Adakah ini salah aku?

Fantasy Series 872

"Sampai hati kau buat aku macam ni!?" kata Farah. Perempuan dihadapannya hanya berdiam diri, tidak tahu berkata apa. " Aku sayang kau, aku anggap kau kawan aku. Tapi kenapa kau buat aku macam ni?" tambah Farah sambil menahan sedu. "A...aku..aku.." Layla cuba untuk pertahankan diri, namun dia tidak dapat berkata apa-apa. "Farah, awak kena faham yang Layla mahu baiki hubungan kamu. Bukankah dulu kamu housemate? Tapi kenapa kamu seolah² benci pada dia?"Abang Iqbal, ketua jurulatih Taekwondo, cuba menasihati juniornya. Abang Iqbal merupakan seorang yang baik dan suka membantu orang yang kesusahan. Farah dan Layla tidak terkecuali. "Baiki hubungan?" Farah berkata dengan sinis. "Kau dah pandai mengadu kan sekarang?" tidak dapat menahan kemarahannya, Farah menarik baju Layla dan cuba untuk menumbuk dia namun Abang Iqbal dengan pantas menepis tangan Farah. "Farah!! Apa yang awak cuba buat huh!?" kata Abang Iqbal sambil jerit kepada Farah. Tidak menghiraukan kata² Abang Iqbal, Farah menoleh kepada Layla dan berkata sambil menjengil matanya "Kalau bukan disebabkan Abang Iqbal, kau dah lama tak selamat." Farah berlalu untuk mengambil begnya dan kemudian berkata "Saya rasa saya tak perlu datang esok kan, Abang Iqbal?" Dengan senyuman manisnya yang cuba untuk menyembunyikan kemarahannya, Farah berlalu pergi dari tempat latihannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience