Series
3024
Selepas menikmati makanan yang disediakan oleh Mak Ina,mereka sekeluarga membawa barang-barang dan beg pakaian mereka ke bilik Masing-masing."Fuyooooo!!!!!besarnya bilik ni!lebih besar daripada rumah lama pastu dah la macam kat istana macam movie Princess's Diary.Nak selfie la pastu upload kat isnta confirm beribu-ribu like wahahaha!!''kata Amelia sambil mengeluarkan i phone X nya."Oi!!!jangan nak berangan sangat eh!Daripada kau buat muka cam donald trump,baik kau tolong aku angkat barang!lagi-lagi barang kau!angkat la sendiri,banyak lak tu!!!''marah Kamelia yang geram dengan Amelia yang asyik berselfie."Ye lah!x leh kasi chance tul la minah ni!''omel Amelia.
Ketika Kamelia sedang menyusun barang-barangnya di dalam bilik,dia terjumpa sekeping gambar seorang gadis yang memakai baju kurung.''Wah,cantiknya gadis ni!Tapi,apasal gambar ni boleh ada kat sini?Mungkin pemilik sebelum ni punya kot.Baik aku framekan pastu gantung kat mana2.''katanya sambil mengambil frame yang kebetulan dia tidak mahu menggunakan lagi.Selepas framekan gambar tersebut,dia meletakkannya bersebelahan gambar Sir Henry di ruang makan.
"Eh,ni gambar siapa Kamelia?tanya Mak Ina yang kebingungan."Saya pun tak tau sebab saya terjumpa gambar ni time kemaskan bilik tadi.Takkan Mak Ina tak tau apa-apa pasal gambar ni?''balas Kamelia."Eh,mak ina pun tak tau siapa gadis dalam gambar ni.Mungkin ni la gambar gadis yang tercantik di sini yang hilang entah ke mana kot.''balas Mak Ina sambil menyusun gambar2 tersebut."Maksud Mak Ina?ceritalah sikit''balas Kamelia yang ada sifat ingin tahu."Gini,dulu....zaman british dulu,gadis ni sebenarnya gadis paling cantik di kawasan sini.Cerita pasal kecantikkan gadis ni Sir Henry dapat tahu daripada hasil perbualan pegawai-pegawai bawahan dia.Lepas dapat tahu dia terus suruh pegawai bawahan dia jumpa dengan bapak gadis ni.Sir Henry tawarkan 500£ kepada bapak gadis tu.kebetulan bapak gadis tu kuat berjudi dan perlu bayar hutang2 dengan ah long time tu,jadi die terima la.lepas je gadis tu datang sini,kelibat dia terus menghilang begitu sahaja.ada yang cakap sir Henry kurung dia dekat sebuah rumah di dalam hutan.ada yang cakap sir henry dah bawa dia balik England.''jelas Mak Ina."Oh,eh saya kene sambung kemaskan bilik saya.nanti x pasal2 mama bebel.saya naik dulu ye mak ina.''balas Kamelia lalu meninggalkan ruang makan tersebut dan ketika dia ingin menoleh untuk memeriksa sekiranya dia ada tertinggal sesuatu,terlihat kelibat Mak Ina tiada di situ lagi."Eh,mana mak ina,takkan la dia dah pergi ke dapur?''bisik Kamelia dalam hatinya.
Share this novel