BAB 12

Fantasy Completed 2581

Jadi apa yang berlaku itu bukan mimpi? Aku dapat merasakan bagaimana perang yang tercetus itu sungguh nyata, semua kaum pari-pari terhapus begitu juga Luci, dan jika benar ia adalah realitu aku boleh jadi gila!

Huh. Aku memikirkan apa yang telah terjadi ssebenarnya. Adakah aku seorang sahaja yang mengalami mimpi yang anehh ini? Dan arnab ini, bagaimana boleh ada di sini?

Daripada pening memikirkan dunia yang penuh kekeliruan ini, aku akhirnya bersiap untuk pergi ke sekolah.

Sebaik tiba di kawasan belukar yang telah menjebakkan aku ke dunia pari-pari itu, aku teringin benar untuk masuk semula ke dalam belukar itu dan ternyata tiada apa-apa yang aneh berlaku. Jadi benarlah semua hanya mainan mimpi. Tapi mengapa aku merasa ia sangat nyata. Argh sudahlah dari terlambat baiklah aku ke sekolah.

DI SEKOLAH

‘’Fifi, mana kau menghilang selama tiga hari ini? Kau tahu tak hari pertama lau tak masuk, ibu kau kata yang kau ada ke sekolah tetapi tak hadir, kami mati-mati fikir yang kau diculik,’’ujar Gina, salah seorang teman baikku.

“Aku tak sihat” kataku kepadanya. Dalam pada kami sedang berbual, aku melihat kelibat seorang lelaki yang wajahnya tidak asing lagi bagiku, namun dia asing di mata teman-temanku. Itu adalah Luci ? Ya wajahnya mirip sekali. Dia menghampiriku dan berbisik

“Hai Amy, kita bertemu lagi, Amy”

Jantungku bagai jatuh saat mendengar suaranya, Dan saat itu juga, aku percaya bahawa apa yang kualami selama tiga hari lepas bukanlah mimpi. Sekarang aku mengerti apa yang terjadi denganku. Aku hidup semula, aku dilahirkan semula!

“Wow, murid baru itu sungguh tampan!” kata murid perempuan di dalam kelasku

“Fi, apakau kau percaya pada alam pari-pari?” tanya Gina yang baru sahaja selesai membaca buku fantasi tentang dunia pari-pari.

“Ya, aku sangat percaya pada dunia pari-pari hingga adakalanya aku merasa aku adalah puteri pari-pari,’’ jawabku dengan senyuman penuh makna.

“Eh boleh pula macam tu, kenapa ?” tanya Gina kehairanan.

“Mestilah, kerana aku hidup semula, aku adalah jelmaan pari-pari,’’ jawabku dalam hati dengan sinaran mata yang bersinar melihat Luci yang berdiri di hadapanku, kami saling tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience