Pada keesokan harinya . . .
Di kelas Yana yaitu 2 A
"Baiklah,murid-murid,kita ada murid baru hari ni" kata guru kelas 2 A
"Yeay,murid baru" kata beberapa orang murid dengan teruja.
"Dah,tak payah nak teruja sangat" tegur guru kelas 2 A kepada anak muridnya.Guru kelasnya sambung lagi "kamu boleh perkenalkan diri".
"Assalamualaikum,hai nama saya Erisa Ariana,boleh panggil saya Eris je,selamat berkenalan" murid baru itu memperkenalkan dirinya dengan tenang.
"Ok,terima kasih Eris,kamu boleh duduk di sebelah Yana"
Eris pon perlahan-lahan jalan ke arah meja nya,tiba-tiba kaki Sofea menghalang jalannya itu.
"Maaf,boleh saya lalu?" tanya si Eris.
Sofea pon jawab "lalu la,bukannya ada orang halang pon"
Eris pon teruskan berjalan tanpa mengisahkan kaki si Sofea itu.
Waktu rehat . . .
Yana sedang menikmati makanan yang telah dibelinya tadi,tiba-tiba . . .
"Oi,Yana aku nak cabar kau" kata Sofea dengan kuat dan kasar.
semua murid di kantin itu pon memaling kan muka yang sedang makan itu ke arah Sofea.Yana pula masih lagi teruskan makan makanannya itu.Kemudian dia berkata . . .
"Kalau kau cabar aku,jangan menyesal" jawab Yana.
"Ok,habis sekolah nanti kat padang sekolah kita lawan" kata Sofea.
"Ok,see you there"
Yana terus meninggalkan kantin dan masuk ke kelas.
"Mir,kau ada dengar tak yang adik kau tu ada terima cabaran tadi?"
"Ada" jawab Amir dengan ringkas
"Kau pergi tengok tak nanti?" tanya Akmal lagi
"Pergi la,perlawanan adik aku kott" jawab Amir.Amir pon berkata lagi "dah,jom masuk kelas"
Skip time kelas
Setelah sekolah tamat,hampir semua murid di sekolah yang berkumpul di padang sekolah untuk melihat perlawanan Yana dan Sofea.
"Kau nak lawan apa?" tanya Yana kepada Sofea.
"Lawan pedang la,apa lagi"
Mereka berdua pon mengeluarkan pedang kayu.
"Mulakan" kata pengadil
"kau tak kan men . . .
Sofea tidak sempat menghabiskan percakapannya dan Yana terus berlari ke arah Sofea dengan cepat dan mengacukan pedangya ke arah Sofea.
"Yana menang" kata pengadil
"Apa,tak mungkin,aku dah berlatih pedang setiap hari dah,kenapa aku kalah?" Sofea mengatakannya dengan kecewa.
"Wah,adik kau menang lagi la,aku rasa adik kau tiada tandingan" kata si Akmal kepada Amir.
"Memang la,adik aku kan"
Tiba-tiba . . .
"Aku nak cabar kau Yana" kata si murid baru atau pon namanya Eris.
Semua murid yang hampir mahu pulang ke rumah terkejut dan berpatah balik untuk menyaksilan perlawanan itu
"Ok" Yana menjawab tanpa segan
"Mula" kata pengadil
Pada perlawanan ini Eris yang mulakan serangan dahulu,dia lari ke arah Yana dan cuba untuk pukul Yana,Yana dengan cepat mengelak nya dan terus membalas serangan dari atas,tetapi Eris pon sempat mengelaknya.
"Perlawanan yang hebat" kata seorang murid dari kelas Yana sendiri
Mereka berdua mengambil jarak dahulu.Kemudian Yana memulakan serangan berterusan sebanyak 4 kali,serangan yang pertama Eris sempat elak,dan balas semula,Yana mengelak dan teruskan serangan kedua dan ketiga,Eris sempat elak tetapi Eris kelihatan letih,kerana dia mengelak serangan tanpa henti.
"Pergerakan Yana terlalu laju,aku tak sempat" Eris berkata dalam hati.
Tiba-tiba,Yana teruskan serangan terakhir dengan cepat ketika Eris megambil masa untuk bernafas sekejap dan pedang kayu Yana berada di leher Eris.
"Perlawanan ini dimenangi oleh Yana"
"Permainan yang baik" kata Eris kepada Yana.
"Hmm,kau pon" jawab Yana
"Aku tak pernah nampak yang Yana main dengan series macam tu" kata Akmal.
Lalu,Amir berkata "Itu baru sikit"
"Hebat la adik kau"
Setelah dua perlawanan itu tamat,semua murid pon pulang ke rumah masing-masing .
Di rumah Yana . . .
"Yana" Amir panggil
"Apa?" jawab Yana
"Fuh,nasib baik dia layan" kata Amir dalam hati,kemudian dia berkata kepada Yana " kamu masuk ke pertandingan pedang tu?"
"Tak"
Setelah Yana menjawab pertanyaan Amir,Yana terus masuk ke dalam bilik.
"Ouh"
Bersambung . . .
Share this novel