Rate

PROLOG

Drama Series 1402

“Macam mana ni Tan Sri buatnya Mikael terjumpa tuan Aziz tu dekat sana?"

Hana masih menanti jawapan yang keluar dari Tan Sri Malik. Tak betah duduk dia bangun dari kedudukan asal dan mundar mandir berhampiran dengan pintu pejabat Tan Sri Malik. Manakala Tan Sri Malik masih tenang di posisi asal yang membelakangkan dirinya dengan Hana. Tan Sri Malik berpaling menghadap Hana seraya berkata...

"Janganlah kau risaukan akan hal itu. Jarak tempat mereka agak jauh tak mungkin Mikael akan jejak ke sana. Itu sudah pasti. Lagi pun Mikael dan yang lain datang hanya untuk bercuti seminggu saja di banglo tersebut. Masakan Mikael mahu menjejakkan kaki ke sana. Lagi pun tak seorang pun pernah jejak ke sana. Tiada apa yang menarik pun untuk buat dia pergi ke sana." katanya dengan penuh keyakinan.

Tetapi tidak bagi Hana entah kenapa dia merasakan tidak sedap hati akan hal ini. Hana yang merangkap setiausaha peribadi Tan Sri Malik telah berkhidmat hampir belasan tahun dan segala rahsia tentang syarikat dan hal peribadi Tan Sri Malik serta keluarganya semua di tangannya.

Begitu besar sekali kepercayaan yang diberi oleh Tan Sri Malik kepada Hana. Dan kepercayaan itu tidaklah sia sia dipertaruhkan kerana Hana tidak pernah sesekali pun mensia siakan kepercayaan yang diberi oleh Tan Sri Malik terhadapnya.

Terserlah betapa usianya sudah melewati angka 40 tetapi masih menawan dan tak ubah seperti anak dara di zaman awalnya berkhidmat dengan Tan Sri Malik. Tan Sri Malik memang percaya apa sahaja yang keluar dari mulut setiausaha peribadinya dan sehingga kini kepercayaannya terhadap Hana tidak pernah sekali pun goyah. 

Di luar bilik pejabat Tan Sri Malik kelibat seseorang sedang mendengar perbualan mereka berdua di balik pintu yang tidak ditutup rapat. Semakin lama dia mencuri dengar perbualan tersebut semakin banyak rahsia keluarga Tan Sri Malik terbongkar satu persatu akhirnya di hadapannya seorang pekerja yang telah berkhidmat lama selama hampir 15 tahun di syarikat Tan Sri Malik.

Ada riak tidak puas hati di wajah tersebut.

____________________

Mikael mula melangkah ke arah kawasan hutan yang berdekatan dengan banglo percutian keluarga mereka. Seingat Mikael sewaktu dia ke sini bersama ayahnya dia tidak berpeluang langsung menjejak kaki ke kawasan hutan yang padanya tersangat cantik dan bersih dengan pemandangan laut yang menambahkan lagi keindahan kawasan hutan tersebut. Kali ini dia seakan nekad walaupun dia sendiri tidak pernah tahu mengapa dan atas sebab apa dia dilarang ke sana. 

Barangkali sewaktu itu dia masih di sekolah rendah dan ayah mana sahaja yang suka dan tidak melarang anak kecilnya untuk ke hutan tersebut. Makanya Mikael berfikir yang ayahnya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah yang menjaga keselamatan anaknya.

Tetapi tidak untuk kali ini Mikael sudah berusia 26 tahun masakan sahaja benda seperti ini ayahnya harus melarang dia untuk ke sana. Dia bukan budak kecil lagi dan ketiadaan ayahnya kali ini adalah bonus untuk dirinya menikmati suasana hutan dan pantai yang menarik hatinya sedari dirinya kecil lagi.

____________________

"Who are you? What.. what are you doing here?!"

Terkejut Mikael dengan susuk tubuh seorang gadis persis pan asian yang tiba tiba muncul di hadapannya. Mana tak terkejutnya bila kau yakin kau seorang diri je dekat situ, dan tiba tiba ada orang muncul dekat depan muka kau. Lagi kau terkejut bila orang yang muncul dekat depan kau tu adalah seorang perempuan dengan tak cukup kainnya, ditambah pula dengan diri dia yang tersangatlah comot, dan tak ubah macam orang gila tapi masih ada bukti lagi yang dia seorang manusia bila mana dengan tiba tibanya....

"Who are you? What.. what are you doing here?!"

Orang tanya dia siapa dia tanya kita balik. Orang gila agaknya. Muka je boleh tahan. Tapi kalau perempuan ni orang gila Bahasa Inggeris dia pun boleh tahan juga ya macam muka dia?

Aku dah cukup terkejut bila dia tiba tiba muncul depan aku. Lagi terkejut bila dia seakan mengajuk balik apa yang aku tanya dekat dia. Aku perhatikan mukanya yang sedia comot tapi masih terserlah pan asian nya. Ini kalau dimandikan betul betul memang boleh jadi patung barbie budak ni.

"Kau.. kau reti cakap bahasa melayu? Kau faham bahasa melayu? Apa nama kau dan kau ni dari mana?"

Kejap kejap aku toleh ke kiri dan ke kanan aku kot minah ni dari puak yang datang dari hutan nak culik aku barangkali. Memang aku sangat berjaga jaga waktu ni entah kenapa aku rasakan seram yang semacam bila berhadapan dengan perempuan ni. 

Mana taknya mustahil betul dia boleh datang ke sini seorang diri. Siapa dia ni sebenarnya? Ke orang bunian? Tapi takkanlah. Takkanlah orang bunian seksi dan comot macam dia ni.

"Aku Kristal. Apa nama kau wahai lelaki?"

Aku terkedu seketika. Dia faham dan boleh berbahasa melayu rupanya walaupun bahasa melayunya agak baku. Dia ni dah lah pelik lagi pelik bila dia perkenalkan diri dia dengan nama Kristal. Kristal? Nama macam orang putih! Tapi nama tu macam kena betul dengan empunya tuan badan. Yela mana taknya kan aku cakap dia tu pelik orangnya?

Sekali lagi dalam suasana yang berjaga jaga aku masih lagi memerhatikan sekeliling aku. Bimbang betul aku kalau kalau aku ni memang betul kena culik dan perempuan ni datang sebagai umpan! Aku yakin dia ni memang dalam misi nak culik aku takkanlah dia ada nama pelik macam tu!

Pertanyaan dari dia aku jawab segera disertakan sekali dua tiga soalan bertubi tubi datang dari aku untuk perempuan pelik ni.

"Panggil je aku Mikael. Kau ni orang hutan eh? Tapi kenapa kau fasih bahasa melayu? Kau sesat? Atau kau nak.. nak culik aku?!"

Untuk kali kedua dia berkelakuan pelik. Aku tanya dia tapi dia tak jawab atau lebih tepat dia buat buat tak dengar masakan tidak dia hanya berikan aku senyuman tak ubah macam budak 12 tahun!

Dia nampak terpinga pinga ketika aku tanya soalan soalan tersebut. Tak semena mena dia merapatkan dirinya hampir dengan aku. Aku mulalah rasa ada benda yang tak best bakal terjadi tapi dalam pada masa yang sama aku pelik dengan diri aku. Elok je aku tercegat bila perempuan tu cuba untuk...

"Eloknya paras kau Mikael. Sangat menarik perhatian aku. Aku fikir hanya bapak sahaja yang punya rambut di muka."

Ya aku tercegat bila perempuan tu sentuh muka aku dan membelai jambang aku. Weh dia kata aku ada rambut dekat muka! Dia maksudkan jambang aku ke?

"Aku bukan orang hutan. Aku manusia normal macam kau. Aku tak sesat. Ini tempat tinggal aku. Apa kau sesat Mikael? Tak pernah seorang manusia pun jejak ke sini. Kau orang kedua Mikael aku pernah lihat dekat dekat seperti ini. Selalunya aku curi curi tengok di hujung sana. Aku tak berani pergi jauh dari sini. Aku gembira akhirnya aku ada teman untuk berbual"

                                                               _______________________

"Marilah jumpa bapak. Dia ada di sana. Janganlah kau bimbang Mikael. Aku tidak makan orang."

Sayu sekali aku rasakan bila dia kata macam tu dekat aku. Weh dia dah anggap aku kawan dia ke? Okay benda ni tak ada masalah langsung dia nak anggap aku ni apa pun sekalipun. Tapi masalahnya aku masih ragu ragu dengan dia. Patutkah aku ikut je minah ni untuk kepastian aku sendiri yang dia berkata yang sebenar benarnya? Tapi kalau dibuatnya aku ni diculik betul betul tak ke naya aku dibuatnya!

"Tak.. tak apa lah. Aku nak balik dulu. Nanti kawan kawan aku risau pula cari aku tak ada dekat rumah. Okay lah jumpa lagi."

Bila aku cakap je macam tu aku nampak riak wajah dia yang bersungguh dan ceria tu lenyap diganti dengan riak wajah yang sedih macam kanak kanak tak dapat gula gula! Tapi apa aku peduli. Demi keselamatan aku adalah baik aku pergi segera dari minah ni. Aku dah lah seorang diri, pula tu banglo tu agak jauh dari sini dan tak ada siapa pun yang tahu aku datang ke sini bersendirian.

Beberapa langkah aku menapak terdetik di hati untuk berpaling ke belakang melihat minah tersebut untuk kali terakhir. Nampaklah dia pun sedang mengorak langkah masuk ke hutan tersebut. Dalam pada itu jugalah aku lihat minah tu dah tersungkur ke hadapan dan jatuh. Aku mula panik dan berdebar tak tentu pasal. Niat aku untuk balik dengan segera dan jauhkan diri dari dia aku lupakan seketika. 

Aku berlari ke arah minah tu yang tengah menahan sakit. Kaki dia luka dek tersadung batu besar dan dia hanya menyarung selipar sebelah saja. Okay yang ni aku bertambah pelik mana pulak dia dapat selipar ni? Tapi bila diingatkan balik minah ni ada kata aku orang yang kedua dia jumpa. Maksudnya...

"Kau ni.. kau ni kan tak pasal pasal aku kena angkat kau. Mana rumah kau? Macam mana lah kau boleh tak nampak batu punya besar kat depan mata kau ni. Kau mimpi apa siang buta ni?"

___________________

"Bapak ini Mikael. Kristal jumpa dia di pantai tadi seorang diri. Dia juga yang bantu Kristal ke sini. Kristal tidak sengaja jatuh tersadung batu dalam perjalanan pulang ke sini. Bapak mahu tahu ada kah patut katanya dia Kristal yang sesat di sini. Oh ya Mikael ini bapak aku. Aku tinggal berdua dengan bapak aku di sini. Kau sudah percaya aku? Aku tidak menipu. Aku tidak pernah menipu seumur hidupku."

"Terima kasih anak muda kerana susah payah memapah Kristal ke sini ya anak. Kami berdua memang tinggal di sini sudah belasan tahun. Kau sesat kah anak muda? Apa kau dari rumah besar di hujung sana? Tak mengapalah duduklah sebentar aku hidangkan kau minuman tentu kau kepenatan."

____________________

"Kristal!! Sini kau!! Apa kau buat hah dekat belakang tu?! Kau buat kerja ke kau berlatih nak masuk AF hah?!"

"Maaf puan. Kristal sedang jemur baju di ampaian. Kristal dah terbiasa sambil buat kerja menyanyi. Saja hilangkan bosan."

Jawapan dari Kristal buat Mona tergelak kecil tak jadi dia nak serius buat saki baki kerja pejabatnya yang tergendala. Kadang kadang Mona rasa Kristal tu lawak orangnya walaupun diri dia sendiri memanjang serius dan agak baran tetapi terkesan sesekali bila mana Kristal mengeluarkan jawapan atau pertanyaan yang tak sepatutnya. 

Lagi lagi bila Kristal yang keliru akan sesuatu nama benda tersebut dan bertanya kepada Puan Lia yang mana satu sudu dan yang mana satu garfu. Dan hal itu memang membuatkan Puan Lia derhaka satu rumah.

"Mona tahu tak. Mona ini sebenarnya baik. Kristal sayang Mona walaupun Mona tak tunjuk yang Mona suka atau sayang pada Mona. Mona cuma tegas dan garang sedikit. Tak macam Puan Lia dia garang sangat. Tapi Kristal sayang sama rata macam Kristal sayang pada Mona!"

Eh eh budak ni. Aku suruh dia tocangkan rambut aku dia boleh luahkan perasaan yang buat aku agak tersentak jugaklah dengan kata kata dia tu. Aku tahu dia tidak menipu dan dia ikhlas dengan apa yang dia katakan tu. Tapi aku tetap jugak tak boleh nak berbaik dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku ni. Walaupun aku bersikap dingin dengan dia kadang aku termarah dia kadang aku tergarang dengan dia tapi takkanlah dia tak terasa langsung? 

Kristal oh Kristal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience