Rate

Kehilangan

Other Series 464

"Macam mana mak nya tak meninggal kalau anak sendiri asyik menilau keluar? Kesian arwah dapat anak yang langsungggg tak guna,memalukan!!"

Satu persatu penduduk kampung Suri meninggalkan perkarangan rumah kayu yang lama dihuni 3 beranak itu selepas selesai membaca yassin pada arwah.

"Mari nak,mari kita hantar mak pulang. Mari lah, mak tunggu adik tu" - Pak Hassan menghulurkan tangan berharap ada tangan perempuan yang menyambutnya.

Sudah hampir setengah jam Naurah mengelap air mata, pipi nya menjadi merah dek kerna kain yang mengesat pipi, nafasnya tersekat seperti dia sudah lama tidak menangis. Satu patah perkataan pun tidak mampu si Naurah lontarkan. Kalaulah saja Naurah berani buang rasa takutnya, mungkin syurganya masih bersamanya. Namun semua telah hancur hanya kerana "Dendam".

"Semoga Allah menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beruntung dan berbahagia. Armin….amin ya Rabbal ‘alamin…. al-Fatihah."
Selesai lah Talqin buat syurga Naurah.

Selamat jalam mak, tunggu Naurah mak, Naurah ikut mak nanti ya. ( siramkubur) .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience