2 minggu pun berlalu, Pada malam itu,aku terbangun dan melihat suami aku tengah solat tahajud.
aku terus pergi untuk minum air membasahkan tekak.
Aku terlihat seorang lelaki yang berbaju hitam memandangku. Aku berfikir mungkin lelaki itu tidak melihatku kerana keadaan yang gelap gelita.
Tetapi aku tidak sangka yang lelaki itu berlari ke arah ku dan mencengkam aku, aku tidak boleh bernafas. Aku mencuba untuk menolak lelaki itu tetapi tidak berdaya.
Tiba-tiba Alifah pengsan kerana lelaki itu menumbuk perutnya dengan kuat. Lelaki bertopeng itu keluar dari rumah kerana terlihat Keluarga mereka menuruni tangga.
"Alifah! " adam mencapai badan alifah dan mengangkat nya dan pergi ke hospital.
Ketika dalam perjalanan ke hospital air mata Adam mengalir deras, mengharap isterinya selamat.
Setibanya di hospital.
Setelah 20 minit doktor mencuba membangunkan alifah. Alifah bernafas kembali.
Doktor keluar dan menyampaikan berita buruk dan baik.
"Berita baik, Isteri encik Adam selamat dan Berita buruk... kandungannya tidak dapat selamatkan.
Adam terkejut.
" sabar Adam, sabar... " air mata mengalir deras.
"Adam, kita kena terima ini ujian yang kita perlu hadapi sayang" mama memujuk Adam.
"Tapi ma! " Adam tidak terkata mendengar berita itu, Adam jatuh melutut.
Tetapi di sebalik kejadian itu ada seseorang yang tersenyum.
2 hari kemudian.
"aduh, sakitnya kepala, Ifah kat mana? " aku terlihat Adam memegang tanganku dan tidur di sisiku.
"Abang? kenapa kita kat hospital.? " Aku seperti tidak tahu apa-apa yang berlaku.
"maafkan abang " memelukku dengan erat.
"Kenapa ni? Kak fiqah, mama? " aku pelik.
"Dah ifah lapar kan ni kak fiqah ada buat bubur ayam. " memberiku makanan.
"Tak da selera " Aku tidak mahu makan.
"Makan sikit je? " Adam memujukku.
"Ye lah" aku tersenyum melihat Adam.
"Abang nak cakap ni, tapi ifah jangan nangis ya kena kuat" suara Adam sebak.
"anak kita tak selamat" suara dengan terketar-ketar.
aku terkejut. air mata aku tidak dapat menahan. aku terus memeluk Adam dengan erat.
"mm ma.. cam mana boleh.. jadi. " aku tidak dapat menahan kesakitan dan aku melelapkan mata.
"Ifah nak masa sendiri... " aku menangis teresak-esak.
"Nanti kalau ada apa-apa panggil" suara Adam dengan sebak.
aku menjerit dengan sekuat-kuat nya.
"Aaaaarghhhh kenapaaa " suara jeritan aku dengan tangisan.
Adam diluar terkejut dan mahu masuk tetapi dihalangi kak fiqah.
"Biar akak masuk, akak faham perasaan ifah lepastu panggil doktor bagi ubat penenang "lalu Adam angguk.
"Ifah.. " kak fiqah.
"Jangan ganggu ifah! " aku tidak boleh menahan lagi.
"Ifah akak faham apa yang ifah rasa.. akak pernah kehilangan macam ifah" suara kak fiqah menjadi sebak.
"..... maaf cuma ifah stress kesakitan di hati ifah perit disebabkan ini dan ifah terbayang kisah yang sama seperti..."
" apa yang berlaku kepada ifah dulu cerita kat akak.? " kak fiqah.
20 tahun lepas.
"Kamu dah tak sabar ada adik eh alifah? " mama bertanya.
"Ya!!! " aku seronok riang.
"wah mama ada tu jom pergi sana" aku dengan comel.
"ok" mama.
Tiba-tiba ada orang tolak ibuku jatuh tangga,mak dimasukkan ke dalam hospital doktor memberitahu keadaan adik tidak dapat diselamatkan.Tiba-tiba sampainya di rumah abah mencengkam ku "Kau bunuh anak aku!!!! pembunuh!!! " abah menolak ku.
"Tak abah ifah tak bunuh adik pun! " aku dengan tangisan.
"Diamla kau! "abah.
aku menjerit kesakitan menderita lalu ada kedengaran polis diluar, polis menangkap abah.
Sewaktu itu aku sesak nafas dan pengsan. dan ia telah menjadi kisah hitam dalam hidupku.
" Ifah.. takut abang Adam buat macam tu.. " sambil memegang kakinya.
"Tak abang Adam takkan buat macam tu" ujar kak fiqah.
Tiba-tiba doktor tiba.
"Alifah kami akan beri ubat penenang ya?" doktor tersenyum.
"Ya saya mahu... " aku tertidur.
Kak fiqah keluar dan menceritakan kepada keluarganya.
Adam menangis teresak-esak kerana dia mengetahui yang isterinya sangat teguh dan sabar menghadapi pelbagai cabaran...
Share this novel