Bab 15

Thriller Series 229

ROSÈ ZANA ZAMANI
1995Masehi - 1415Hijrah – Mukadimmah – bab – 1 – siri - 15

Tubuh Ryna Ong semakin kemas dipeluk oleh Qhameel Bashar. Goyangan ‘bukit lenggok’ nya juga semakin kencang lalu ‘cokmar puaka’ nya turut kencang keluar masuk dari lurah sempit yang kini menjadi licin dan basah.

Setelah goyangan Qhameel Bashar semakin kencang, akhirnya Ryna Ong terasa kaki Qhameel Bashar menunjal-nunjal kakinya. ‘Cokmar puaka’ Qhameel Bashar dirasakan berdenyut-denyut di dalam lurahnya dan ketika itu Ryna Ong terasa lurahnya disirami oleh ‘likatan kemuncak’ Qhameel Bashar yang panas. Lurah Ryna Ong yang telah pun sedia becak dan berair itu kini menjadi semakin banjir.

Qhameel Bashar turun dari atas tubuh Ryna Ong lalu terbaring lesu di sisi Ryna Ong dan Rosè Zana Zamani yang awal-awal lagi telah pun lemas. Mereka bertiga tertidur di atas lantai yang beralaskan permaidani tebal itu akibat terlalu keletihan.


DATUK QHAREEM BASHAR begitu terkejut besar apabila dia pulang ke rumah isteri mudanya subuh itu. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya. Tidak pernah terduga olehnya selama ini. Tidak pernah terlintas di hatinya bahawa isteri mudanya itu akan bersikap curang terhadapnya. Juga tidak terlintas di hatinya bahawa adiknya akan melakukan perkara buruk terhadap isteri mudanya.

Pada mulanya, Datuk Qhareem Bashar ingin pulang ke rumah isteri tuanya di Damansara sekembalinya dari Hong Kong. Dia begitu rindu terhadap anak-anaknya terutama Murni Bashar yang masih berusia tiga tahun.

Entah kenapa tiba-tiba fikirannya bertukar. Hatinya segera teringat kepada Rosè Zana Zamani. Keinginan untuk mendakap tubuh Rosè Zana Zamani yang menggiurkan itu menyebabkan Datuk Qhareem Bashar membatalkan hasratnya untuk singgah di rumah isteri tuanya itu.

Sebagai seorang tua, Datuk Qhareem Bashar masih dapat menahan rasa sabar. Walaupun hatinya ketika itu benar-benar panas dan membara bila ternampak Qhameel Bashar, Rosè Zana Zamani dan Ryna Ong sedang terbaring dalam keadaan bogel tanpa disaluti seurat benang tetapi dia masih mampu bertenang.

Mungkin disebabkan Ryna Ong turut berada di situ ketika itu menyebabkan Datuk Qhareem Bashar dapat menenteramkan perasaan marahnya. Keinginan hatinya untuk menjamah tubuh Rosè Zana Zamani mati serta-merta.

Kini timbul pula hasrat di hatinya untuk menceraikan Rosè Zana Zamani. Baginya perempuan seperti Rosè Zana Zamani tidak harus dibuat baik. Tidak harus diberikan perlindungan.

“Dayus aku, kalau terus menyimpannya!”
bisik hati Datuk Qhareem Bashar.

Datuk Qhareem Bashar terus keluar. Tiada seorang pun di antara mereka yang sedang tidur dalam keletihan itu tidak sedar akan kepulangan Datuk Qhareem Bashar.

Bagi Datuk Qhareem Bashar, tidak perlu dia mengejutkan syaitan yang sedang dalam keletihan itu. Biarlah mereka tidur dengan sepuas-puasnya. Kalau mampus pun lagi baik!

Hadiah yang dibelikan oleh Datuk Qhareem Bashar semasa di Hong Kong untuk Rosè Zana Zamani dibuangkan oleh Datuk Qhareem Bashar ke dalam tong sampah di tepi jalan. Baginya biarlah barang itu menjadi habuan lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari diberikan kepada isteri durjana seperti Rosè Zana Zamani!

ROSÈ ZANA ZAMANI memang tidak menduga Datuk Qhareem Bashar akan pulang pada subuh itu. Menurut penerangan yang diberikan oleh Datuk Qhareem Bashar, dia akan berada di Hong Kong selama dua minggu dan ini bermakna orang tua itu akan berada di sana seminggu lagi. Tetapi Datuk Qhareem Bashar pulang terlebih segera.

Dan bila telefon berdering pagi itu, Rosè Zana Zamani baru dapat mencelikkan matanya. Cahaya matahari telah pun menerjah masuk ke dalam rumah melalui cermin dinding rumah. Telefon segera diangkat oleh Rosè Zana Zamani.

Qhameel Bashar dan Ryna Ong masih tidur keletihan.

“Hello, siapa di sana?”
tanya Rosè Zana Zamani. Lembut sekali suaranya.

“Datuk Qhareem Bashar!”
suara garau terpancut dari gagang telefon.

“Abang! Abang telefon dari mana?”
tanya Rosè Zana Zamani terperanjat.

“Dari pejabat kadi!”
jawab Datuk Qhareem Bashar semakin kasar.

“Bila abang pulang?”
tanya Rosè Zana Zamani dengan manja.

“Tak perlu engkau tahu. Cuma aku nak beritahu
bahawa kita telah bercerai dengan talak satu!”
jawab Datuk Qhareem Bashar lagi kasar dan tinggi.

“Kenapa abang menceraikan Ayang?”
tanya Rosè Zana Zamani terkejut.

“Kerana engkau bersikap curang! Engkau manusia
syaitan! Manusia iblis!”
Datuk Qhareem Bashar terus meletakkan gagang telefon.

Rosè Zana Zamani menangis di tepi meja telefon di sudut ruang tamu rumahnya itu. Dia kini mula kesal dengan apa yang dilakukan olehnya. Dia kini mula insaf dengan perbuatannya yang selalu bersikap curang terhadap seorang suami yang jujur macam Datuk Qhareem Bashar.

Tidak pernah terlintas di hati Rosè Zana Zamani untuk bercerai dengan Datuk Qhareem Bashar, melalui perkahwinannya dengan Datuk Qhareem Basharlah dia memperolehi kemewahan dan kesenangan. Dan kini segala-galanya telah berakhir. Dia diceraikan oleh lelaki yang membawanya ke menara kemewahan.

Rosè Zana Zamani terus menangis dan duduk terjelepok di sudut ruang tamu. Jam ketika itu telah pun menunjukkan pukul sembilan pagi. Hati Rosè Zana Zamani mula geram dan marah bila melihat Qhameel Bashar dan Ryna Ong masih lagi enak dibuai mimpi.

Bagi Rosè Zana Zamani, semuanya ini adalah kerana Qhameel Bashar dan Ryna Ong. Sekiranya tidak kerana mereka berdua, sudah pasti rahsianya tidak akan terbongkar. Rosè Zana Zamani pasti Datuk Qhareem Bashar telah masuk ke dalam rumahnya ketika mereka sedang nyenyak tidur. Tentu Datuk Qhareem Bashar telah melihat mereka bertiga tidur di dalam keadaan berpelukan dan bertelanjang bulat.

“Ahhh... Malunya aku!”
bentak hati Rosè Zana Zamani.

“Bangun! Bangun!”
Rosè Zana Zamani bertempik macam orang gila. Perasaan marahnya terhadap Ryna Ong dan Qhameel Bashar datang tiba-tiba.

Qhameel Bashar dan Ryna Ong terkejut. Mata mereka terkebil-kebil memandang Rosè Zana Zamani yang masih duduk terjelepok di sudut ruang tamu. Mereka juga hairan bila melihat Rosè Zana Zamani menangis dan air mata mengalir membasahi pipinya yang gebu.

“Kenapa kak?”
tanya Qhameel Bashar kehairanan.

Rosè Zana Zamani tidak segera menjawab. Tangisannya kini semakin kuat, Qhameel Bashar dan Ryna Ong menjadi semakin bingung. Wajah Rosè Zana Zamani direnung oleh keduanya dengan penuh perasaan tanda-tanya.

“Kenapa kak?”
ulang Qhameel Bashar lagi.

“Datuk mungkin telah mengetahui perhubungan
kita. ‘I’ telah pun diceraikan olehnya”
Rosè Zana Zamani bersuara dalam esak tangis.

“Bukankah abang kini berada di Hong Kong?”
tanya Qhameel Bashar.

“Dia dah pulang! Dia telefon ‘I’ dari pejabat kadi
dan mengatakan bahawa dia telah pun
menceraikanku dengan talak satu”
terang Rosè Zana Zamani.

“Bila dia pulang?”
tanya Qhameel Bashar.

“Mungkin malam tadi atau pagi tadi!”
jawab Rosè Zana Zamani.

Qhameel Bashar tidak puas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Rosè Zana Zamani. Dia segera meluru ke arah telefon. Dia ingin menghubungi Datuk Qhareem Bashar untuk mendapatkan penjelasan dari abangnya sendiri.

“Boleh saya bercakap dengan Datuk Qhareem
Bashar?”
Qhameel Bashar bersuara lembut bila terdengar suara operator di pejabat Datuk Qhareem Bashar menyambut panggilannya.

“Boleh saya tahu siapa yang bercakap?”
tanya operator.

“Saya Qhameel Bashar, adiknya!”
jawab Qhameel Bashar.

“Maaf, encik Qhameel Bashar. Datuk sebenarnya
tidak mahu diganggu. Fikirannya runsing.
Moodnya tidak baik hari ini. Kalau ada apa-apa
pesanan untuknya bolehlah saya sampaikan
kepadanya nanti”
terang operator.

Qhameel Bashar menjadi marah. Gagang telefon terus dihempaskan olehnya. Ryna Ong masih terpinga-pinga. Dia masih belum mengerti tentang kedudukan sebenarnya. Dia memang tidak berapa faham tentang undang-undang perkahwinan Islam.

“ ‘I’ yakin Datuk tentu telah mengetahui akan
perhubungan kita. Dia pasti pulang ke sini ketika
kita semua sedang nyenyak tidur”
ujar Qhameel Bashar.

“Apa yang harus kita lakukan sekarang?”
tanya Rosè Zana Zamani.

“Tunggu dan lihat!”

“Sampai bila?”

Sedang mereka berbincang itu tiba-tiba datang seorang kakitangan pejabat Datuk Qhareem Bashar dengan sebuah motorsikal. Dia terus masuk bila mendapati rumah itu tidak berkunci. Kakitangan pejabat Datuk Qhareem Bashar terperanjat bila melihat ketiga-tiganya masih lagi berbogel.

“Datuk suruh beri surat ini pada
Cik Rosè Zana binti Zamani.”
ujar kakitangan pejabat Datuk Qhareem Bashar itu.

Qhameel Bashar segera mengambil surat yang diisikan dalam sampul yang berwarna putih. Kakitangan pejabat Datuk Qhareem Bashar segera meninggalkan rumah itu kerana perasaan malunya. Walaupun hatinya terlintas untuk menatap tubuh Rosè Zana Zamani dan Ryna Ong dengan lebih lama tetapi perasaan takut dan malu membuatkan dia perlu segera meninggalkan rumah itu.

“Surat cerai!”
pekik Qhameel Bashar.

“Memang sah ’I’ diceraikan olehnya”
Rosè Zana Zamani menangis lagi.

“Kakak juga diminta mengosongkan rumah ini
dalam masa sebulan”
Qhameel Bashar menyambung baca surat dan menunjukkan surat disematkan pada surat cerai itu. Raungan Rosè Zana Zamani semakin meninggi dan dia tahu dirinya akan terbuang jauh. Kesusahan dan kesengsaraan kini mula terbayang di ruang matanya.

“Bersabarlah kak”
pujuk Qhameel Bashar.

“ ‘I’ tak tahu ke mana harus ‘I’ pergi
selepas ini”
ujar Rosè Zana Zamani.

“Kalau akak tak ada tempat untuk menetap,
datang saja ke Alor Setar. Akak boleh tinggal
di rumah saya. Lagipun saya hanya tinggal sendirian saja di rumah itu”
terang Qhameel Bashar.

“Apa kata abang ‘U’ nanti?”
Rosè Zana Zamani mengeluh.

“Pedulikan dia. Bukankah kakak dan dia telah
berpisah!”
pujuk kasar Qhameel Bashar.

Rosè Zana Zamani mula dapat tersenyum. Dia tahu Qhameel Bashar pasti akan membantunya. Dia tahu Qhameel Bashar masih teringin untuk meratah batang tubuhnya. Masakan Qhameel Bashar boleh puas kalau sekadar menjamah tubuhnya sekali dua sahaja.


BERITA mengenai kematian Qhameel Bashar yang terlibat dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori treler di Tapah ketika dia dalam perjalanan pulang ke Alor Setar benar-benar memeranjatkan Rosè Zana Zamani. Ryna Ong juga turut terkejut bila Rosè Zana Zamani memberitahunya mengenai berita buruk itu.

Rosè Zana Zamani kini semakin lesu. Harapannya untuk bergantung hidup dari Qhameel Bashar musnah dengan tiba-tiba. Tidak diduga olehnya nasib buruknya datang bertimpa-timpa. Dia benar-benar runsing tentang hidup yang akan dilalui olehnya.

Agak lama juga Rosè Zana Zamani tidak berselera untuk menjamah makanan. Seleranya hilang dengan tiba-tiba. Dia tidak tahu ke mana harus ditujuinya. Rumah yang diduduki olehnya itu akan segera ditinggalkan. Biarlah rumah yang telah lama memberikan banyak kenangan kepadanya itu lebih segera ditinggalkan olehnya.

Pernah juga terlintas di hati Rosè Zana Zamani untuk pulang sahaja ke kampungnya tetapi perasaan malunya membuatkan dia tidak sanggup lagi menatap wajah ibu dan adik-beradiknya. Semasa dalam kemewahan dulu, Rosè Zana Zamani tidak pernah ingat kepada mereka. Rosè Zana Zamani tidak pernah menghulurkan bantuan kepada ibu dan adik-adiknya. Akhirnya Rosè Zana Zamani mengambil keputusan untuk terus hidup di lembah noda dan dosa. Dia tahu tubuhnya masih mampu memberikan rezeki kepadanya. Dan kini kepada tubuhnya itulah dia berserah.


ROSÈ ZANA ZAMANI dengan mudah diterima untuk bekerja di salah sebuah Health Club di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Bentuk tubuhnya yang menggiurkan itu menyebabkan Rosè Zana Zamani memang sering dilanggani. Dia merasakan kemewahan yang dikecapinya dahulu tidak setanding dengan kemewahan yang dikecapinya kini. Dia merasa begitu bangga bertugas di Health Club itu. Wang datang bagai air. Begitu mudah!

Masa terus berjalan dan hari terus beredar. Usia Rosè Zana Zamani juga turut meningkat, batang tubuhnya juga semakin kendur dan kecut. Kalau dulu Rosè Zana Zamani menjadi buruan para pelanggan ke Health Club tersebut kini Rosè Zana Zamani sudah mula diketepikan. Beberapa orang gadis yang lebih montok dan jelita memberikan persaingan kepadanya. Lelaki yang sebelum ini sering melangganinya, kini telah beralih kepada gadis lain yang lebih muda dan cantik.

Rosè Zana Zamani merasa sedih bila tubuhnya sudah mula tidak dapat menarik selera lelaki di tempatnya itu. Oleh kerana perkhidmatan Rosè Zana Zamani semakin merosot akhirnya Rosè Zana Zamani diberhentikan kerja oleh majikannya.

“Ini Kelab Eksklusif. Lelaki datang ke sini semua
orang besar dan banyak wang. Oleh kerana awak
sudah tua, dia orang tidak suka, saya rasa awak
patut berhenti dari sini!”
majikannya memberitahu Rosè Zana Zamani pada suatu petang.

Rosè Zana Zamani terperanjat bila mendengar penjelasan dari majikannya itu. Untuk tidak menghampakan Rosè Zana Zamani, majikannya akhirnya memberikan wang saguhati sebanyak 300 ringgit kepadanya. Dan dengan wang sebanyak itu, Rosè Zana Zamani mula menyusur lembah dan lorong di sekitar Kuala Lumpur.

Nasib Rosè Zana Zamani masih baik. Dia diterima bertugas di salah sebuah rumah urut kelas bawahan di Jalan Imbi. Di situ dia turut juga menerima beberapa orang pelanggan tetapi bayaran yang diterima olehnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat kerjanya ketika di hotel besar dulu.

Rosè Zana Zamani kini benar-benar telah insaf bahawa paras rupa bukanlah boleh menjamin hidup seseorang itu sentiasa di sanjung dan diingini. Walaupun dia menerima bayaran yang agak murah tetapi disebabkan kesempitan hidup kerana terpaksa membeli pakaian, makanan dan sewa bilik dia terpaksa juga melakukan kerja terkutuk itu. Terpaksa juga melayani lelaki.

Kini Rosè Zana Zamani bukan lagi menyerahkan batang tubuhnya kepada lelaki bagi mendapatkan kepuasan tetapi dia terpaksa melakukan itu untuk menyara kehidupannya. Baginya, apa yang dilakukan olehnya itu Sedikit pun tidak memberikan apa-apa rasa kepadanya. Keinginannya untuk menikmati pemberian intim dari kaum lelaki telah lenyap dari hatinya.

Wajah Qhameel Bashar, Sanjit Singh, Datuk Qhareem Bashar dan Ley Mann Rock semuanya telah luput dari ingatannya. Wajah lelaki itu tidak lagi diperlukan olehnya. Perkhidmatan mereka juga tidak diperlukan oleh Rosè Zana Zamani. Dia benar-benar telah muak dengan lelaki.

Ketika duduk sendirian kerana tiada pelanggan yang datang meminta perkhidmatan darinya Rosè Zana Zamani sering teringatkan masa depannya. Dia sering bertanya-tanya bahawa sampai bilakah dia akan terus bergelumang dengan noda dan dosa. Apakah dia akan terus begitu sampai ke akhir hayatnya. Sampai maut menjemputnya!

Bila mengingatkan kematian, hati Rosè Zana Zamani mula merasa takut. Dia takut kepada ALLAH. Dia memang seorang perempuan Islam tetapi dia tidak pernah mengerjakan dan mengamalkan tuntutan agama. Dia tidak pernah bersembahyang. Dia tidak pernah berpuasa dan ketika dia hidup dalam kemewahan masa berkahwin dengan Datuk Qhareem Bashar dulu, dia tidak pernah berzakat.

Ah, begitu menakutkan!

Rosè Zana Zamani mula ternampak-nampak akan azab sengsara yang akan ditempuh apabila dia mati nanti. Dan apabila mengingatkan semuanya tu, dadanya mula berombak. Perasaan takut segera menerpanya. Tanpa berlengah-lengah, Rosè Zana Zamani mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat maksiat itu.

Dia segera pulang ke kampung. Di kampung dia akan hidup sendirian dan dia akan segera bertaubat. Dia ingin meminta ampun dari Allah agar segala dosa yang telah dilakukannya olehnya selama ini!!!

-#-

Nota:
Bersambung ke jilid seterusnya. Kisah-kisah menyeramkan si kembar Adham’Jamal dan Haryati Ika ‘Asyikien.
Memandangkan siaran ini hanya teks sahaja, oleh itu kami tidak dapat menyiarkan cerita penuhnya.

AMARAN!!!
Bagi orang-orang Islam! Diberi Amaran! Jangan mencuba perkara-perkara yang tersiar itu. Ke nerakalah kamu!! Setidak-tidaknya terimalah azab di alam kubur sebelum ke alam barzakh. Elakkan dari menonton wasiat ini!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience