Perkara ini berlaku apabila reen berumur 9 tahun..Reen merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik..Reen merupakan seorang budak yang ceria dan menyayangi keluarganya.. Apabila nenek kesayangannya meninggal dunia..Reen mula berubah dia suka menyendiri dan tidak suka bercakap..Reen suka meluahkan perasaannya di dalam diari dan patung kesayangannya..Ibu Reen sangat sibuk dengan pekerjaannya sampai melupakan tanggungjawab nya kepada anak-anaknya..Ibu Reen tidak pernah meluangkan masa bersama anak-anak nya..Bagi ibu Reen mencari duit lebih penting daripada duduk di rumah..Pada suatu hari ibunya mengambil cuti untuk cuba meluangkan masa bersama keluarga..Dengan tidak sengaja ibu Reen ternampak Reen bercakap seorang diri di dalam bilik..Secara tiba-tiba Reen memanggil ibunya datang ke bilik Reen..Reen berkata "Ibu ini kawan Reen,nama dia Siti"..Reen tersenyum kepada ibunya.. Ibunya merasa pelik dan marah kepada Reen kerana ibunya tidak nampak pun kawan Reen tersebut..Ibunya merasakan anaknya suka berhalusinasi tetapi hakikatnya anaknya boleh melihat "something" dengan mata kasar..Apabila Reen semakin meningkat usia..Kawan "ghaib"nya semasa kecil sudah tiada bersama nya..Sebenarnya Reen boleh melihat "something" tetapi dia tidak tahu bahawa dirinya sahaja yang boleh melihat..Reen mula mengetahui perkara tersebut apabila Reen mencecah 16 tahun.. Apabila Reen mencecah 16 tahun semuanya berubah sekelip mata..Kawan"ghaib"nya yang dia kenal semasa kecil sudah menjelma menjadi sangat menakutkan kepadanya..Reen cuba untuk menjadi kuat tetapi dalam sudut hatinya terasa sangat takut hanya Tuhan yang tahu apa yang dia rasa ketika itu..Bagi Reen ini merupakan satu dugaan kepadanya..Dia menceritakan perkara tersebut kepada ibunya..Pada mulanya ibunya tidak percaya kata-katanya.. Tetapi apabila ibunya pernah merasa sesuatu yang aneh terhadap anaknya..Baru ibunya percaya dengan apa yang terjadi.. Demikian itu,Ibunya pulang ke kampung cuba untuk mencari orang yang boleh mengubati anaknya..Bagi pendapat orang kampung, orang yang boleh melihat "something" ini dianggap ada kelebihan atau keistimewaan.. Tapi bagi Reen ini adalah satu malang baginya.. Tetapi bagi pendapat ustaz atau ustazah perkara ini sangat lah berbahaya kerana ia bukan satu kelebihan tetapi dirinya yang sakit sebenarnya..Apa yang akan berlaku kepada Reen?? Adakah Reen akan pulih seperti biasa?? atau Reen tidak dapat diubati?? Tunggu bab saya yang seterusnya..
Share this novel