Pada petangnya Ika mahu keluar untuk berjumpa dengan orang tuannya... Dia mesti bagitahu apa yang terjadi kepada dia. Dina menyapanya lalu berkata "Kau nak jumpa mak ayah kau ke?." Ika pun menjawab "Haah"
"Hmm Ika, apa kata biar aku yang teman kau." kata dina. "Tak susahkan kau ke, aku takutlah Izz tahu." Kata Ika dengan rasa serba salah dan takut. "Tak apa,kalau dia tahu pun pandai² lah kita tipu dia." Kata Dina. "Kejap tau aku nak siap²" Kata dina lagi sambil menuju ke tangga.
Mereka berdua pun masuk kedalam kereta dan mereka pergi ke rumah ibu ayah Ika. Sampai sahaja disana Dina dan Ika turun lalu Ika memberi salam. "Asalamualaikum." Tiba² ada seorang orang tua keluar. Orang tua itu adalah jiran ibu ayah Ika. Orang tua itupun berkata "Haa sampai kamu pun nak." "Kenapa makcik?" Tanya Ika kehairanan "Kalau makcik bagitahu ni jangan terkejut tau." Ika tidak sabar menunggu kata² dari mak cik itu
"Apa dia makcik bagitahu lah saya cepat."
"Sebernarnya mak ayah kamu dah meninggal." Ika terkejut "Haa, tak mungkin. macam mana mak ayah saya boleh mati.?" Kata Ika sambil menangis. Mak cik itupun menjeput mereka berdua masuk kedalam rumah. "Ceritanya macam ni nak." Mak cik itu memulakan ceritanya.
Pada waktu itu ibu ayah Ika sedang tidur lalu ada orang datang melalui tingkap dengan membawa pisau. Ayah Ika bangun lalu tiba² ianya ditikam dengan pisau lalu menjerit. Selepas itu ibu Ika menjerit lalu ianya ditikam. Rupa rupanya pembunuh itu adalah Suami Ika dan Dina yaitu Izz. Dia keluar lalu ada orang perasan dia. Izz bawa kereta laju sekali kerana dia takut nanti dia ketahui oleh orang......
"Begitulah ceritanya nak." Kata makcik itu. Dina yang duduk sebelah Ika sudah geram dengan perangai suaminya.... Ika terkejut lalu berkata " Suami saya? Kenapa dia sanggup buat macam ni."
Didalam kereta Dina dengan nada geramnya berkata "Apalah nak jadi dengan Izz ni... Tak habis². Izz yang aku kenal tak macam ni lah. Sampai hati dia bunuh mak ayah mertua dia sendiri." Selepas itu Dina memberhentikan kereta lalu memujuk Ika "Kau sabar eh, Ini semua ujian Allah. Walaupun aku madu kau aku faham perasaan kau... kau dah macam adik aku dah...." Lalu dia pun memeluk Ika. Ika menangis. Mereka pun pergi ke kubur Ibu ayah Ika. Ika menangis lalu berkata "Mak,ayah.. kenapa mak ayah cepat tinggalkan Ika..." Dina yang ada belangkangnya menggosok badan belakang Ika.
Mereka tiba di rumah... Nasib baik Izz belum pulang lagi..... Ika masuk kebilik lalu mengeluarkan buku wasiatnya dan menulis. Habis dia tulis dia pun menagis kerana sedih orang tuanya tiada lagi. Hanya memori sahaja yang terlintas di fikiran Ika... Dina yang menglihatnya pun kesian....
Pada malam itu.... Izz pulang masuk kebiliknya lalu Dina menamparnya.... " Kenapa u tampar i ?". "Oooh, u tampar Ika boleh pulak. Eh, laki apa jenis u ni.... U sanggup bunuh mak ayah mentua sendiri... Izz yang i kenal tak macam ni lah." Izz mula risau lalu bertanya kepada Dina. "Dina ,mana u tahu cerita ni.... Ni mesti perempuan tu ceritakan.". Dina pun menjawab "Tadi i teman Ika." Dina pun menceritakannya.... Izz pun berkata... " I buat macam tu sebab kalau i dan musnahkan hidup perempuan tu dia akan ceritakan kat mak ayah dia... Sebelum dia cerita lebih baik i bunuh." Ika yang terduduk diluar menangis.
Pada lewat malam Ika dipukul oleh Izz.
"Padan muka kau.... sekarang mak ayah kau dah mati. Kau tak boleh mengadu kat sesiapa....... kau tahu tak kau dengan mak bapak kau sama je.... Anak beranak bodoh !!!!! Kata Izz dengan nada kasar sekali... Ika takut dan menangis..... Izz menarik Ika lalu pukul dengan tali pinggang. Kali ini teruk sampai berdarah darah... Habis pukul Izz pun keluar dari bilik lalu berkata " Puas hati aku."
Dina pun masuk kedalam biliknya lalu berkata. Kau dah 3 bulan kawin dengan dia tapi kau still bertahan dengan dia... " Kata Dina sambil memgubati lebam² yang berada di muka Ika... "Aku tahu Allah uji aku..... Aku redha." kata Ika..... "Tahan sikit lagi." Kata dina sambil mengubati lebam² diluka Ika....
"Dah kau tidurlah dulu... selamat malam." kata Dina sambil menutup pintu... Ika pun pergi mengambil air wudhu... Setelah habis solat dia berdoa.... "Ya Allah, kau berilah pentujuk dan hidayah kepada suamiku.". Tak disangaka Dina pun mendengar lalu menangis....
Share this novel