Prolog

Romantic Comedy Series 422

Kata orang dari mata turun ke hati atau dalam kes ni dari mata turun ke perut. Bercerita soal rendang semua masyarakat di Kampung Pulut Goyang hatta bayi baru lahir pun kenal masakan rendang ini

Dengan campuran cili kering atau cili api, bawang merah,bawang putih,halia serta lengkuas. Dikuasakan dengan serai nan dikisar bersama bumbu lalu dimasak hingga garing lalu santan pun diadun sekali bersama kerisik,daging serta ayam. Ditambah pula daun kunyit atau kunir dalam bahasa jawa,mampukah dikau mengerti bertapa 3 jam diperlukan untuk menghasilkan rendang yang punyai nilai estetik yang tersendiri.

Seorang pak tua menyimpulkan rasa tentang rendang itu secara berlebihan. Marzuki yang hanya memutarkan buluh lemangnya menepuk dahi

"Udah udah la pak Mail oiii,kalau pak Mail cakap pun bukanya pak Mail pandai masak pun silap silap kedai Kiah Janda juga yang pak Mail tuju kan." Marzuki mentertawakan Pak Mail yang juga ketua kampung Pulut Goyang. Cemberut sahaja wajah Pak Mail ditertawakan sebegitu.

"Aku ni Juki,kalau tak kau yang mewarisi cara pembuatan rendang ni siapa lagi? Nak harap yang lain huh balik balik oden,Starbuck dan kimchi lama lama hilang masakan tradisi ditelan zaman." luahan rasa Pak Mail membuat Marzuki tertawa dengan kisah sang ketua kampung itu

"Saya cuba Pak Mail,saya pun bukanya baik sangat dalam memasak rendang ni." Marzuki merendah diri

Secara tiba tiba sebuah kereta berhenti benar benar di hadapan kedai lemang milik Marzuki,seorang gadis keluar darinya,dengan anak mata berwarna unggu itu dia bertanya.

"Ini kampung Pulut Goyang?"

Idea yang tercetus saat makan rendang dan pulut kuning. Maka terciptalah kisah rendang untuk Ai Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience