1 CLUB

Romance Completed 107759

"Woi pekerja baru sini jap!" Zea mendekati Yuna lebih dikenali lagi sebagai senior di club ini.

"Ni tolong hantar air dekat Tuan Eric" Yuna meletakkan dulang itu di kedua tangan Zea. Zea mengangguk.

"Jangan biadap , apa boss suruh buat jangan nak melawan faham?!" Zea mengangguk menandakan bahawa dia faham.

Zea menghampiri meja diduduki oleh Eric Xadier dan kawan-kawannya yang lain.

"Tuan..." sopan santun zea letak dulang di atas meja sempat kawan bossnya memegang pinggangnya namun terpaksa dia relakan sebelum Yuna tengking dia seperti semalam.

"Ehem tangan tu Franco"

"Hahaha kau ni Eric nampak je apa aku buat" zea masih berdiri di situ.

"Awak boleh pergi" zea menunduk hormat sebelum kakinya melangkah pergi.

"Orang baru ke ? Nampak mcm fresh lagi tu haha" Franco meletuskan tawanya lalu minum bir yang baru diletak disitu oleh zea tadi.

Zea mendekati Yuna yang dari tadi seperti ingin menanyakan sesuatu.

"Tadi nampak Encik Harry tak?" Tanya Yuna sambil mengukirkan senyuman. Dia suka Encik Harry ke ? Suami orang tu ?

"Ade tadi"

"Ohh , dah pukul 8 malam ni shift kau dah habis pergilah balik nanti tertinggal bas merungut pula nak aku hantarkan" kata Yuna sambil mengelap cawan-cawan kaca yang baru dicuci tdi. Zea melemparkan senyuman , Yuna ada baiknya juga cuma dia tegas bila bekerja.

"Baik kak Yuna" zea menukar baju di bilik persalinan , beg sandang di pakainya.

Zea lalu di tepi meja Bossnya Eric , ada sikit-sikit perbualan Tuan Eric yang dia dengar.

"Macam mana adik kau tu?"

"Kau fikir aku nak lepaskan dia? Selagi dia tak mati selagi tu aku akan kejar dia" kata eric sambil minum air-air haram yang terhidang . Zea menelan airliur , boss dia bunuh orang ke ? Kenapa Tuan Eric melayan dia baik saja .

"Eh zea nak balik dah ke?" Zea menoleh dgn kelam kabut

"Ahh ye tuan" dia mengangguk sebelum melemparkan senyuman.

"Hati-hati balik tu , kalau tertinggal bas bagitau saya . Mana tau saya boleh hantarkan ke" Tuan Eric dan kawan-kawannya ketawa , Zea tersenyum kelat. Lawak ke der ?

"Baik tuan saya pergi dulu" zea meninggalkan mereka yg masih ketawakan dia.

Aku berlari menuju busstop . Bus ke rumahku hampir saja bergerak.

"Hai pakcik!" Aku mengurut dadaku semput pula berlari.

"Nasib tak tertinggal lagi ye kamu , kalau pakcik tak nampak kamu tadi memang jalan kaki lah jawabnye" ramah pakcik itu , sudah 2 bulan aku berkerja sebagai pembantu di club bas pakcik ni juga yang menjadi kesetiaan untuk menghantar aku pulang ke rumah.

Aku mengambil tempat dihujung dan paling belakang sekali mungkin sebab menjadi tabiat aku suka duduk di tepi tingkap. Kalau tak dpt tmpt ni mmg aku bermasam muka je.

"Aduh" aku menoleh melihat seorang lelaki merintih kesakitan dan menahan darah diperutnya terus mengalir.

Dia duduk di tepi tingkap di kerusi hujung juga tpi di kanan . Aku di kiri , aku mendekati lelaki itu . Cetus rasa kesian pada lelaki itu . Aku membuka jacket kuning ku aku sarung di badannya bimbang dia masuk angin.

"Aw--awak okay?" Kataku namun tgnku ditepis olehnya.

"Jangan tolong aku lah bodoh!" Aku berkerut dahi.

"Awak teruk sgt ni , sya hantar awak pergi hospital ye" tanganku menyelak bajunya yg sudah koyak seperti ditikam orang. Aku berkerut dahi , Ya Tuhan teruk sgt ni sampai nampak isi perut dia.

"Jangan sentuh aku lah bodoh ! Takyah baik sgt nk tolong aku!" Dia menengkingku. Aku dah bengang sombong sangat pahal hah?!

"Jangan belagak boleh tak ? Dahlah tgh sakit mcm ni masih nk bodoh sombong" aku memerlinya . Dia tidak mengendahkan aku. Aku meninggalkan dia sebentar .

"Pakcik boleh tak kita pergi hospital?"

"Eh kamu ni kita nk smpai rumah kamu dah ni takkan nk patah balik?"

"Pakcik please emergency ni , laki kat blkg tu sakit pakcik mcm bru kena tikam. Nnti saya bayar lebih" muka pakcik terkejut serta merta bas dia pusing balik. Dia melihat cermin depannya untuk melihat lelaki itu.

"Teruk sgt tu!" Pakcik bas lebih-lebih gelabah. Aku menuju lelaki itu semula. Aku lihat dia sudah tidak sedarkan diri. Aku mengoncangkan bahunya.

"Awak! Jangan mati dulu lah! Kita tak sampai hospital lagi!" Aku menjeritnya namun dia tetap tidak bangun.

°°°°°
"Woi bangunlah" zea membaringkan kepalanya di katil lelaki itu. Laki itu bengang.

"Woi bangun kau tak dgr ke!?" Zea mengeliat dia menekup mulutnya untuk menguap jam ditelefon dia tengok pukul 2 pagi ?

Laki itu menolak zea hingga terjatuh lantai kerusi yang zea duduk juga terjatuh.

"Awak ni kenapa! Taknampak saya tido ! Nk tolak2 mcm saya ni nk bunuh awak pulak!" Marah zea ni first time dia tinggikan suara . Bukan apa dia dahlah sedap tidur tadi tpi diganggu oleh laki ni.

"Suka hati akulah nak buat apa pun" laki itu beriak biasa. Zea membangunkan kerusi itu dan dia duduk berdepan dgn lelaki itu.

"Sorry" zea menundukkan wajahnya , malu pula dia jerit lelaki itu tadi.

"Lol dah knp ttba minta maaf , napa nk bajet baik ke?" Zea mengeleng hatinya sudah menyumpah nyumpah lelaki itu. Org tolong langsung tak kenang budi.

"Aku dah kata kan jangan tolong aku , yg kau degil nk tolong aku pahal !?" Zea mengangkat muka.

"Takdela dlm bas tadi tinggal awak saya dgn pakcik bas je nnti ttba awak mati kat sana . Mestilah polis cari saya" terang zea lalu mengetap bibirnya.

"Kalau aku mati sekalipun takyah peduli . Aku tak perlukan bantuan kau" jacket kuning milik zea dibaling dimuka dia. Zea menahan geram , ibu kata kalau nak guna kuasa guna time betul-betul diperlukan. Sekrang dia harus sabar sahaja.

"Jacket kau ni aku takperlukan juga" zea tersenyum sinis.

"Saya pun takheran lah awak mati tadi , tapi ingat selagi ada orang nak buat baik hargai bukannya belagak bodoh sombong" zea mencapai beg sandangnya dimeja sebelah katil laki itu. Laki itu hanya mendiamkan diri , dia hanya melihat zea keluar dari bilik itu.

Lelaki itu mengambil telefonnya di atas meja itu juga.

"Hello Jafri , ambik aku dekat hospital lama"

"Baik Tuan"

Lelaki itu berfikir lama.

Wujud lagi ke manusia yang hendak berbuat baik dengannya ? Kebanyakkannya hanyalah orang-orang abangnya Eric Xadier yang hendak berusaha membunuhnya selama dia masih bernyawa ini.

°°°°°
"Orang buat baik kena pijak , ey taksangka ada lagi org sombong mcm dia" bebel zea sendiri terpaksalah dia jalan kaki pulang ke rumah . Nak naik teksi mahal sangat , sekrang dia terpaksa kerja keras untuk bayar sewa biliknya kalau tak memang dia tinggal di kaki lima saja.

Zea masuk di biliknya , waktu malam macam ni baru dia sibuk kemas biliknya sebelum tidur. Dia tiada masa untuk berehat buat masa skrg. Harga biliknya pun Rm300sebulan termasuk bil air dan elektrik gajinya pula cuma Rm700 sebulan. Mana cukup dia mkn sebulan . Duit simpanannya sudah mencecah Rm2000 , dia simpan untuk beli rumah. Ibu kata kalau nk dpt rumah waktu usia muda ni senang je janji pandai cari duit dan pandai simpan duit.

Kalaulah ibu ada , mesti dia tidak tinggal seorang diri sekrang. Ayahnya pula sudah menghalau dia dari rumah kerana isteri barunya tidak suka dengan kehadiran dia di rumah mereka dulu. Abangnya Zyn kaylie pun dia taktau dimana sekarang , sejak abgnya keluar dari rumah sebelum dia dihalau disitu juga mereka berpisah. Pelik kenapa abangnya sanggup biarkan dia sendirian.

"Aik fon aku mana?" Zea mengeluarkan segala isi di beg sandangnya. Langsung tiada. Dia mengetuk kepalanya , baru dia ingat dia fonnya tertinggal kat atas katil lelaki itu.

"Satu-satu masalah datang" zea merungut , potret ibunya dia tenung lama. Perlahan lahan dia usap gambar itu dua titik 3 titik airmatanya tumpah

"Ibu.."

Macam mana dia nak cari laki tu ? Mustahil dia akan jumpa lelaki itu lagi.

Zea membaringkan badannya di tilam rendah tanpa katil itu.

Difikirannya penat mengantuk dan paling utama nak tidur. akhirnya zea terlelap dan kucingnya turut tertidur di sebelahnya.

Share this novel

Nurul Aina Batrisya
2021-01-03 11:49:51 

Best giler novel ni . Saya memang suka baca semua novel awak . Tapi novel kali ni banyak ayat-ayat yang terlalu panjang . So sukar untuk saya baca , faham dan menghayatinya . BTW , novel ni memang menarik : )

•MinMin•
2020-06-09 15:58:27 

wc sunny

•MinMin•
2020-06-09 15:52:13 

bukannya ape sunny tapi x sabar nk baca chapter baru


NovelPlus Premium

The best ads free experience