satu

Romance Series 1543

kevin memandang Aurora dari atas kebawah seakan ada yang tidak kena pada pandangan kevin. kevin seorang yang sangat teliti, kalau pakaian serabai dan tidak kemas pasti dia akan melenting sampaikan satu club terkesan dengan amarahnya.

Setakat ni Aurora tidak pernah mempunyai masalah, baginya Aurora sangat pandai mengayakan pakaian di setiap tubuhnya, bahkan haruman minyak wangi mampu menggeltarkan iman lelaki.

Kevin tersenyum simpul, sejak kehadiran Aurora setiap hari pasti ada yang ingin menyewa Aurora, Aurora lubuk emasnya bila Aurora tiada, ramai pelanggan nya kecewa kerana Aurora pandai melayan setiap pelanggan nya.

Aurora Gadis paling mahal setakat ni, kalau tidak ada RM 1 Juta dalam tangan jangan bermimpi hendak menyewa Gadisnya. masih segar di ingatannya apabila pertama kali Aurora menjejak kakinya di club milik Kevin Hyung, kevin juga lah orang pertama menyentuh Aurora.

"kev, i nak keluar shopping, you ada benda nak kirim?" Aurora sudahpun berdiri di muka pintu.

"You tolong beli short dress untuk Azira, Tasya and Khaty and please balik cepat you buat i tak tahan dengan you" kevin mengelus lembut bibir Aurora.

Aurora membalas dengan memaut leher Kevin Hyung, satu ciuman di beri pada Kevin Hyung.

"I tak janji balik cepat, tapi kalau i lambat you tahu nak buat apa kan?" Sungguh menggoda kali ini.

Kevin tersenyum dia tahu malam ni dia dapat habuan dari Aurora.

*****

Seperti biasa Aurora akan singgah ke Rumah Anak Yatim Harapan. Setiap bulan Aurora akan menyalurkan sumbangan. Aurora tahu dia jahil tidak pernah solat, pakaian pula tidak menutup aurat dengan sempurna tapi dia sedar dia perlu mendapatkan tiket ke akhirat, mungkin dengan cara ni?

"Lutfi, awak tidak menyesal ke bekerja seperti ini? Sedangkan banyak lagi kerja yang baik menanti?" Dia tahu lutfi baik orangnya, sepanjang perkenalan dia dengan lutfi belum pernah lagi lutfi pukul orang atau pun menyakiti sesiapa.

"Bagaimana pula dengan cik rose? Bukan ke kerja cik rose sekarang ni lebih teruk dari saya?" Tanya lutfi bersahaja.

Aurora terdiam. Dia tahu dia tersalah langkah pada awalnya, hanya kerana dia mengikut cadangan Khaty untuk mendapatkan duit yang lebih banyak dari bekerja di kedai makan.

"Saya tahu lutfi, sebab tu saya mencari tiket untuk ke akhirat, sebab salah satunya saya sedar duit bukan segalanya dan saya berharap awak simpan rahsia saya ni" Satu keluhan di lepaskan, seperti melepaskan beban yang di tanggung lama sehingga menderita.

Lutfi sedar wanita di sebelahnya ini mempunyai hati yang baik.

"Tapi cik rose sedar tak wang yang cik rose dermakan tu dari hasil apa? Saya tidak la pandai agama tapi saya masih tahu halal haram lagi"

Aurora hanya membiarkan soalan tidak terjawab itu.

Share this novel

Maryna
2024-05-08 04:09:20 

alaa chleo,berbulan2 dh saye tk dpt nak baca novel awak nii. up la yg baru, baru la saya boleh tidur nyenyak setiap malam. Hehehe

Maryna
2024-05-08 04:08:13 

pls laa..my love.hehe. buat bab baru ye?plss

Maryna
2024-05-08 04:07:50 

Pls chleo! Buat la bab baru, saye peminat awak no 1!! :'(


NovelPlus Premium

The best ads free experience