Rate

{Part 3}

Romance Series 3398

"Jom pergi makan babe,"ajak Qistina manja. Harris memaut bahu wanita itu lantas berjalan mendahului Aisya. Aisya menahan sabar. Harris memandang Aisya yang berjalan dibelakang sambil bermain dengan iphonenya.

"Aisya, cepatlah!"marah Harris. Aisya tercengang. Mahu sahaja dia pergi dari situ sekarang juga. Aisya menyaingi langkah Harris dan Qistina.

"Aisya, kalau kau lari, aku akan pastikan esok kau tak aman,"Harris menjeling sinis kepada Aisya. Aisya menahan geram. Dia perlu bersabar. Harris benar - benar menguji kebasaran. Tidak mengapa,Aisya tahan sekejap sahaja.

Aisya mengikut langkah dua merpati sejoli itu melangkah ke dalam restoran Johnny's Papa. Mereka mengambil tempat di tempat duduk biasa bukan ditempat makan steamboat. Aisya menghela nafas lega. Sekurang - kurangnya, kalau dia yang kena bayar tak adalah mahal mana.

Aisya mengambil tempat dihadapan Qistina dan Harris. Boleh sakit mata melihat 'kemaksiatan' yang sedang berlaku dihadapannya kini. Pelayan lelaki restoran itu melangkah kearah meja mereka untuk mengambil pesanan makanan.

"Hai selamat datang, you all nak makan apa?" tanya pelayan itu mesra.

"Roasted chicken rice and orange juice, two set" ujar Harris pantas tanpe melihat buku menu yang diberikan oleh pelayan itu. Nampaknya dia bagai sudah menghafal segala menu disini.

"And you sweet girl?"soal pelayan lelaki itu kepada Aisya. Aisya terkaku seketika.

"Blackpaper mushroom chicken rice and apple juice," pesan Aisya dengan iringan senyuman. Qistina yang sedang bermain dengan iphone menjeling sinis.

"Thank you," ujar pelayan itu sebelum melangkah pergi. Harris memandang tidak puas hati terhadap lelaki yang bermain mata dengan Aisya tadi.

"Aisya, kau bayar,"arah Harris. Aisya hanya membuat muka selamba. Dia membetulkan awning shawlnya.

"Mampukah you nak bayar?"Qistina memandang rendah terhadap Aisya. Aisya hanya membalas dengan senyuman.

"inshaAllah, saya boleh bayarkan,"balas Aisya lembut. Qistina menjulingkan matanya. Aisya tidak ambil peduli dengan tingkah laku Qistina itu lalu bermain dengan iphone.

Tisya : Kau dekat mana tu?
Aisya : Johnny's Papa.
Tisya : Fuyyoooo, best giler Harris bawak kau gi tmpt mkn classs gituh!
Aisya : Bukan kiteorang berdua je lah,
Tisya : Then?
Aisya : Ada Qis,
Tisya : wow, srslyyyy!!!
Aisya : betullah,,

Sedang Aisya ralit berbalas WhatsApp dengan Tisya, Harris asyik curi - curi memandang Aisya tanpa disedari oleh tuan badan. Qistina yang berada disebelahnya tidak dipedulikan. Dia lebih tertarik dengan makhluk Allah yang berada di hadapannya kini.

Tiada angin tiada ribut, Harris merampas iphone Aisya lalu meletakkan disebelahnya. Aisya terkejut bukan kepalang. Mamat ini sudah kenapa? Tiba - tiba merampas telefon orang, sudah tiada telefon sendirikah?

"Harris, I nak pergi ladies sekejap," ujar Qistina . Harris hanya mengangguk dengan senyuman. Sebaik sahaja Qistina hilang daripada pandangan mereka, Aisya terus mahu mengambil iphonenya. Malangnya, harris lebih cepat bertindak, iphone Aisya disorok didalam poket seluarnya.

"Harris, please. Saya tak kacau awak pun, bagilah phone saya balik," pinta Aisya. Harris senyum melihat riak wajah Aisya.

"Kau WhatsApp siapa tadi?" tanya Harris. Aisya menjeling geram.

"Awak dah ambil phone saya kan, kenapa tak tengok sahaja?" balas Aisya geram. Mata Harris bagaikan bersinar. Tiba - tiba makanan yang dipesan sudahpun sampai.

"Enjoy your meals," kata pelayan lelaki itu. Aisya sekadar membalas dengan senyuman manis.

"Seriouslah, aku buka phone kau tau?" Harris kembali mengeluarkan iphone milik Aisya lalu menyuakan dihadapan muka Aisya untuk meminta kata laluan.

Aisya berura - ura untuk merampas semula iphonenya namun Harris bagaikan dapat membaca akal fikirannya.

"Password," arah Harris.

"Awak memang tak tahu hormat privasi orang lainkah, Harris?' tanya Aisya. Harris ketawa sinis.

"Waktu kau sukakan aku dulu bukan kau tahu macam - macam tentang aku?" Harris memulang paku buah keras. Oh, main kasar.

"Itu kisah silam saya yang bodoh, tiada kaitan dengan sekarang," pantas Aisya merampas iphone miliknya apabila melihat Harris yang seperti mengelamun. Harris mencerlung memandang Aisya. Serentak itu, QIstina kembali dari tandas.

"Perfect timing babe, you sampai aje makanan baru sampai," kata Harris manis kepada Qistina.

"Awhh, okay jom makan" Qistina yang baru duduk itu terus menyisip jus orennya.

Aisya hanya memandang tingkah Qistina sebelum menadah tangannya untuk membaca doa sebelum makan. Harris terkedu memandang perlakuan Aisya yang sangat sopan ketika makan.

"You, after this kan, I ingat nak shopping sikit, boleh tak?"tanya Qistina manja.

"Of course boleh, babe" jawab Harris sambil menyentuh rambut merah Qistina. Aisya hanya fokus untuk menghabiskan makanannya.

"Harris, saya nak balik selepas ini,"ujar Aisya. Dia berharap Harris tidak menyuruhnya untuk terus bersama mereka.

"You can go back after this, Aisya." ujar Qistina. Harris memandang wajah Aisya yang sudah tersenyum. Gembira sangat dapat balik, ya. Tak apa, kau tunggu.

"Thank you," ucap Aisya.

Tiba - tiba iphone Aisya berdering tanda ada orang menghubunginya. Aisya berkira- kira untuk mengangkat panggilan itu atau tidak.Akhirnya dia mengangkat juga panggilan itu setelah memandang riak wajah Harris yang geram.

"Hello, assalamualaikum,"sapa Aisya.
"Waalaikumussalam, Aisya kan" tanya si pemanggil yang bersuara lelaki.
"Ya,saya Aisya,"
"Aisya, ini Fikri."kata Fikri gembira. Secara automatik terukir senyuman dibibir Aisya. Harris yang memerhati dari tadi mula curiga.
"Ya, Fikri, mana dapat number saya?"tanya Aisya.
"Saya tanya dekat Tisya tadi. Awak dekat mana sekarang?"tanya Fikri.
"Err Fikri, saya dekat luar,nanti saya call back?" pinta Aisya.
"Okay, Aisya. Nanti call tau," pesan Fikri.
"Okay, assalamualaikum," setelah mendengar jawapan salam daripada Fikri, Aisya menutup iPhonenya.

"Boyfriend you, Aisya?"tanya Qistina sinis. Aisya mnggeleng.
"Tak adalah, kawan biasa," balas Aisya. Aisya segera menghabiskan makanannya.

"Ini duit untuk semua, saya pergi dulu, Harris , Qistina." ujar Aisya sebelum berlalu pergi dari situ. Cukuplah hari ini hatinya sakit dan kecewa dengan Harris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience