama macam buang air besar. I fikir, eh matilah setiap kali buang air besar kena mandi. Kalau cirit birit macam mana. Boleh kecut badan asyik mandi je.”

Berdekah Zahran ketawa dengan cerita Arianna. Aduh, lurusnya anak Eric. Tapi ya, istilah itu jarang disebut atau didengar jika bukan di dalam kelas Pendidikan Islam.

“So, you pernah mandi wajib?”

Ya Allah Ya Tuhanku. Belum habis lagi rupanya.

“Arianna, every normal man will definitely mandi wajib at least once in his life if he doesn't die before the age of 15.”

“Jawapan you sama macam ustaz tu.” Arianna tersenyum puas hati.

“Oh so you dah tahu, masih tanya lagi.”

“I’m testing you.”

“Testing what?”

“Sama ada you akan mengelak soalan atau jawab dengan jujur. So, you pilih jawab dengan jujur and I dah senang hati sekarang.”

Zahran tertawa sambil menggeleng perlahan.

“I dah lulus ujianlah ni?”

“Yup. I tak tidur pun masa kelas tadi tau. Memang I dengar and tulis satu-satu. Yang I tak sempat salin, I mintak slaid dengan ustaz.”

“Faham tak apa yang ustaz tu cakap?”

“Mestilah faham. I’m a genius.”

“Good.”

“So, you boleh belanja I makan? I lapar sangat ni.”

“Nak makan kat mana?”

“Ermmm…Minf Houze.”

“Okay.” Zahran memandu keretanya ke restoran yang disebutkan Arianna. Salah sebuah restoran vegan yang agak popular di Kuala Lumpur.

MEMARKIR keretanya di tempat letak kereta restoran, Zahran tidak segera keluar dari kereta. Dipandang penampilan Arianna dari atas ke bawah. Dengan tudung selekeh, lengan baju dilipat hingga ke siku, kain senteng separas betis, memang benar-benar kelihatan seperti muallaf. Terkekeh dia sambil menggeleng.

“Kenapa tak nak turun lagi?” tanya Arianna.

“Malulah I nak bawak you turun macam ni.”

Arianna berdecit marah. “Malu tak malu. I lapar dah ni.”

“Turunkan lengan baju tu dulu,” arah Zahran.

Arianna menurut. Perut sudah lapar. Apa saja yang disuruh Zahran, dia akan lakukan.

“Tudung tu betulkan. Dah macam pelarian Kemboja. Kalau gelap sikit macam Rohingya.”

“I tak pandailah. Tadi lepas ambik duwuk, I main pakai je.”

“Wudhu’”

“Betullah I sebut tadi.”

Zahran malas bergaduh. Bahaya bertekak dengan perempuan lapar.
“Betulkan tudung tu,” ujarnya.

“Hodoh sangat ke?”

Tidak menjawab, Zahran menghalakan cermin pandang belakang ke arah Arianna.

“Nak betulkan macam mana?” tanya Arianna selepas menjeling sekilas wajahnya di dalam cermin. Ya, memang hodoh sekali.

Malas bercakap banyak, tangan Zahran terhulur membetulkan tudung Arianna. Dibuka semula lipatan tudung pada bahagian muka itu sebelum dia melurutnya sehingga terbentuk sempurna mengikut bentuk muka Arianna. Kemudian dengan teliti dia melipat tudung Arianna sehingga nampak lebih cantik pada pandangannya.

“Nah, sekarang tengok.”

Menegakkan sedikit tubuhnya, Arianna melihat imejnya di dalam cermin. Lebih kemas dan cantik berbandimg tadi.

“Wow, pandai you pakai tudung,” ujarnya lalu terkekeh.

“Bukan susah pun,” balas Zahran. Membuka pintu kereta, dia beriringan dengan Arianna memasuki restoran.

Tempat duduk berhampiran tingkap dipilih Arianna sebelum pelayan datang mengambil pesanan.

Arianna memesan nasi lemak vegan dan Zahran laksa nyonya versi vegan. Beria-ia Arianna meyakinkan Zahran supaya mencuba laksa itu sehingga akhirnya lelaki itu bersetuju.

Tidak lama mereka menunggu sebelum pesanan sampai.

“Tadi I makan buah dengan minum air je. So sekarang ni I lapar gila,” ujar Arianna sebelum menyuap sesudu nasi lemak ke mulutnya.

“Kenapa?”

“No vegan food there.”

“Takkan takde sayur?”

“Ada sayur kubis, tapi dia campur telur.”

“Habis tu cukup ke satu portion nasi lemak tu?” soal Zahran.

Sedikit berdecit, Arianna menjeling sebal.

“Yalah, dah kata lapar. Tak cukup, kita order lagi.”

“Cukuplah ni. You ingat perut I macam stoking ke apa. Boleh sumbat banyak-banyak.”

Zahran hanya tertawa.

Hening sejenak apabila mereka menikmati makanan masing-masing. Hanya Arianna yang nampak berselera. Zahran pula hanya menelan dengan niat tidak mahu membazir. Kuah laksa tanpa ikan, tentu sekali tidak sesedap kuah laksa yang kaya dengan rasa ikan yang selalu dimakannya.

“Tadi masa rehat tengah hari, sorang ustazah tu datang kat I.”

Zahran yang sedang menikmati laksanya tanpa minat, segera mengangkat muka; menanti kata-kata selanjutnya daripada Arianna.

“Dia tanya kenapa tak makan sebab dia nampak I ambik honey dew dengan air je. Then I told her that I’m vegan.”

“Then?”

“Dia macam terdiam sekejap. So I tanyalah, salah ke I jadi vegan kalau I convert Islam? Lepas tu dia tanya, apa niat I jadi vegan. Is it related to my previous religion or for personal reasons, like diet and health, or relatively wanting to protect the ecosystem and overeating meat? Then I cakap, the second option. To save the planet and to protect ecosystem.”

Berhenti sejenak, Arianna menyuap nasi lemak ke mulutnya. Setelah menelannya, barulah dia menyambung, “Jadi dia kata, dibolehkan. Tak ada masalah sebab soal makan ni is a matter of choice.”

Zahran mengangguk-angguk.

“Bila dengar jawapan dia, I macam lega sikit sebab beberapa hari ni I terfikir-fikir, do I have to eat meat as a symbolic that I’m now Muslim? Yeah, maybe one day I akan makan, who knows. Because many of my vegan friends go back to eating meat…”

“Sebab?” Zahran kelihatan berminat.

“Atas nasihat doktor. Mostly sebab pregnant. Baby needs more nutrients from the mother, so kena makan makanan dengan nutrisi lengkap. Tapi tak semua. Ada yang kekal vegan even they’re pregnant. Bergantung pada kesihatan masing-masing.”

“I see…”

“So, I dah lega sangat sekarang. When I decide to convert, the vegan issue really bothers me. But my love for you is bigger than my vegan principles, so…here I am…”

Tersenyum Zahran dengan kata-kata Arianna. “Thank you for everything you have done to be with me.”

“You’re welcome. You must love me back more than I love you till death do us apart.”

“I promise.”

Mekar senyum Arianna dengan janji Zahran. Disua sesudu nasi lemak ke mulut Zahran yang lantas disambut oleh lelaki itu.

“Sedap tak?” tanya Arianna.

“Sedap. Tapi nasi lemak ibu lagi sedap.”

“Of course. Nothing can beat mom’s cook and I love your mom. She’s so motherly and cool…And…I don’t know. I love everything about her. Talking to her is like talking to my own mommy.”

Kembang hati Zahran apabila Arianna memuji ibunya. Ya, ibu memang seperti itu. Tidak cepat melatah dan penuh dengan sifat keibuan. Tidak pernah menjerit, menengking atau meninggi suara dengan mereka. Cuma dulu ketika masih sakit, dia selalu melihat Zahrin dimarah. Mungkin kerana terlalu penat atau tertekan, ibunya melampiaskannya pada Zahrin. Namun ibu akan cepat meminta maaf. Zahrin yang sudah lali dimarah atas kesalahan kecil, diam-diam memberontak. Menjalin hubungan dengan Rina juga satu cara Zahrin menunjukkan sikap melawannya. Adiknya itu tahu semua orang menentang, namun dia tetap meneruskan hubungan dengan Rina.

“You tahu dulu…masa I sakit, I selalu tengok ibu marah-marah Zahrin. Masa tu I tak faham kenapa ibu selalu marah-marah, tapi sekarang bila I fikir balik, mungkin masa tu dia stress, susah hati, dia penat, jadi dia lepaskan pada Zahrin. Zara pun kecik lagi masa tu.”

Arianna mengunyah perlahan, mendengar cerita Zahran tentang kembarnya itu.

“Pernah sekali, Zahrin balik lambat dari latihan bola keranjang sebab driver salah faham. Dia ingat latihan kat sekolah, so dia pergi jemput kat sekolah. Tapi rupa-rupanya latihan pusat dekat gelanggang bola keranjang Stadium Nusa. Ibu dah risau kat rumah sebab masa tu hujan lebat. Bila Zahrin balik je, tak tanya apa-apa, dia terus marah and tampar Zahrin. And Zahrin yang selalu diam je bila kena marah, hari tu dia tiba-tiba menjawab. Dia kata…” Zahran terhenti. Mengingat semula kata-kata Zahrin ketika itu, sehingga hari ini tidak gagal membuat hatinya bagai disayat-sayat. “…kalau ibu benci Rin sangat, bunuhlah Rin! Ambik jantung Rin bagi kat Zahran.”

Terdiam Arianna dengan cerita Zahran. Namun dia tidak menghakimi PS Wahida. Setiap orang akan melalui satu fasa hilang kendali berpunca dari emosi yang tidak menentu atau masalah yang mengganggu fikiran.

“And you know what, bila Zahrin lari masuk bilik, ibu jatuh terduduk, menangis sambil tengok tangan dia. Dari air muka dia tu, I nampak yang dia betul-betul menyesal. Malamnya bila dia masuk bilik Zahrin nak mintak maaf, you tahu apa dia nampak?”

Tanpa bersuara, hanya riak wajah Arianna yang menunjukkan rasa ingin tahunya.

“Penuh dinding bilik tu dengan tulisan ‘kill me’, ‘let me die’, ‘take my heart out and give to your beloved son’, macam-macamlah, I dah tak ingat. Ibu menangis, merayu mintak maaf dengan dia, tapi dia tak cakap apa-apa. Berminggu-minggu dia tak bercakap dengan sesiapa kat rumah tu. Makan pun, dia makan kat luar. Puas ibu cuba pujuk dia, tapi dia memang keras hati masa tu.”

“Then ibu you buat apa?”

“Masa Zahrin tournament bola keranjang, ibu ambik seat paling depan, sambil lambai-lambai dia jerit, Rin…Ibu here…Ibu here…”

Arianna tertawa, membayangkan betapa comelnya momen itu.

“Zahrin pandang tak?”

“Tak. Tapi ibu tetap jugak kat situ, sorak, jerit-jerit nama dia. Semangat mengalahkan jurulatih. Nasib dia tak lompat masuk dalam gelanggang je.”

Terkekeh-kekeh Arianna dengan cerita Zahran sambil otaknya cuba membayangkan situasi itu.

“Then, entah macam mana Zahrin kena foul sebab dia macam tertolak pemain lawan. Bila dia kena foul, pasukan lawan dapat balingan percuma. Masa tu dia dah down. Cara dia main pun nampak macam dia dah breakdown. Masa rehat, ibu pergi dekat dia. Ibu peluk dia, pujuk dia, I tak tahulah apa yang ibu bisik sebab masa tu I tengok dari jauh je. Tapi I tahu, dia dua-dua menangis.”

“Lepas tu macam mana?”

“Zahrin back to the game, and he got back his rhythm.”

“Menang tak?”

“Mestilah menang. Zahrin tu kalah dengan Dina je. Dia dapat award penjaring terbanyak.” Jelas nada bangga saat Zahran menyebut itu, walaupun dulu dia cukup cemburu melihat almari di rumah mereka penuh dengan piala, sijil dan pingat yang dimenangi Zahrin.

“Wow…He’s amazing, huh.”

“Yeah…Lepas tu I ingat ibu bawak dia pergi Tokyo Disneyland as a reward. Just the two of them. Balik tu, I tengok Zahrin dah okay. Ibu pun tak ada marah-marah lagi. Tapi Zahrin, I perasan dia memberontak dalam diam. Depan ibu dia angguk-angguk, belakang ibu dia buat macam-macam.”

“Masa tu umur berapa tahun?”

“Fourteen if not mistaken.”

“Actually I love the bonding between you and Zahrin. Loving, caring, and protect each other,” ujar Arianna. Mendengar cerita Zahran, tidak sedar sudah habis sepinggan nasi lemaknya.

“No…Zahrin yang banyak berkorban untuk I. I tak pernah buat apa-apa untuk dia.”

“But you sacrificed your feelings for Irdina for his sake.”

“Jodoh I bukan dengan Dina. Berkorban atau tidak, kalau Tuhan dah tetapkan Dina untuk Zahrin, I tak boleh buat apa-apa. I’m happy for them. Dina is like my own sister. A lot of misery she went through since childhood, yang buat I rasa nak jaga dia, nak protect dia, nak bagi dia keluarga yang sempurna. Ada ibu, ada ayah, ada abang, adik…And now, she looks happy. Zahrin is a good husband to her. Kalau dia kahwin dengan I, belum tentu I boleh bahagiakan dia because God knows best. My destiny is with you.”

Tersenyum Arianna dengan kata-kata terakhir Zahran. Ditepuk-tepuk pipinya yang terasa kebas. “Now every butterfly in the world has migrated to my stomach.”

“Since when vegan eats butterflies huh?”

Arianna berdecit sebal. Baru sekejap dia terasa ada belon yang membawa tubuhnya melayang ke udara, dan sekarang belon itu tiba-tiba pecah lalu tubuhnya jatuh terjerembap ke tanah semula. “You ni anti klimaks betullah.”

“I tak faham kenapa kaitkan dengan butterfly. Kenapa bukan seladang, kijang, kura-kura, gajah, zirafah.”

“Then now I feel the whole zoo in my stomach.”

“I tertanya-tanyalah…when butterflies fall in love, does they feel human in their stomach?”

Terkekeh Arianna dengan lawak sendu Zahran itu. “Sudahlah you. Pergilah bayar. before all the animals in my stomach spewed out.”

.
. .

PULANG dari bertemu client di Putrajaya, Zahran sengaja singgah di pejabat Aaron. Mujurlah sahabatnya itu tidak menolak untuk bertemu dengannya. Entah Aaron masih menganggapnya sahabat atau tidak, dia tidak tahu. Namun, hari ini dia mahu bertemu Aaron dengan satu hasrat.

Melangkah masuk ke pejabat Aaron setelah dipersilakan oleh setiausahanya, dia melihat lelaki itu seperti sudah menunggu kedatangannya. Buktinya, dia melihat Aaron bersandar santai pada kerusinya, sebelum lelaki itu berdiri sebaik melihatnya.

“What’s up?” tanya Aaron. Mendekati Zahran, tangannya terhulur mahu berjabat.

Zahran pantas menyambut huluran tangan itu. Lega kerana kedatangannya tidak diabaikan.

“So, what brings you here?” tanya Aaron. Dengan gestur tangan, dia mempersilakan Zahran duduk di sofa di dalam biliknya.

“Just stopping by. Tadi I ada meeting dengan client dekat Zenith.”

“Oh…What would you like to drink?”

“No…No…I baru lepas minum dengan client.”

“Okay…” Bersandar selesa pada sofa, Aaron menatap Zahran. Dia tahu bukan tiada sebab Zahran mengunjunginya hari ini. Alasan hanya singgah terlalu cliché untuk sahabat yang sedang melalui fasa dingin seperti mereka.

“Actually…”

Mendengar satu patah perkataan itu saja sudah membuat Aaron tertawa. Nah, tepat dugaannya. Zahran tentu punya hajat datang menemuinya hari ini.

“Hey, why are you laughing?” Berkerut wajah Zahran terasa seperti dipersendakan.

“Aku dah agak. Kau bukan saja-saja singgah. I know you la Zahran.”

Zahran turut tertawa. Dia lupa, sekarang dia berdepan dengan sahabat yang sudah lebih 10 tahun bersamanya.

“Yeah…Actually I just want to thank you. Thank you for making a way for me, that now I can love Arianna as much as I want. Thank you for stepping back and make way for me to be with Arianna. I know it’s not easy for you and your family and I’m really really sorry about that. And thank you kau masih sudi terima kedatangan aku hari ni. I’m touched.”

“Well…I’m not making a way for you, I’m making a way for Arianna to be with a man she loves. The most annoying man in the entire universe.”

“Hey…I talk nicely doesn’t mean I give you permission to talk bad about me.”

“I can’t control my mouth. Sorry. Besides, you take my fiancée, and I just give you a little bit of pain with my sharp tongue. Kalau nak banding sakit hati, hati I lagi sakit.” Jeda. Tiada riak kecewa atau sedih pada wajah Aaron kerana dia sudah benar-benar merelakan Arianna bersama Zahran. Untuk apa juga dia bersedih dan merintih, jika nanti yang sengsara cuma dia. Sedangkan Arianna sudah berbahagia dengan Zahran.

“Tapi…aku bukan budak belasan tahun, Zahran. Aku cuma muda dua tahun dari kau. Dah dewasa. Dah matang. Tak mungkin aku nak paksa Arianna bersama aku semata-mata kerana ego tak nak lepaskan dia pada orang lain. No la…I can’t make her loves me if she don’t. Love can’t be forced…It just happens…”

Zahran menganggung-angguk; bersetuju dengan kata-kata terakhir Aaron itu. Ya, cinta itu hadir tanpa dirancang, tidak boleh dipaksa, tidak boleh dipujuk. Sama seperti apa yang berlaku kepada dia dan Arianna. Juga kepada Irdina dan Zahrin. Dan dia berharap Aaron juga akan menemui cintanya.

“Aku…Jumpa dia secara tak sengaja.” Tertawa Zahran mengingat pertemuan pertamanya dengan Arianna yang terlalu konyol. Pertemuan yang sepatutnya menjadi rahsia antara dia, Arianna, Lily, dan Lana, yang nyaris terbongkar gara-gara mulut becok si kembar itu. Mujurlah Irdina bijak memberi jawapan malam itu, membuat ibu dan ayahnya tidak bertanya lanjut.

“Pertemuan kali pertama yang membawa kepada pertemuan-pertemuan seterusnya dan masa tu aku tak tahu dia tunang kau. Kalau aku tahu, I won’t go too far. The first time I saw her as your fiancé, I was shocked. I asked myself, I asked God, why it must be her?”

Jeda. Helaan nafas mereka bersilih ganti mengisi keheningan.

“I tried to stay away from her, but I can’t. The moment I realized I had to choose between love and friendship, I couldn't do it. Because I want both. say I'm greedy, but you and Arianna are both important in my life. Bezanya aku tak boleh kahwin dengan kau.”

Nyaris terangkat kaki Aaron mahu dilayangkan ke mulut Zahran yang celupar. “If you want to marry me, then I’m the groom and you’re the bride.”

Zahran tertawa. “Do you want to kiss your bride now?”

“Lizzy kiss, how about that?”

Kali ini Zahran pula yang rasa mahu termuntah. “Stop it.”

“You started it.”

“Who did you learn lizzy kiss with?” soal Zahran. Setahunya Aaron tidak memiliki teman wanita selain Arianna. Lebih 10 tahun kenal, dia tidak pernah melihat Aaron berteman dengan mana-mana wanita. Apa dengan Arianna?

Aaron tersengih sambil menaik turunkan keningnya.

Picing mata, semakin kecil imej Aaron di dalam mata Zahran. Melihat reaksi Zahran itu membuat Aaron tergelak besar.

“Bukan dengan Arianna la. She never let me kiss her. So you don’t worry.”

Zahran masih dengan riak tidak percaya.

“It’s up to you kalau kau tak percaya.” Aaron menjawab enteng. Dia benar-benar tidak berbohong. Terpulang jika Zahran enggan percaya.

“I choose to believe you.”

“Nah…Now this is what we call friendship. Trust your friend even they’re lying,” ujar Aaron lalu tertawa perlahan.

Sontak tegak tubuh Zahran, mengacah mahu menumbuk Aaron.

“Kidding!” Cepat Aaron berkata sebelum Zahran benar-benar menumbuknya.

“Tahu takut…”

“Hey, kau ingat aku tak pandai belasah orang?”

Zahran tertawa, mengingat pergelutannya dengan Aaron beberapa minggu lalu. lebam muka, pecah bibir, butang tertanggal, melecet segala urat saraf…Ah, semuanya gara-gara Arianna.

“So, kau datang sini semata-mata nak ucapkan terima kasih sebab aku lepaskan Arianna pada kau?”

“Tak.”

“Then?”

.
. .

SAMBUTAN tahun baru pada tahun ini, TS Zahari membawa keluarganya merasmikan Sky Restaurant Ayana Imperial Langkawi. Walaupun hotel itu sudah lama beroperasi, namun restoran yang terletak di bumbung hotel itu baru siap direnovasi dan memulakan operasi pertamanya pada malam tahun baru. Namun malam itu, TS Zahari hanya mengundang rakan-rakan dan keluarga terdekat, dan belum membukanya kepada tetamu lain.

Arianna dan keluarganya juga diundang. Malah Seelan, Amber, Evengeline juga ada bersama.

Mengenakan t-shirt hitam dengan cetakan huruf yang bercahaya dalam gelap pada bahagian hadapan, pertemuan malam itu hanya pertemuan santai. Menjamu selera sambil menunggu detik dua belas tengah malam dan menonton persembahan bunga api.

Gamat bahagian atas hotel itu dengan suara lelaki, wanita, serta jeritan Lily, Lana dan Liyyan yang bersimpang siur. Lelaki 50-an ke atas di satu sudut, lelaki muda pula di satu sudut. Wanita pula di sudut yang lain dengan topik perbualan yang tidak lari jauh dari aksesori, pakaian, dan barang kemas.

“Zahran tak cakap pun ada t-shirt untuk malam ni.” Arianna sedikit merungut. Sudah dia kelihatan ganjil, mengenakan dress berwarna putih. Terasa seperti bidadari di tengah-tengah kumpulan syaitan.

Zahran pula, entah ke mana lelaki itu. Tadi dia berjumper hitam. Sejuk katanya. Mata merah, hidung berair, tetapi bila disentuh dahinya tidak panas.

“Zahran lupa bagitahu. Dia dengan Zahrin kan busy minggu lepas. Baru pagi semalam balik dari Turki. I pun tak terfikir nak tanya you, sebab ingatkan Zahran dah bagitahu,” jawab Dina sambil menyuap potongan stik ke mulut Liyyan.

“Malulah macam ni.”

“Alah nak malu apa. Kan santai-santai je ni. Tak ada siapa tegur baju you pun.”

Arianna sedikit berdecit. Terasa asing dan janggal walaupun seperti kata Irdina, tidak ada sesiapa yang mempermasalahkan warna bajunya itu.

“Zahran ni mesti sengaja nak buat I nampak pelik.”

Irdina terkekeh. “Dia sendiri pun memang dah pelik. Jadi jangan pelik.”

“Yalah. Kenapalah I suka manusia pelik tu,” rungut Arianna.
Ketika dia masih sebal dengan teman lelakinya itu, tepat di saat itu Zahran muncul, tanpa merasa bersalah, melabuhkan punggung di sebelah Arianna sambil tangannya terhulur mengacak-acak rambut Liyyan.

“Kenapa tak bagitahu malam ni tema hitam?” Arianna masih tidak berpuas hati tentang itu.

“Apa masalahnya? Hitam, putih, kelabu, merah, biru, hijau, asalkan pakai baju.”

“Dah I nampak pelik malam ni.”

“You memang pelik. Even kalau you pakai baju hitam macam orang lain pun, you tetap akan nampak pelik malam ni.”

Arianna ketap bibir. Geram. Ahhhh….Menjengkelkan sungguh lelaki ini!

“It’s okay to be weird. You can be the centre of attention,” ujar Zahran santai.

“The problem is, tonight is like our family gathering. Tapi dengan baju I yang tak sama dengan orang, I tak nampak macam family. Nampak macam stranger yang tak sengaja singgah reunion family orang.”

Zahran mahu menjawab, namun PS Wahida sudah memanggil mereka semua ke balkoni restoran, menonton persembahan bunga api yang akan bermula sebentar lagi.

“Come…” Zahran sudah bangun, sambil menarik tangan Arianna. Namun Arianna tidak berganjak. Dengan wajah rajuknya, sengaja dikeraskan tubuhnya di atas kerusi itu.

“Cepatlah…Nanti terlepas count down.”

“Tak nak! Pergilah count sana. I nak count kat sini je.” Arianna berkeras.

“Yalah…Yalah…” Zahran menanggalkan jumper hitamnya, menyisakan t-shirt putih yang dipakainya. “…I pun lupa sebenarnya. Nasib baik Zahrin ada sweater hitam. Sekarang kita sama. Come…”

Kali ini Arianna tidak menolak apabila Zahran menarik tangannya. Yang ada, senyum menghiasi wajah cantiknya. Tak apalah jika ganjil. Asalkan ganjil bersama Zahran.

“Actually there is one thing I want to do as soon as the new year comes,” ujar Zahran sambil menautkan jemarinya dengan jemari Arianna. Melangkah perlahan menuju ke balkoni yang dipagari penghadang cermin di mana semua ahli keluarga mereka sudah berkumpul di sana.

“Oh what is it?”

“Adalah. Belum tahun baru tak boleh bagitahu.”

“Dengan I pun nak rahsia ke?”

“Kan I kata tahun baru. Sekarang belum masuk tahun baru pun.”

“Alah bagitahulah.”

“You kena belajar bersabar.”

Malas memaksa, Arianna akhirnya akur. Walau macam mana pun dia mendesak, Zahran tentu tetap tidak akan memberitahunya. Bukan dia tidak kenal lelaki itu. Jika tidak katanya, maka tidaklah.

“Let’s take a group photo before the countdown,” ujar Zahrin.

“Yup, good idea.” Zara bersetuju.

Dua orang jurukamera sudah diupah oleh TS Zahari untuk merakam momen malam ini. Salah seorang jurukamera mula memberi arahan, mengatur kedudukan mereka.

“Tan Sri Zahari first. Paling kiri. Then Puan Sri, Zahrin, Dina, Zara, Tan Sri Albert, Datuk, Datin, Amber, Seelan, Eve, and…” Jurukamera itu yang sepertinya sudah menghafal nama mereka memberi arahan yang langsung dipatuhi.

“Wait…” Tiba-tiba terdengar satu suara yang tiba-tiba muncul dari arah pintu masuk restoran.

Tidak lama Aaron muncul dengan berbaju T hitam dengan cetakan huruf Y pada bahagian hadapannya.

Tersenyum pada Arianna yang kelihatan terkejut melihatnya, dia segera mengambil posisi di sebelah Evangeline.

Tertoleh Arianna mahu memandang Aaron, kerana dia benar-benar tidak percaya Aaron akan berada di sini. Namun, Zahran cepat-cepat memusingkan kepala teman wanitanya supaya kembali memandang ke depan.

“Aa…Aaron datang?”

“Yup.”

“Tapi…”

“Okay, Lily Lana depan, tengah-tengah.”

Pertanyaan Arianna terbantut dengan suara arahan dari jurukamera itu. Lily Lana tanpa banyak soal segera menurut.

“Liyyan the cutest, sebelah Lily.”

Liyyan merengek enggan, namun entah apa yang dibisikkan Irdina, laju saja dia menurut dan berdiri di sebelah Lana.

Arianna mahu menoleh, melihat posisi yang sudah diatur namun lagi-lagi Zahran memaut bahunya dan memintanya memandang jurukamera.

“Habis tu kita nak duduk mana?” tanyanya.

“Cik Arianna sebelah Lana, Zahran sebelah Liyyan,” ujar jurukamera. “Tapi jangan berdiri sebab you block orang belakang. Kena bertinggung.”

“Oh…” Hairan mengapa dia dan Zahran terpisah, namun dia menurut juga memandangkan Liyyan sudah mula merengek-rengek. Lebih pelik bila dia disuruh bertinggung. Aduh! Dari mana mereka mendapatkan jurukamera ini? Dia sudah lebih 10 tahun beraksi di depan kamera dan dia tahu bagaimana mengatur diri di depan kamera dan jika diatur pun, tidak pernah pula dia disuruh bertinggung. Namun, dia malas berkata apa-apa. Bukankah diam itu lebih baik daripada bercakap sesuatu yang akan mengguris hati pihak lain?

Setelah semua berada di kedudukan masing-masing, dua jurukamera itu mula bersedia dengan kamera masing-masing.

“Okay smile…One, two, three.” Lampu terpadam, terganti dengan kilat lampu kamera.
Beberapa keping gambar diambil sebelum salah seorang jurukamera itu menghampiri Arianna.

“Saya dengar Cik Ari model. So, cuba tengok dulu gambar ni okay tak? Kalau tak okay, kita snap lain.” Skrin kamera DSLR ditunjukkan kepada Arianna, sebelum dalam hitungan detik, wajah Arianna berubah rona.

Dipandang semua yang berdiri di belakangnya, bermula dari TS Zahari sehingga Aaron yang paling kanan. W.I.L.L.Y.O.U.M.A.R.R.Y.M.E, sebelum tatapannya beralih kepada Lana DAN Lily yang masing-masing memakai t-shirt dengan cetakan huruf M.E. Baju Liyyan pula tercetak simbol ‘?’.

Sejenak, Arianna kelu terpinga-pinga. Otaknya bagai mengalami kegagalan fungsi. Namun saat melihat Zahran melutut di depannya dengan sebentuk cincin berlian yang menyilau pandangan, perlahan-lahan akal warasnya kembali.

Berbalas tatapan dengan Zahran, dia tidak tahu bagaimana dia harus bertingkah. Sungguh, ini momen yang dia tunggu-tunggu, momen yang paling indah, momen yang akan tersemat dalam sanubarinya sampai bila-bila, momen yang selalu dia bayangkan untuk dia lalui bersama Zahran, tetapi bila saatnya tiba, dia jadi bingung.

“Arianna Chan Xiao Ling…” Melihat Arianna bungkam, Zahran akhirnya bersuara. “…Will you marry me?”

Tanpa amaran, tidak semena-mena air mata Arianna jatuh sedangkan dia tidak sedang ingin menangis, Sungguh, dia tidak mahu menangis, tetapi kenapa air mata ini keluar? Menggigil tubuhnya kerana terlalu terkejut. Ya, dia tidak menjangka lamaran ini.

“Come on, honey. Isn’t this what you want? Just say yes,” ujar Datuk Eric.

“Yeah…We have to countdown now.” Datin Michelle pula bersuara.

Terkekeh Arianna dalam tangisnya. Saat itu juga, mereka yang di belakangnya mula membuat kiraan apabila tinggal 10 saat lagi sebelum detik 12 tengah malam.

“10…9…8…7…6…5…4…3…2...”

“Yes!” Arianna akhirnya memberi jawapan yang ditunggu Zahran itu, yang langsung membuat lelaki itu tersenyum.

“…1!”

Letupan bunga api memecah sunyi, menghias langit dengan percikan berwarna jingga, serentak dengan cincin berlian di tangan Zahran tersarung ke jari manis Arianna.

Tepukan ahli keluarga mereka berselang dengan bunyi letupan bunga api yang membuat malam tahu baru itu berbeza berbanding tahun sebelumnya. Saat Zahran kembali berdiri, langit Langkawi masih diterangi dengan letusan bunga api pelbagai warna. Indah mewarnai langit yang membuat malam yang gelap begitu bercahaya. Sama seperti hati Zahran yang sebelum ini kosong, kini diisi dengan kehadiran Arianna.

Share this novel

Asmah
2022-09-18 13:21:50 

Tahniah Calyta cara lamaran tak terfikir dek akal..... idea sgt bagus

norsila
2022-09-17 01:17:51 

hebat idea pnulis ni .huuu suko!! hahaha

Aisyah Esya
2022-09-16 09:06:40 

manisnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience