Rate

1(Hari Pertama Di Jepun)

Drama Series 1557

“Papa,kita memang kena pindah jugak ke kat Jepun..Tak boleh ke kita stay sini..".Rayu Nana..“Nana,papa ditugaskan bekerja di Jepun..Jadi,nak tak nak kita kena pindah..Ataupun Nana nak tinggal dengan Mak Som..“Tak nakk!!"Nana segera menggeleng..Nana teringatkan dia duduk di rumah Mak Som..Dia perlu mengikut segala peraturan seperti makan makanan berkhasiat dan macam macam lagi..Nana si penggemar makanan segera tidak tahan dengan peraturan tersebut..“So,kalau tak nak..Kita kene ke Jepun"Kata Papa.."Okayy"..Nana segera membalas..

Sesampai sahaja di Jepun..

“Hmmm..Nana rindu malaysia"..Kata Nana.
“Aikk,Baru kita jejak kaki kat jepun dah rindu Malaysia".Mama menjawab..

Setelah selesai menguruskan beberapa hal seperti tempat kediaman dan lain lain lagii..Mereka tertidur keletihan sehingga keesokkan harinya..

KRINGGG!!!

Jam loceng Hello Kitty Nana memainkan peranannya..

“Huarghhhh"..

Nana bingkas bangun dan membersihkan diri lalu mempersiap dirinya..

“Macam mana laaa aku kat sekola tu nanti..Aku ade ke kawan..Aku mana pandai sangat bahasa Jepun..Aduuu..Papa ni pun..”.Nana membebel sendirian..

“Nana!!!!!!"..Jeritan nako mama mampu menyedarkan Nana daripada lamunan yang panjang..

“Iye mama"..Nana segera menyahut..
“Nana dah siap ke belum?..Turun sarapan sekarang!!"..Kata Mama..
“Iyee..Kejapp”..Nana menjawab dan segera turun ke bawah..

“So,Nana dah bersedia ke nak rasai pengalaman sekolah di sini?..”Uji Papa..
“Entahlah papa..Nana ada pilihan ke?..”.Nana sengaja menjawab dengan pertanyaan..
Papa hanya tergelak besar..

Sepanjang perjalanan ke sekolahnya,Nana cuma berdiam diri sahaja sambil fikirannya menerawang memikirkan keadaannya di sekolah nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience