Epilog

Short Story Series 790

Jam berdetik 12 kali menandakan waktu sudah menginjak 12 tgh mlm.

Namun mata aku masih belum mampu lelap.
Mata berkelip2 memandang kipas di siling.
Perbualan dengan kak mimi petang tadi di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja tiba-tiba terngiang di telinga.

'Kak mimi tanya ni, laila jangan marah ye. Laila ada boyfriend?'

Aku tergelak kecil mendengar soalan cepumas dari kak mimi. 'Kawan ramai je kak. Kat ofis yang akak nampak tu, semua kawan2 saya' sambil mata terus difokuskan pada kereta di hadapan dan tangan tak lepas dari stereng. Aku kemudian senyum dan menyambung 'Gurau... Akak cari la kan. Boleh?'

Kak mimi yang duduk di tempat penumpang di sebelah, menoleh dengan laju. 'Tak kan la tak ada lansung. Pernah 'heart broken'?'

Aku tersenyum sambil dalam hati dah dapat mengagak ke mana arah perbualan ni akan terhala. 'Laila kena cari yang berduit atau yang rajin bekerja. Biar la tak ada rupa, lebih muda, asalkan mampu bagi kehidupan yang baik pada kita.' Semua pertanyaan kak mimi dilayan baik walaupun ada antara pesanan kak mimi yang tidak berapa kena dengan pegangan aku. Tapi aku cuma senyum mendengar, enggan memanjangkan lagi komen kak mimi.

Bunyi fon di sebelah menghentikan lamunan. Dengan malas aku membuka pesanan whatsapp yang masuk.

*Fairus: Salam Laila. Dah tidur? Saya ada perkara nak bgtau.*

Di dalam hati, aku bagai sudah dapat mengagak topik perbincangan fairus. Tak pernah gunakan kata ganti nama 'saya' sebelum ini. Seminggu dua ini dia berubah.

Belum sempat aku taip untuk balas pesanan tadi, fikiran mula melayang memikirkan tiga insan berbeza bernama fairus yg pernah muncul dalam hidup.

Sedikit pengenalan tentang ketiga2 fairus:

Fairus 1
Lelaki yang aku kenali semasa menuntut di universiti. Pertemuan pertama semasa kami memulakan pengajian di sem 1 di UKM.
Suatu hari di depan lif. Dia menegurku sambil tersenyum manis. 'Salam. Awak sekelas dengan Amir ye. Saya roommate dia. Boleh x awak tolong pass kan beg ni pada Amir. Saya dah lewat nak ke kelas ni.'
Belum sempat membuka mulut untuk menjawab, dia terus berlalu pergi sebelum menoleh semula sambil tersenyum. 'Terima kasih.'
Eh2 budak ni. Amir pun aku xkenal siapa gerangan nya.
Kisah dilanjutkan dengan persahabatan melalui 'friendster'.
Dia... satu-satu nya fairus yang membuka hati aku.

Fairus 2
Lelaki baik yang dikenalkan oleh seorang adik yang baik.
Selepas berpindah kerja ke cawangan baru, aku bertemu semula dengan seorang adik yang aku kenali 3 tahun lepas di tempat kerja lama ku, Khayra. Kami selalu meluangkan masa untuk menikmati 'lunch' bersama.
Suatu hari, perbualan dimulakan dengan 'akak dah ada calon? Kalau belum, boleh tak saya nak kenalkan dengan seorang kawan saya? Dia tengah cari calon isteri'.
Nasi yang aku kunyah bagai tersekat. Milo ais di sebelah aku capai dan disedut lama sambil kepala ligat memikirkan jawapan apa yang harus diberi.
Persahabatan antara aku dan 'Fairus 2' ini aku tamatkan dengan cara paling baik yang mampu aku lakukan kerana perbezaan taraf antara kami. Jangan 'judge' dulu. Nanti aku ceritakan lagi tentang 'Fairus2' yang sgt baik ini.
Dia... antara lelaki paling baik yang aku kenali.

Fairus 3
Kawan sejak kecil. Sejak sekolah rendah. Bermula 2010, dan berhubung semula setelah hampir 12 tahun terputus hubungan sebagai rakan sekolah.
Dia... yang mengajar aku erti sabar dan kesungguhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience