Seusai bangun daripada tidur, Nafisa mengorak langkah ke kamar mandinya. Dia terpaksa berpaut pada dinding marmar kamar tersebut
kerana denyutan keras di kepalanya . Cis , dia berdecit . Sudah lama dia mengalami denyutan ini ,sejak peristiwa berdarah yang meragut segala benda dan orang yang dia sayang. Benar , mimpi ngeri yang dia alami saban hari kini tidak mungkin akan lenyap selagi keadilan tidak ditegakkan . Keadilan? Satu perkataan yang amat mudah untuk diungkapkan namun beban yang harus dipikul lantaran memastikan perkataan tersebut berjaya dilaksanakan cukup payah .
Share this novel