Pernahkah anda mendengar perihal sang petapa lautan dalam tidak berwajah. Diceritakan, dialah yang akan membawa makhluk aneh yang tidak pernah ditemui dari dasar laut hari kemusnahan kelak. Tapi tahukah kalian yang sebenarnya Petapa ini pada asalnya hanyalah anak kecil yang tinggal disebuah kampung kecil di pinggiran laut.
Di kampung kecil ini, penduduk kampung menjalani kehidupan seperti biasa sebagai penduduk pinggiran laut dengan menangkap ikan, membina kapal dan pekerjaan laut yang lain. Mereka memiliki kemahiran laut yang luar biasa sehingga penduduk dari kepualan yang lain datang untuk menuntut ilmu. Malahan, perkampungan itu menjadi pusat persinggahan para pedangang luar.
Kenikmatan dan kekayaan sumber laut menjadikan mereka leka dengan kurniaan Tuhan sehingga ada yang mengabdikan diri kepada semangat laut. Tidak kurang dari itu, ada yang mengorbankan anak kecil mereka untuk dipersembahkan kepada Dewa Laut ini. Namun, suatu peristiwa yang luar biasa akan mengubah kehidupan penduduk ini.
Segalanya berubah apabila satu kelahiran baru yang aneh dan jelek dipandang. Alangkah terkejut melihat bayi yang tidak berwajah itu. Tubuhnya seperti bayi-bayi yang lain. Namun wajahnya seperti satu pusaran yang menyerap rongga-rongga wajahnya sehingga tidak bermata, bermulut, berhidung dan bertelinga. Tidak seorang pun berani melihatnya apatah lagi menyentuh.
Anak ini diberi nama Anka oleh ayahnya. Ibunya pula terkorban semasa melahirkan Anka. Mereka hidup bahagia di hujung kampung. Ayahnya seorang nelayan dan pembina kapal yang tersohor dan berpengaruh suatu ketika dahulu. Namun, setelah kelahiran Anka, ayahnya dipinggirkan oleh penduduk kampung. Tidak sedikit pun rasa kesal akan anaknya malah memberi kasih sayang yang secukupnya.
Ketika usia Anka masih kanak-kanak, ayahnya sering membawanya bersiar-siar ditepi pantai. Bermain, berlari dan mencari sisa laut bersama. Aneh sekali untuk seorang kanak-kanak yang buta, bisu, pekak malah tidak dapat menghidu ini sangat peka dengan sekelingnya. Seolah-olah sudah lama bermain di pinggiran pantai ini.
Suatu hari ketika ayahnya berniaga di pekan. Anka berjalan sendirian tanpa ditemani ayahnya. Seorang lelaki menjerit padanya, “Anak jin!!! Keluar kau dari kampung ini. Bawa petaka sahaja di kampung ini. Berambus!!” Orang sekeliling ketawa bersama. Ada yang membaling batu padanya. Ada yang menolaknya sehingga jatuh. Namun tidak termakan hinaan anak ini kerana kejadiannya.
Bersambung…..
Novel ni sepatutnya pendek je. tapi, saya terpaksa buat Siri sbb limit perkataan. jadi, nantikan sambongannya nanti. saya akan Cuba padatkan cerita dengan drama2.p
Share this novel