Rate

three

Short Story Completed 1539

Tujuh burung khenit menempatkan Snow White di bukit. Firash, Si tukang masak asyik menangis tak henti-henti. "Kenapa makan tak baca bismillah? Hiks, hiks... Nanti kalau kau takde, siapa nak habiskan makanan aku nanti..." Rosa yang berada di tepi cuba untuk memujuk Firash.

Tiba-tiba datang seorang putera dengan kuda putihnya.

"Mana Snow White? Dia berhutang dengan beta sebanyak 10 ringgit 50 sen."  Kata Tuan Putera dengan muka serious.  "Kedekut betul..." Bisik Rokiah, makcik bawang yang terkenal di Kerajaan Khenit. Makcik Rokiah dengan laju mencatat perangai kedekut Tuan Putera untuk digosip bersama rakan-rakannya.

"Ampun, tuanku. Patik berharap tuanku boleh menolong kami menyelamatkan Snow White." Pohon Adam sambil melutut kepada Tuan Putera. "Baiklah, beta akan menolong kamu." Tuan Putera mengangguk faham. "Terima kasih tuanku."

Tuan Putera turun daripada kudanya lalu duduk di hadapan Snow White. Dia mengambil Yaasin yang berada di dalam begnya.

"?????? ????? ??????????? ???????????..."

"Tuanku, Snow White tidak sakit!"  Marah Adam. "Dah tu? Dia bukan koma?" Balas Tuan Putera selamba. Sudah tidak tahan, Adam menolak kepala Tuan Putera dengan kasar. Terkejut Tuan Putera apabila kepalanya ditolak. "Tiada adab sungguh kamu menolak kepala beta!" Tuan Putera menolak balik kepala Adam. Adam dan tuan putera gaduh sambil menarik-narik rambut.

"Sudah!" Faiz dan Amir meleraikan perbalahan Adam dan Tuan Putera. "Ketua tu dah la sudah tua. Rambut tu selalu gugur ada pula dia main tarik rambut!" Bebel Faiz, Adam menutup telinganya tidak mahu mendengar. "Aku gugur rambut sebab jaga kengkorang semua!"

"Ughm! Bukan kah dia sedang koma?" Soal Tuan Putera sekali lagi sambil berdehem. "Tidak, tuanku. Snow White pengsan akibat makan epal daripada seorang nenek ini tanpa bismillah." Terang Adam selepas tamat bebelan Faiz.

"Mengikut lagenda, tuanku perlu  mencium Snow White dan Snow White akan bangun..." bisik Amir dengan perlahan selepas mengpalau Aiman. Dahi Tuan Putera berkerut.

"Apa yang kamu merepek ni? Beta lelaki dan dia perempuan. Kami berdua bukan mahram, berdosa kami bersentuhan apatah lagi berciuman. Lagi satu, kenapa dia makan tak baca bismillah? Kan sudah terkena padah.." Tuan Putera memarahi Amir. Mata Amir berair, dalam sekelip mata boleh sahaja budak itu menangis.

"YANG NI SATU LAGI, DIA TAK BASUH EPAL LA TUANK— UMPHHH," mulut Aiman ditekup oleh burung-burung yang lain. "Diam lah kau, kang tak jadi cerita ni."

"Ampun, tuanku. Dah nak buat macam mana lagi ni?"

"Beta ada senarai buku hutang Sno—"

"Selamat pagi!" Snow White bangun dengan cepat. Siap menggeliat. Tujuh burung kenit menjeling Snow White.

"Tengok dah bangun!"

Akhirnya Snow White membayar hutang tuan putera.

                        tamat....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience