23. I'm sorry, honey

Romance Completed 1572856

Puan Sri Bethanie melangkah masuk ke dalam lif dan menekan butang untuk ke tingkat 10. Senyum ramah tidak lekang dari bibirnya setiap kali ada yang menyapa. Niatnya mahu bertemu Miya dan mengajak menantunya itu makan tengah hari bersama.

“Excuse me…” Puan Sri Bethanie menghampiri meja Nina.

Nina yang sedang menaip sesuatu di komputernya, mengangkat muka dan menghadiahkan senyuman professional sebelum bangun dan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.

“Good morning, Puan Sri. How can I help you?” tanyanya.

“Saya nak jumpa Miya Liany. Dia ada?”

“Oh, Cik Miya tak datang hari ni sebab dia tak sihat,”ujar Nina.

“Tak sihat?”

Bunyi telefon yang berdering beberapa kali sejak lima minit yang lalu membuat Adrian terjaga. Dengan mata yang masih terpejam, diraba telefon yang bergetar dengan bunyi menjengkelkan itu yang diletak di atas meja di sisi katil. Tanpa melihat nama pemanggil, segera jemarinya menggeser skrin menjawab panggilan itu.

“Hallo…”

“Adrian!”

Mendengar suara ibunya di hujung talian, matanya yang masih mengantuk serta merta menjadi segar bugar. Apatah lagi apabila mendengar nada suara ibunya yang meninggi seperti komander tentera memberi arahan kepada askar bawahannya. Pantas dia bangkit lalu bersandar pada kepala katil.

“Mama, what’s the matter?” tanyanya sambil melirik jam di tangannya. Sudah pukul satu tengah hari.

“Where are you?”

“Home. Why?”

“Miya with you?”

Adrian mengerutkan dahi. Dilirik Miya yang masih lena di sebelahnya. Ibunya menelefon, menjerit di telinganya, hanya untuk bertanya tentang Miya? Huh, sungguh tak percaya.

“Yeah. Why?”

“Mama pergi office dia, kawan dia kata Miya tak datang kerja hari ni sebab dia tak sihat. Betul ke?”

“Why did you go to her office? You’re not allowed to disturb my employees during their working hours.”

“She’s not just your employe, she's my daughter-in-law. Mama nak ajak dia keluar lunch.”

“Why don’t you just have lunch at home?” Adrian sudah mula mahu bertekak dengan ibunya.

“Hey, how could you talk to your mama like that? I’m your biological mother, and I gave birth to you, I raised you up…..”

“Right…right..you’re my beautiful mama..Stop telling the twelve hours pain in labour room.”

“Hmm…Mama pergi rumah sekarang.”

"Rumah siapa?"

"Rumah you la...!" Melengking suara PS Bethanie menjawab pertanyaan Adrian itu.

“What?" Adrian menggaru kasar kepalanya. Sebal dengan si mama yang mengganggu waktu berduanya bersama Miya. "Mama...you don’t have to come. She’s fine. I’ll take care of her.” Dia tidak mahu ibunya datang. Miya bukannya sakit. Dia yang memaksa Miya mengambil cuti.

“I’m on my way.” Puan Sri Bethanie memutuskan talian.

Adrian mendengus sebal. Tiada suatu apa pun yang dapat menghalang ibunya di dunia ini melainkan kuasa Tuhan. Mahu tidak mahu, terpaksa dia bangun dari katil lalu terus menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai, barulah dia mengejutkan Miya.

“Miya…” Bahu Miya ditepuk lembut.

Miya yang sedang tidur dalam keadaan meniarap dengan sebelah mukanya disembamkan ke bantal, tidak bergerak. Lena sungguh tidurnya.

“Miya, wake up…”

Miya menggeliat malas sebelum menarik selimut menutup mukanya.

Adrian berdesis geram. Dua wanita yang boleh membuat dia naik angin dan hilang kewarasan. Miya dan ibunya.

"Jangan cabar saya, Miya. Saya kira sampai tiga. Awak tak bangun, saya pikul awak pergi bilik mandi."

Tiada jawapan. Malah, tiada gerakan juga dari bawah selimut. Miya seperti orang mati saja.

Miya..." Digoncang tubuh Miya yang berselubung selimut.

"Engghhh..." Terdengar sedikit rengekan dengan nada membentak membuat kesabaran Adrian benar-benar menipis.

Disentap selimut yang menutupi tubuh Miya, sehingga terdedah tubuh polos isterinya itu. Miya yang terganggu dengan sentakan kuat itu, perlahan membuka mata. Lama dia terkebil-kebil dengan tubuh tertiarap, sebelum udara sejuk terasa menyapu kukit tubuhnya. Buntang mata menyedari tubuhnya tidak tertutup apa pun.

Pantas dia bingkas lalu merampas semula selimut dari tangan Adrian dan menutup tubuhnya. Sempat dia mencapai bantal lau dibaling ke arah suaminya itu yang sedang memandangnya dengan senyum jahat.

“Macamlah saya tak pernah tengok,” ujarnya. Sengaja mahu membakar hati Miya.

Miya malas membalas. Bangkit dari katil, melewati Adrian begitu sahaja sebelum melangkah menuju ke kamar mandi dengan selimut membaluti tubuhnya.

“Mama is on her way. You have to pretend to be sick,” ujar Adrian.

Miya yang baru memegang gagang pintu bilik mandi, berkerut dahi mendengar penuturan Adrian. “Why do I have to pretend to be sick?”

“Dia pergi office cari awak dan kawan awak kata awak tak sihat. So, sekarang dia on the way ke sini untuk tengok awak. That’s why you have to pretend to be sick.”

Miya mendengus geram. Sudahlah dia dipaksa mengambil cuti, sekarang dia dipaksa berpura-pura sakit pula. Ah, sebal!

Sejam kemudian Puan Sri Bethanie sampai dengan seorang pembantu. Adrian menjemputnya di kawasan parkir pelawat kerana kondominium ini perlu diakses dengan menggunakan kad.

Dalam perjalanan tadi sempat Puan Sri Bethanie singgah membeli bahan mentah dan sayuran segar untuk dimasak.

“Why did you buy so much groceries?” tanya Adrian sambil membuka pintu dan memberi laluan kepada ibunya untuk masuk dahulu.

“Orang sakit kena makan makanan yang segar dan berkhasiat. That’s why mama beli sayur-sayur dengan bahan mentah ni. After I give her the Chinese medicine, I’ll cook delicious and nutritious food for her. I mean, for the two of you.” Puan Sri Bethanie melangkah masuk dan meletakkan bahan-bahan yang dibelinya di atas meja di dapur. Kemudian dia mengarahkan pembantunya membersihkan bahan-bahan itu

“Where’s Miya?” tanyanya.

Belum sempat Adrian menjawab, Miya keluar dari bilik.

"Mama..." sapanya. Mungkin kerana tidur yang lama, serta senaman berat bersama Adrian awal pagi tadi membuat wajahnya kelihatan sembap, lesu dan keletihan seperti benar-benar sakit.

“How are you doing? Getting better?” tanya Puan Sri Bethanie sambil melekapkan belakang tangannya ke dahi Miya.

“Errkk..Errmm… Yeah…” Tergagap-gagap Miya menjawab. Dia tidak pernah menipu sepanjang hayatnya dan apabila dia terpaksa melakukannya, benar-benar dia rasa bersalah. Apatah lagi yang ditipu itu adalah ibu mentuanya.

“Dah makan ubat?” tanya PS Bethanie dengan wajah risau.

"I dah suntik ubat pagi tadi plus vitamin and energy booster." Adrian menjawab bagi pihak Miya.

Merah wajah Miya dengan wajah Adrian. Ketap bibir, tangannya terkepal. Geram mahu menumbuk muka Adrian. Biar pecah bibirnya yang suka berkata sesuatu yang membuatnya malu.

"Kena suntik? Kenapa kena suntik? Siapa suntik?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut PS Bethanie.

" I lah suntik. Bukan susah pun."

PS Bethanie picing mata. Tidak percaya dengan kata-kata Adrian.

"Miya tak suka makan ubat. That's why I kena cari alternatif lain supaya dia sihat. Nampak kan, dia dah sihat sikit. Lepas ni kalau dia demam lagi, I suntik lagi. Bagi dos kuat sikit. Sampai dia betul-betul sihat "

"Adrian, you don't make fool of me!"

"Siapa yang main-main? I cakap betul. Tak percaya, tanya Miya."

Wajah tegang PS Bethanie berubah kendur saat mengalihkan perhatiannya kepada Miya. "Betul ke Miya?"

"Betul apa?"

"Adrian dah suntik ubat pagi tadi?"

Tuhan! Tebal muka Miya dengan pertanyaan ibu mentuanya itu. Pertanyaan biasa, namun membuat dia terbayang aktiviti suntik menyuntik pagi tadi.

"Ermmm...be...betul."

“Nasib baik mama bawak Chinese medicine untuk Miya. Don’t worry, it’s halal and very effective. Tak payah suntik-suntik ubat lagi.”

Memanggil pembantunya di dapur, PS Bethanie mengarahkan pembantunya itu memasukkan ubat herba cina yang dibawanya ke dalam mangkuk.

Pembantu itu menjawab akur dan tidak lama kemudian keluar dengan semangkuk ubat herba cina.

Menarik tangan Miya duduk di sofa, mangkuk herba Cina dihulurkan PS Bethanie kepada menantunya itu.

“Drink it,” ujarnya.

Miya teragak-agak tetapi dia menyambut juga mangkuk herba itu dari tangan Puan Sri Bethanie.

Bau kurang enak ubat itu membuat Miya hampir termuntah, tetapi ditahan; tidak mahu mengecilkan hati ibu mentuanya.

Perlahan mangkuk itu dibawa ke bibirnya. Nafas ditahan supaya bau ubat itu tidak mengganggu deria rasanya.

“Wait!!” Jeritan nyaring ibu mentuanya itu membuat Miya terhenti.

Adrian yang sedang sibuk dengan telefonnya juga terkejut dengan jeritan itu. Dipandang ibunya dengan dahi berkerut.

“You are not pregnant, aren’t you?” tanya Puan Sri Bethanie.

Miya ingin segera menafikan, tetapi tiba-tiba muncul idea jahat dalam fikirannya. Inilah masanya dia membalas dendam dan mengenakan Adrian.

“No. Adrian tak benarkan saya mengandung.”

Jawapan selamba Miya membuat Adrian hampir tercekik. Buntang matanya memandang Miya yang tersenyum dengan riak wajah seolah-olah berkata 'Padan muka kau! Rasakan!'

“Bukan I tak benarkan dia mengandung, ma. She told me that the process of giving birth to a baby is very painful and dia memang takut sakit. So I tak sampai hati nak biarkan isteri cantik I ni sakit semata-mata nak lahirkan anak I. Lagipun, kami dah ada Lora.” Tersenyum, wajah Miya ditatap lekat sambil tangan membelai lembut rambut isterinya itu.

Miya turut tersenyum. Dia tahu Adrian membalas ‘serangannya’. Tak apa. Dia adalah pendebat semasa di sekolah dan juga di universiti. Bukan sukar untuk dia mematahkan hujah lawan. Jika dia benar-benar menggunakan kepakarannya, tiada sesiapa termasuk Adrian berani berbalah dengannya.

“Kalau saya boleh atasi ketakutan saya tu, boleh awak benarkan saya mengandung?” tanya Miya sambil memandang Adrian dengan senyum penuh makna.

Adrian tidak pernah melihat senyuman seperti itu daripada Miya. Seketika dia terpesona. Namun sesaat kemudian dipicingkan matanya.

“No need to ask him. If you want to get pregnant, just do it. Besides, I really want you to get pregnant and give me grandchildren. I can’t wait to see how he or she looks like. If it is a girl, I hope she’ll look like you. If it is a boy I hope he won't be like Adrian.” Puan Sri Bethanie ketawa di hujung kata-katanya.

Buntang mata Adrian, tidak berpuas hati dengan kata-kata mamanya. “If it is my child, he will look like me of course.”

“Miya, I’ll give you Chinese herbs so that you can get pregnant.”

Hampir tersembur ubat herba Cina yang baru beberapa titik memasuki tekak Miya dengan kata-kata ibu mertuanya itu. Merah mukanya menahan batuk akibat tersedak. Adrian tidak tahu mahu kasihan atau ketawa melihat reaksi Miya itu.

“No need for Chinese herbs la. If you want her to get pregnant, she just needs me. I will make her pregnant and I will work hard for it.”

Bukan hanya Miya, Puan Sri Bethanie juga merah muka dengan kata-kata Adrian itu. Dicapai bantal kecil di hujung sofa lalu dilayangkan ke kepala anaknya itu.

“You!!!”

Malas melayan Adrian, dia terus bangun dan menuju ke dapur untuk memasak makan tengah hari bersama pembantunya.

“Don’t you want a grandchild?!” Adrian melaung ke arah ibunya yang sudah berada di dapur.

“Shut up!” balas Puan Sri Bethanie dari dapur.

Adrian hanya ketawa. Kemudian dia memandang Miya yang sudah meletakkan mangkuk ubat di atas meja. Dilihat ubat itu langsung tidak luak.

“Kenapa tak habiskan?”

“Tak sedap.”

“Kalau macam tu, buang je,” jawab Adrian sambil mata sibuk dengan telefonnya.

Miya bangun sambil membawa mangkuk itu ke dalam biliknya untuk dibuang ke dalam tandas. Rasa bersalah dengan ibu mentuanya kerana untuk menyediakan ubat herba Cina tentunya satu kerja yang bukan mudah. Semuanya salah Adrian kerana memaksanya berbohong.

Selesai membersihkan mangkuk ubat, Miya menuju ke dapur, berniat mahu membantu ibu mentuanya memasak.

“Tak payah..Tak payah. Hari ni mama masak. Miya pergi rehat. Dah siap nanti mama panggil,” ujar Puan Sri Bethanie sambil menolak tubuh Miya keluar dari dapur.

Dihalau dari dapur, Miya menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sebelah Adrian.

Alat kawalan jauh televisyen dicapai sebelum memilih saluran Netflix; menyambung menonton drama bersiri Korea yang baru ditonton sehingga episod lima .

Tanpa menggunakan sarikata, dia dapat memahami dialog yang dituturkan dalam drama itu. Sesekali dia mengajuk dialog drama tanpa mempedulikan Adrian di sebelahnya.

“Macam mana awak boleh fasih bahasa Korea?” tanya Adrian.

Gelagat Miya mengajuk dialog drama itu benar-benar comel dan jika tidak kerana ibunya ada bersama, sudah lama dia menerkam dan mencium isterinya ini.

“Sebab saya selalu tengok drama Korea. So, saya belajar sikit-sikit,” jawab Miya dengan penuh keyakinan. Sedikit dia tidak memandang Adrian kerana watak lelaki di dalam drama itu lebih mempesona.

“What? Awak belajar bahasa Korea dengan tengok drama je? Without any formal education?” Adrian ketawa.

“Yeah. Saya tahu awak tak percaya. Never mind. But, I tell you, I was able to sell the two million diamond ring dengan tiga ayat dalam Bahasa Korea.”

"Oh really? Ayat apa?"

"Annyeonghaseyo. Jeoneun Miyaimnida. Mannaseo bangapseumnida."

"Then?"

"Itu jelah. Kan saya kata tiga ayat."

"Saya tak dengar pun awak guna Bahasa Korea malam tu."

"Because you're busy with your handphone."

"Kenapa tiga patah je?"

"Sebab saya takut sebutan atau penggunaan kosa kata atau tatabahasa tu salah, nanti daripada nak beli, terus couple tu tak jadi beli."

Adrian tertawa perlahan. Benar juga ya. Kadang-kadang kesalahan sebutan boleh mengubah maksud sesuatu perkataan.

“I can speak Chinese as well,” ujar Miya lagi menyebabkan Adrian memandangnya dengan wajah tidak percaya.

“Awak tak percaya kan?”

“Cuba cakap.”

"Lau gong, n? zh?n fánrén. (Sayang, awak sangat menjengkelkan)”

Adrian mengangguk-anggukkan kepalanya. Kebolehan Miya di luar jangkaannya. Tetapi sesaat kemudian dicapai bantal lalu dibaling ke kepala Miya.

“Why?”

“Y?nwèi n? shu? w? h?n fán. (Sebab awak kata saya menjengkelkan).”

“W? shu? duìle. (Saya cakap perkara yang betul).”

Adrian menjeling Miya. Sejak bila isterinya yang naif dan lurus ini sudah pandai menjawab dan memperovoknya?

“Miya, saya baru tinggalkan awak seminggu. Awak dah pandai menjawab sekarang ya?”

“Cuba bayangkan kalau awak tinggalkan saya sebulan?” Miya tersengih sambil menaik turunkan keningnya. Jeling Adrian sekilas, dia kembali menumpukan perhatian kepada drama di TV.

“Macam mana awak boleh cakap Bahasa Cina? Chinese drama?”

“Nope. My exboyfriend was Chinese. Tapi tak fluent sangat. Sikit-sikit bolehlah,” jawab Miya.

Terangkat kening Adrian mendengarnya.
“How many ex-boyfriends did you have before we got married?” tanya Adrian.

Miya mengangkat dua jarinya tanpa memandang Adrian. Matanya masih fokus pada TV.

“Before Iqmal Hakimi or after Iqmal Hakimi?”

“Before.”

“What’s his name?”

“Once I removed a person from my life, jangan kata nak tengok dia , dengar nama dia pun saya tak nak, let alone say his name.” Miya mengulangi kata-kata yang pernah diucapkannya sebelum ini. Dia tidak berminat untuk bercakap tentang masa lalu. Pertanyaan Adrian itu pun hanya dijawab tanpa mengalihkan perhatiannya daripada TV. Hanya wajahnya dipalingkan sedikit sedang mata masih fokus pada TV.

“Adakah saya akan terima nasib yang sama dengan bekas-bekas teman lelaki awak?” tanya Adrian.

“Tentulah tak sama,” balas Miya santai.

“Sebab?”

“Because you’ll be the ex-husband. Of course your rank is higher than the ex-boyfriends.”

Tertawa Adrian mendengarnya. Tetapi sesaat kemudian ketawanya sirna apabila samar-samar dia mendengar Miya menyebut “Handsomenya….” kepada pelakon lelaki Korea daripada drama yang ditontonnya.

Memicingkan mata, diterkam tubuh Miya membuat isterinya itu terbaring di sofa.

Miya terjerit lantas meringis membuat Adrian teringat belakang tubuh isterinya yang luka. Menelusupkan satu tangan ke bawah leher Miya, diangkat sedikit belakang isterinya itu supaya tidak menyentuh sofa.

"Berani awak puji lelaki lain depan saya!"

"Beranilah. Dia memang handsome. Itu fakta."

Buntang mata Adrian mendengarnya. Didekatkan wajahnya ke wajah Miya seolah-olah mahu menciumnya, membuat Miya cuak. Pantas dia menekup mulut Adrian dengan tapak tangannya, tidak mahu bibir lelaki itu menyentuh bibirnya.

Hanya sekali sentak, Adrian berhasil mengalihkan tangan Miya dari mulutnya. “Rules number four, jangan puji lelaki lain depan suami. Say sorry now, Miya Liany!”

“I’m sorry.” ujar Miya acuh tak acuh. Matanya kembali fokus ke TV. Pesona Hyun Bin dalam drama Crash Landing On You tidak dapat ditandingi oleh Adrian.

“Call me honey.” Adrian mempermainkan Miya, tetapi wajahnya serius. Dicengkam pipi Miya dan memaksa Miya memandangnya.

“Tak nak.”

“Kalau you degil, I’ll kiss you in front of mama. I mean it.”

“Oh my god, you’re so annoying.”

“Say it. I count to three. One…”

“Honey.” Miya menyebut tanpa perasaan.

“Say I’m sorry, honey.”

Miya merengus geram. Tetapi dia menurut juga kemahuan Adrian. “I’m sorry, honey.”

“Tak nampak ikhlas. One more time.” Adrian masih belum berpuas hati. Sengaja dia mahu mengganggu Miya yang kelihatan begitu takjub dengan ketampanan pelakon lelaki Korea yang dia tidak tahu nama itu.

“Oh my god! What’s wrong with you?”

“Hurry up! Mama dah nak keluar dari dapur.”

Miya tarik nafas lalu menghembusnya perlahan. Cuba mencari sisa kesabaran yang masih ada dalam dirinya. “I’m sorry, honey.”

“I want you to say it with sincerity and in a very passionate way.” Adrian masih belum puas mengenakan Miya.

Ketap bibir, Miya merasakan tahap kesabarannya sudah melebihi batas. Adrian mahu mempermainkannya? Baik! Mari kita bermain-main lau gong.

Tanpa sebarang amaran, Miya melonjakkan tubuhnya membuat posisi mereka bertukar. Adrian di bawah, dan Miya di atas.

Tidak menjangka tindakan Miya itu, wajah Adrian berubah cuak. Tidak cukup dengan itu, Miya membuat jantungnya berdegup kencang apabila jemari runcing isterinya itu bergerak menelusuri setiap inci wajahnya.

“I’m sorry, honey," bisik Miya dengan suara yang paling dalam membuat Adrian tergamam bagai dipukau. Terkebil-kebil matanya memandang Miya.

“Masih tak puas hati?” tanya Miya apabila Adrian hanya diam. Tangannya masih tidak berhenti menjelajah ke seluruh wajah suaminya itu.

“Hmm..Okay, I repeat...”Menundukkan sedikit wajahnya, bibir Adrian dikucup lembut. “...I’m sorry, honey.” Tanpa mengangkat bibirnya dari kulit Adrian, dia menggeser ke pipi pula.

“I’m sorry, honey.” Selepas itu berganti cuping telinga, kening, mata, hidung, leher menjadi sasaran bibirnya. ‘I’m sorry, honey' dilafaz di sela setiap ciuman itu.

Adrian pula seperti disumpah menjadi batu. Langsung kaku dan hanya membiarkan tindakan Miya. Adakah Miya sedang menggodanya? Jika benar, dia sukakannya!

“Oh my god!! Tahulah rindu, tak boleh tunggu mama balik dulu ke?!”

Suara nyaring Puan Sri Bethanie yang entah bika muncul dari dapur membuat Miya dan Adrian tersentak. Pantas Miya bingkas dari tubuh Adrian.

Tidak berani mengangkat muka, hanya Tuhan yang tahu betapa malunya dia ditangkap berkelakuan seperti itu di depan ibu mentuanya. Rona merah menjalar ke seluruh wajah sehingga telinga.

“She can’t wait to have a baby,” jawab Adrian, membuat Miya seperti mahu mencari lubang menyembunyikan mukanya. Jelas dia yang kelihatan cuba menggoda Adrian tadi.

“Lunch is ready. Come, let’s eat,” ujar Puan Sri Bethanie dan terus berlalu. Malas melayan gurauan Adrian apabila melihat Miya yang sudah malu. Tetapi, sebagai ibu, dia bahagia melihat kemesraan Adrian dan Miya. Setidaknya dia lega kerana Adrian sudah dapat melupakan Dahlia.

Miya segera bangun dan mengekori langkah PS Bethanie ke dapur. Ketika melewati Adrian, sempat dia mencapai bantal dan memukul bahu suaminya itu sekuat hati. Adrian hanya ketawa. Langsung tidak marah. Sesekali seronok juga melihat Miya marah.

Bau masakan yang enak memenuhi rongga hidung sebaik kaki menjejak ruang makan. Pelbagai jenis hidangan sudah tertata rapi memenuhi meja makan.

“Semua nampak sedap,” ujar Miya.

Puan Sri Bethanie tersenyum. Bangga dipuji menantunya.

“Of course. I’m a good cook.” Setelah dipuji Miya, dia memuji dirinya sendiri.

Adrian menggeleng. Tahap keyakinan ibunya memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tetapi, dia akui ibunya sangat pandai memasak, walaupun dia jarang melakukannya. Ibunya tidak bekerja, tetapi aktif dalam pelbagai jenis persatuan dan kerja-kerja kebajikan. Kadang-kadang kesibukan ibunya mengalahkan dia dan ayahnya yang bekerja.

“Jom makan." Menarik kerusi, PS Bethanie melabuhkan duduk lalu mengisi nasi dan lauk ke dalam pinggan sebelum menghulurkannya kepada Adrian dan Miya

“Miya, you should eat a lot. You’re so skinny," ujar Puan Sri Bethani. Empat ketul chicken dumpling diletakkan di dalam pinggan Miya.

“Ermmm betul tu," sampuk Adrian.

“Wow, am I dreaming? This is the first time you've agreed with me since I gave birth to you,” ujar Puan Sri Bethanie membuat Miya tertawa. Adrian pula tidak bereaksi.

“Well, skinny girls look good in clothes, but fat chicks look good naked.”

Burrr!!! Bersembur makanan Puan Sri Bethanie, pembantunya, dan juga Miya.

“Adrian!!” Mencerlung mata Puan Sri Bethanie memandang anaknya itu.

“What? It’s just a quote.” Adrian ketawa kecil sambil menjeling Miya yang sudah merah padam mukanya.

“Can’t you just find a clean quote?” marah Puan Sri Bethanie.

“I didn’t talk dirty. It’s you that have a dirty thoughts.”

“You’re really good at blaming others,” ujar Puan Sri Bethanie

“Yeah, you’re right.” Miya menyokongnya.

“Good that you know, Miya. I know it’s hard for you to live with him. I will pray more for you both.”

Adrian hanya ketawa tanpa suara. Melihat cara ibunya melayan Miya, dia tahu ibunya benar-benar sukakan Miya. Semasa dia bersama Dahlia, tidak pernah sekali pun, ibunya datang ke rumahnya. Malah, semasa Lora dilahirkan, ibunya hanya datang melawatnya di hospital. Ibunya tidak begitu rapat dengan Lora semasa Dahlia masih hidup. Hanya sesekali Adrian akan membawa anaknya itu berjumpa dengan ibu bapanya tanpa kehadiran Dahlia. Kedinginan Dahlia menyebabkan hubungan Adrian dengan ibu bapanya juga agak dingin pada ketika itu.

Makan tengah hari itu dipenuhi dengan gurauan dan gelak ketawa, sehingga akhirnya mereka tersandar kekenyangan.

“Kalau tiap-tiap hari mama datang, mesti tak sampai seminggu Miya dah jadi gemuk.”

“Awwhh..Don’t say that. Lora told me you also a good cook.”

Miya hanya tersenyum sebelum tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Wait, saya ada buat dessert petang semalam.” Bangun dari duduknya, peti sejuk dia tuju dan tidak lama kemudian kembali dengan empat gelas kaca berisi panna cotta.

“Wow..It’s a panna cotta. I love it.” Puan Sri Bethanie mencedok sedikit dengan hujung sudu dan merasanya. Kemudian, dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

“It tastes good.”

Miya hanya tersenyum.

“Miya, you’re working, tapi masih ada masa buat ni.”

“Bosan bila Adrian dengan Lora takde kat rumah. Itu yang buat ni semalam.”

“Kenapa tak call mama? We can go shopping, watch movies having lunch and dinner together. I love to do that kind of things with you,” ujar Puan Sri Bethanie.

Miya terdiam. Dia tidak terfikir pula untuk menghubungi ibu mentuanya. Sebelum ini dunianya hanya di pejabat dan di rumah. Apabila Adrian ke Shanghai dan Lora mengikut keluarga Dain Fauziah ke Eropah, dia tidak terfikir untuk berseronok di luar. Malah, dia menolak setiap kali Balqis mengajaknya keluar selepas habis waktu bekerja.

“Actually, I don’t want to bother you.”

“Mana ada mengganggu. Next time, if you feel bored, just call me,” ujar Puan Sri Bethanie. Dari nadanya, Miya tahu ibu mentuanya itu ikhlas.

Miya akhirnya tersenyum dan mengangguk.

Adrian hanya memerhati. Sikap ibunya itu membuat dia benar-benar ingin tahu mengapa ibunya membezakan layanan antara Miya dengan Dahlia. Namun dia tidak mahu bertanya sekarang; bimbang merosakkan mood ibunya. Apabila ada masa yang sesuai dia akan bertanya.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-08-31 01:37:11 

mmg nakallll. i lokie

awer
2022-08-29 15:19:04 

nak lg...apdate bnyam ket calyta....haha

norsila
2022-08-29 14:41:03 

biar benar2 nakal samo suami..biar adian angau gilo dgnnya .nti betul2 bpisah..mkn tk kenyang ,mandi tk basah..mato tk lolap..mgenangkn x-wife..hahahaha...biar jadi cacing kepanasan klu gosif miya nk nikah laki lain..biar mrana dio..huuu biar kejam...huu


NovelPlus Premium

The best ads free experience