BAB 2 - PERANGKAP PENCERAIAN

True Story Series 27391

Amir dan isterinya hidup bahagia walaupun tidak mendapat restu dari keluarga Amir. Setelah empat tahun berumah tangga mereka kemudian dihadiri oleh orang ketiga iaitu Puteri yang berusaha ingin memiliki Amir serta menyingkirkan isteri Amir. Puteri yang kematian tunang sama mirip dengan Amir tidak mahu melepaskan Amir. Setiap hari meluah perasaan di alam maya membuatkan hubungan mereka semakin intim dan telanjur. Sehingga isteri Amir terasa hati apabila menyedari perkara itu. Isterinya yang penyabar dibuli oleh Puteri dan keluarganya supaya isterinya pergi meminta fasakh. Amir yang sayang pada isterinya tidak mengendahkan arahan Puteri supaya menceraikan isterinya. Keadaan semakin tegang sampailah Amir dua kali cerai rujuk isterinya kerana Puteri dan campur tangan keluarga Puteri serta bapa Amir yang nak pisahkan anak menantunya kerana sangka Puteri anak orang berada.Puteri orang biasa sahaja. Ternyata Amir dan bapanya ditipu.Isteri Amir telah mengundurkan dirinya dengan meminta fasakh. Setahun berpisah talak tiga Amir mendapat khabar bahawa bekas isterinya itu selama ini merahsiakan segala perniagaan dan pelaburan dari pengetahuan Amir. Kini bekas isterinya telah berada dan akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang mampu menerima kekurangan serta kelebihan dirinya. Amir dan Puteri tidak jadi berkahwin setelah penipuan Puteri terbongkar. Puteri dan keluarganya kini hidup tidak tenteram kerana telah berjaya memisahkan suami dan isteri.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience