BAB 4

Romance Completed 4922

“Apa ibu cakap ni? Tak nak! Tak nak!’’ bentak Lily Camelia menggeleng-gelengkan kepalanya persis anak kecil sejurus selepas mendengar berita yang disampaikan padanya sebentar tadi.

Mustahil! Mana mungkin kawan baiknya sendiri yang juga merupakan jirannya itu akan menjadi suaminya. Arh dia tak boleh terima langsung. Baginya hubungan mereka seperti adik-beradik. Sangat akrab.

“Idea siapa ni ibu? Mengarut tau tak! Lily tak nak!” Lily Camelia nekad membantah Biarlah dia jadi bualan orang kampung ssebagai perempuan yang ditinggalkan tunang dari berkahwin dengan kawan baik sendiri.

“Ye, ibu faham. Ibu tahu ini semua secara tiba-tiba, tapi Langit sendiri yang tawarkan untuk ganti tempat Ashraf. Ibu tak paksa Lily Camelia terima, tapi

sekurang-kurangnya Lily Camelia pertimbangkanlah dulu dan pergi berbincang dengan Langit.”

Tergamam Lily mendengar kata-kata ibunya itu. Tidak pernah dia membayangkan ini semua akan terjadi. Ini yang dinamakan Twisted destiny.

Sumpah, dia di dalam dilemma. Hendak diterima, seakan ada satu bebanan berat yang dia tidak boleh jelaskan apa tapi dia merasa terseksa menikahi sahabat baiknya sendiri. Jika ditolaj kasihan pula dengan keluarganya terutama sekali ibunya yang bakal menanggung malu tapi dalam masa yang sama dia juga tak mahu melihat Langit sebagai kambing hitam atau pak sanggup semata-mata mahu menyelamatkan sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience