Kami semua pergi ke sungai yang hanya 800 meter dari rumah nenek. Ada yang naik motor. Ada yang naik basikal disebabkan ramai sangat. Ada juga budak-budak yang menumpang Nora yang memandu kereta exora milik Nad.
Syaf pula menunggang motosikal membonceng Ainiz untuk ke sungai. Sesampai sahaja sungai tersebut, Budak-budak lelaki terus sahaja melompat ke dalamnya. Syaf memarkirkan motorsikalnya lalu dia pula yang melompat ke dalam sungai.
Semua orang mula bergembira bermain di dalam air manakala orang dewasa seperti Hakimi dan Akim hanya melihat dari jauh. Ceh yang kita ni budak kecil ke?
“Hei budak-budak!” jerit bad yang baru sampai dengan motosikalnya.
“Hei bad!” jerit syaf dan budak-budak yang lain.
Bad memang tak suka orang panggil dia kakak. Kalau buleh budak 2 tahun pun dia suruh panggil dia dengan nama je.
“Hoi! apa diri lagi kat situ. Meh lah join kitorang!” jerit Nora kepada Bad yang hanya berdiri di atas batu.
“kejap, gua nak tunjukkan lompatan gunting gua! ” jeritnta yang sudah sedia untuk membuat lompatan.
Syaf menggelengkan kepala melihat Bad. Dia ni kalau dah lompat kena batu bederai kepala. Wa tak nak tanggung. Bad akhirnya membuatkan lompatan. Nasib baik takde pape. Aku masa muda-muda aje buat macam tu. Kang aku buat sekarang entah ke mana tudung aku nanti.
Fahmi dan diikuti oleh fadli dan fadlan mula bersiap sedia untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam menerjun. Syaddad juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan kepakarannya. Diorang tak payah tengok. Macam-macam cara diorang buat saje nak buat aku cemburu.
Bad membetulkan tudung Syaf kerana rambutnya sedikit terkeluar. “Thanks.” ucap Syaf dan menunjukkan senyuman kepada Bad.
Akim yang sedang berdiri di atas batu melihat babak yang tak patut ditonton olehnya. Pasir digenggam kuat kerana geram!
Nad di lain tempat pula berbisik dengan Nora, Fakheerah dengan Ainiz. Menceritakan apa yang berlaku semasa mereka membeli roti canai pagi tadi. Mereka ketawa bukan main. Kadang-kadang mata mereka mencuri pandang wajah Akim yang cemburu lalu meletuskan ketawa.
“Ish korang ni! Dah macam sweet couple dah aku tengok!” jerit Nora bagi Akim mendengarnya.
“Sweet couple wak lu. Nah amik kau!” Syaf menyimbah air sungai kepada nora. Mereka mula berlawan dengan Air sungai. Bad juga tidak ketinggalan bermain air.
Akim yang tak mampu menahan rasa sakit di hati mula turun ke sungai untuk menghentikan babak percintaan antara Bad dan syaf. “Stop!” marah Akim.
“Dah sudah. Pelik lah kau kebelakangan ni. Period ke apa?” soal Syaf menghentikan tangannya dari terus mengibas air sungai.
“Bad! Aku tak nak kau dekat dengan Syaf lagi!” marahnya kepada Bad sehingga menundingkan jari ke dahi Bad.
Kelakuan Akim menyebabkan membangkitkan kemarahan syaf. Apa masalah lelaki ni sebenarnya do! “Eh! Kau siapa nak larang aku kawan dengan Bad?” soal Syaf lalu menepis tangan Akim.
“okey fine! I’m Jealous!” ngaku Akim sedikit meninggi suaranya.
Dahi syaf berkerut. Nak jealous menda maamat ni. Bad tu perempuan lah ngek! Bad yang kat sebelah dah ketawa terbahak-bahak termasuklah 4 sekawan yang lain. Hakimi yang sudah tahu dari Nad sudah meletuskan ketawanya bagaikan tiada hari esok.
Fadli, fadlan , fauzana, fahmi dan Syaddad yang mendengar perbualan kami juga tidak ketinggalan ketawa sekali. Syaf ingin sahaja ketawa dengan pengakuan Akim tetapi ditahan kerana kasihan terhadap lelaki itu yang innocent gila!
“Abang Akim, Bad ni perempuan lah. Takkan lah akak Syaf tu gila sangat nak bercinta dengan ‘abang’ Bad. Hahaha!” terang Fadli.
“Kak syaf! Tengok ni! Adda dapat tangkap ikan!” jerit sepupu Syaf membuatkan Syaf pergi meninggalkan Akim dengan julingan mata ke atas dan digelengnya kepala.
Akim menjeling ke arah Nad yang menunjukkan peace. Dia mula mengejar Nad dan Nad segera melarikan diri sebelum dia ditangkap oleh lelaki itu.
“Ini semua salah kau nad! Kalau kau bagitahu awal-awal tak de nya suka hati aku nak cemburu.” marah hatinya.
Syaf mula melayan adik-adik sepupunya menangkap ikan kecik-kecik yang berenang-renang di dalam air. Mereka menggunakan jaring yang kecil untuk menangkapnya.
Perlakuan Akim membuatkan bibirnya terukir senyuman dan gelak tawa kecil. Jealousy servant! Hahaha!
“Princess , I’m sorry.” tengkuk belakang digaru perlahan. Kepalanya menunduk memandang kakinya sendiri.
“Sorry to Bad first then me.” balas Syaf membuatkan Akim memandang gadis itu tetapi Syaf hanya tetap dengan jawannya.
Akim mendekati Bad lalu memohon maaf. “Tak pe bro. Lagipun ramai yang salah faham. Ingat aku dengan Syaf tu couple. Syaf is the sweet person seriously tapi kalau dia dengan lelaki yang bukan muhrim dia. dia lah the violence princess..” katanya menunjukkan senyuman sebaris giginya.
“Dahlah, balik jom. Dah nak petang ni!” jerit syaf memanggil budak-budak naik ke atas kerana matahari mulai turun.
Bebudak mengikut arahan yang diberikan syaf. Mereka mula bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Akim mendekati Syaf yang duduk di sebelah kawan-kawan nya.
Syaf mendongakkan kepalanya untuk melihat orang yang sedang berdiri di hadapannya. “Apa kau nak?” soal syaf. Bad hanya meletuskan ketawa kecil kerana kesian dengan lelaki yang tidak putus asa mengejar cinta sahabatnya itu.
“Aku nak minta maaf.” kata Akim.
“Maafkan jelah dia.” celah bad.
“Tak semudah tu. Lilan, kau ada lesen kan? Kau naik motosikal je lah.” suruh Syaf kepada Fadli yang sedang menukar pakaian. Dia mengangguk tanpa sebarang masalah. “Aku nak kau bawa aku naik basikal tu sampai ke rumah embah.” kata Syaf. Hahaha , penat kau aku kerjakan! Dahlah basikal tu takde gear. Hehe..
Mulut yang lain ternganga mendengar arahan gadis yang bertindak kejam itu. Wehh! Nanti kena turun naik bukit tahu tak?
Abang Hakimi hanya menggelengkan kepala mendengar Syaf mendera Akim. Haih! Tak habis-habis adik aku ni. Ngaku aje lah yang kau sukakan Akim. Haha, Hakimi rapat dengan Syaf so apa-apa hal mesti Syaf bagitahu dia.
Akim mengikut kata Syaf seperti yang disuruh. Syaf duduk di tempat duduk belakang dengan senyuman jahatnya. Ha! Ha! Ha! Ha! Pada mulanya ia menurun bukit jadi ia agak mudah. Lepas itu, bukit nah kau! Hahaha!
Berpeluh-peluh Akim mengayuhnya membawa gadis yang beratnya dalam lingkungan 40kg. Hahaha! Tak berhenti syaf ketawa di dalam hati menahan sakit perutnya.
“Masuk belah kiri.” arah syaf setelah jumpa sebuah simpang. Akim hanya menurut kata Syaf seperti selalu sebab dia adalah servant. Keke
“Berhenti.” Akim menghentikan basikal itu setelah mendapat arahan.
Syaf memasuki ke kedai runcit itu dan membayar barang yang dibeli. “Nah!” syaf menghulurkan aiskrim potong kepada Akim. “Sorrylah, aiskrim potong aje.” kata syaf lalu membuka plastik aiskrim miliknya.
Akim memberikan senyuman kepada gadis yang sedang menikmati aiskrimnya itu. “Apa tengok? Kau tak nak rehat ke? Ke nak sambung naik basikal?” soal syaf yang perasan yang Akim masih duduk di atas tempat duduk basikal.
Akim menongkatkan basikalnya itu. Dia mula duduk sejauh 10 meter dari Syaf di tembok barisan kedai runcit itu. Syaf masih lagi fokus menikmati aiskrim di tangannya sehinggakan di sekeliling mulutnya agak comot.
“Haish! Berhenti tengok muka aku lah.” marah syaf dengan kelakuan Akim itu.
Akim memberikan senyuman kepada gadis itu dan menggaru belakang tengkuknya. Aiskrim ditenung. “I love you Princess.” ucap Akim.
Syaf pada mulanya senyap tidak membalas kata-kata Akim kerana dia memikir berpuluh-puluh kali untuk menutur ayat kepada Akim tentang perasaannya kepada Akim.
“1 4 3 3 6” balas syaf mematikan suasana senyap antara mereka dan membuatkan kening the rock muncul di muka Akim. “I love you too stupid.” tambah syaf menghilangkan kedutan di wajah Akim tetapi menimbulkan senyuman di bibir lelaki itu. Akim mula terlompat-lompat kerana akhirnya cinta dia dibalas.
“Monyet..” komen Syaf lalu membuangkan batang aiskrim ke dalam tong sampah. Sengaja dia berkata begitu kerana dia ingin menghilangkan rasa malunya kerana baru sahaja membalas cinta Akim.
“Jom lekas balik. I’m gonna tell my mom about us.” kata Akim lalu terus duduk di atas tempat duduk basikal tersebut.
“Not so fast servant. You’re still my servant because you are not my prince yet.” balas Syaf lalu duduk di belakang tempat duduk.
“I will become your prince soon. Just wait for me princess.” balas Akim lalu mengayuh basikal itu dengan lebih tenaga dari sebelumnya.
Selepas beberapa bulan dari tarikh perkahwinan antara Nad dan Hakimi, Syaf dan Akim mula mendirikan rumahtangga. Tiada lagi istilah Princess and the servant kerana syurga itu di telapak kaki suami apabila kita sudah menikahi seseorang.
Seperti yang diperkatakan oleh kak Chici bahawa Syaf dan Akim akan menjadi suami isteri. Mulut kak Chici lah yang paling masin sekali bagi Nora , Fakheerah dan Ainiz. Tapi bila disuruh dia mengatur ayat yang mereka akan berkahwin awal dari Syaf. Tak menjadi pula kemasinan mulutnya itu. Hahaha!
Kini hidup Syaf bahagia di sisi ex-servant nya iaitu Akim yang pernah di benci tatkala dahulu. Aku mengharapkan rumahtangga kami akan berkekalan sehinggu ke syurga mu ya Allah. Terima kasih kerana telah menciptakan lelaki sebaik Akim buat ku.
Akim bahagia apabila melihat senyuman yang menghiasi wajah isterinya itu. Dia tetap seorang princess kepada ku walaupun apapun yang berlaku. Servant? Hahaha lawak bila diingat kembali dia melayan ku sebelum ku menjadi prince di hatinya. Dia begitu kejam dan bossy tapi selepas nikah dia bertukar menjadi puteri yang sangat penyayang dan manja.
Share this novel