RNR MALAM RAYA

Thriller Completed 274

RNR MALAM RAYA
KARYA: Penna Nera

GARAPAN KISAH KALI INI ADALAH CAMPURAH KISAH SEBENAR DARI SEORANG PEMANDU LORI DAN IMAGINASI PENULIS.
NAMA-NAMA DIDALAM KISAH INI, TELAH DIUBAH SUAI.

Sesiapa yang memandu menghala ke utara pasti tahu akan hentian rehat dan rawat (RnR) Ladang Bikam. Hentian ini mungkin kurang popular dikalangan pemandu kerana hanyalah sekadar hentian biasa tanpa kemudahan medan selera dan stesyen minyak. Kadang kala ada terlihat lori-lori kecil yang menjual makanan atau dikenali sebagai food truck. Paling banyak berhenti disini adalah pemandu lori. Banyak kisah seram disini dan ini adalah kisah Daud yang berlaku sekitar sepuluh ke dua belas tahun yang lepas. Kejadian berlaku pada malam raya dimana Daud dan rakan sekerjanya, mengambil tugas menghantar lori lima tan yang berisi makanan sejuk beku ke Pulau Pinang. Daud bersetuju untuk terima tawaran kerja kerana insentif yang syarikat berikan dan sekali gus dia dapat balik raya kekampungnya yang terletak di Sungai Dua,Pulau Pinang. Lagi pun, syarikat memberi empat hari cuti padanya. Apa lagi, seronok lah si Daud ni.

"Ini buat leceh, asal raya ja jem...raya ja jem,roti aku lupa bawa,"Daud melawak. Dari Selayang lagi dah mula kesesakan jalan raya. "Aish, ni mau petang raya baru sampai kita ni Lan,"kata Daud. Lepas zohor, mereka dah bertolak dari gudang dan hari hampir maghrib baru mereka dapat masuk ke highway utara. Daud dah berniat untuk berhenti diRnR Ladang Bikam untuk bersolat jamak maghrib dan isyak. RnR Ladang Bikam adalah hentian yang selalu Daud berhenti kerana disitu tidak terlalu sesak."Lan, kau ikut aku ni, famili kau tak kata apa-apa ke nanti? Raya pun kerja! Lain la aku ni bujang telajak, nak hantar barang pun nak dekat kampung aku" Daud bertanya. "Saya ni tak tau asal usul saya bang, tu yang abang ajak, saya nak ikut. Dapat rasa raya kat kampung sama. Dah lama tak raya. Dulu mak angkat saya kata, orang jumpa saya dekat tepi stesen bas. Bila mak jaga, mak jadi sayang. Dia pun ambik kebenaran JKM nak bela saya. Saya ni bang, dah berapa kali raya, saya mintak kat bos kerja biar tak rasa sangat. Tahun pertama saya kerja, mak angkat saya meninggal. Tapi Sempat la mak merasa gaji saya. Saya dapat bagi mak rasa senang sikit sebelum dia meninggal,"panjang lebar Lan bercerita.

"Kita berhenti rehat dulu la Lan, kita buka kat sini. Kita cari makan dulu, mana tau ada food truck ke apa ke sebab tadi tak sempat nak beli makanan. Supervisor tu bising tak habis-habis. Dok call..call.. abang sampai, load barang pun belum."kata Daud. "Okey boss, menurut perintah,"kata Lan. Sampai sahaja RnR Ladang Bikam, tandas destinasi pertama mereka. Usai selesaikan hajat, abang Daud nampak Lan dah menunggu di depan tandas dan disinilah bermula kisah misteri si Daud ni. Dah maghrib, kita solat dulu la Lan."kata Daud. "Kita buka dulu la bang, kat belakang ada buka gerai makan. Jom la pegi sana. Buka sana,"kata LAN. "Gerai makan? Bila pulak, tadi tak perasan pun,"kata Daud. "Ada, abang yang tak NAMPAK!"Kata LAN. Si Daud pun menonong ikut la si LAN ni padahal hati dah curiga. Diorang pun duduk dekat meja yang masih kosong. Orang ramai tapi masing-masing menunduk menikmati makanan macam sedap sangat makan sampai tak angkat muka."Ramai jugak orang, macam mana aku boleh tak perasan tadi,"Daud berdialog sendiri. "Makanan sini sedap bang. Sekali rasa mesti nak bungkus,"tambah LAN lagi. "Mana kau tau ni LAN? Kau pernah makan sini ke?"Daud bertanya. "Orang kata,"jawab LAN ringkas. "Abang berdua nak makan apa? Hari ni cuma ada nasi goreng, mee goreng,Laksa dan mee sup daging,"kata sorang pelayan yang datang mengambil order kami. Mereka memesan dua laksa dan air sirap serta 2 bungkus nasi goreng sebagai bekalan.

Selesai MAKAN, Daud mengajak LAN untuk solat dipondok yang disediakan di RnR, tapi LAN menyuruh Daud pergi dulu, kejap lagi dia sampai katanya. Daud jalan punya jalan, dia tidak jumpa pun pondok yang selalu dia berhenti untuk bersolat. Akhir sekali Daud buat keputusan untuk balik ke lori tapi dia hilang arah. Berpusing-pusing Daud mencari lorinya yang dia rasa dia parkir ditepi jalan berdekatan tandas. "Saudara cari apa?"sapa satu suara. "Awak yang ambik order tadikan kat gerai, saya ni nak cari lori saya, tapi tak jumpa,"kata Daud sambil pandang kiri kanan. "Awak.......aik dah hilang,"kata Daud. "Aku cakap dengan siapa pulak ni,"kata Daud. Dia rasa meremang satu badan. Tiba-tiba Daud sampai ke gerai tadi. Masih ramai yang tengah makan. Tiba-tiba, semua mengangkat muka memandang Daud. Terjelepok Daud jatuh ke tanah, Daid lihat ada yang muka separuh hancur, ada yang muka hancur habis, kepala pecah sampai nampak otak,tangan patah terkulai, kulit muka bergayut-gayut tunggu masa nak luruh dan bermacam-macam lagi pandangan ngeri didepan matanya. Daud menutup mata sambil memanggil-manggil nama Lan. Seketika kemudian, Daud dapat rasa sesuatu memegang bahu dia, sejuk rasanya serta bau hanyir darah berleluasa diudara. Daud menggigil, lantas menjerit Allahuakbar berkali-kali tanpa henti.

Bahu Daud digoncang kuat. "Abang...abang...kau kenapa?" Daud terdengar suara Lan lantas membuka matanya. Orang ramai mengelilingi mereka. "Abang pergi mana,"tanya Lan. "Puas aku tunggu kau depan tandas kau tak keluar-keluar bang,"tambah Lan. "Aku cari kau merata bang, aku pergi kat lori pun kau tak de. Aku pun terus pergi cari kau kat pondok sana, mana tau kau gi solat dulu ke tapi tak de, lepas tu aku dengar suara menjerit-jerit belakang tandas, aku lari datang sini rupa-rupanya kau bang. Aku tengok kau menjerit sebut Allahuakbar! Aku tak tau ntah apa yang kau dok kibas bang,"kata Lan lagi. Lan membawa Daud ke pondok, sementara menunggu giliran untuk solat, Lan bertanya pada Daud kejadian tadi. Daud menceritakan semua yang berlaku, dari melihat Lan tunggu diluar tandas, sampai menbawa ke gerai dibelakang tandas, sampai la Lan sebenar jumpa dia. "Makan apa bang, aku dok kebulur tunggu kau datang. Masa tengah tunggu kau, aku sempat beli makanan kat food truck depan tandas tu ha,"kata Lan. "Abang biasa singgah sini kan, bila mananya ada gerai belakang tandas tu bang...tak pernah ada la,"marah Lan. "Ni ha....'nasi goreng' yang abang beli kat gerai belakang tu tadi,"kata Daud tanda protes. Bila dibuka, terdapat tanah,daun-daun kering dan bangkai tikus yang dibungkus dalam bungkusan surat khabar ala-ala bungkusan nasi kandar kedai mamak. Hampir termuntah mereka disitu. Lan lantas membalingkan bungkusan tu kedalam tong sampah berdekatan mereka. Setelah itu, dia mengajak Daud solat sebelum bergerak semula.

Masuk kedalam perut lori, mereka pun memenuhkan perut mereka dulu sebelum bergerak. Daud masih dalam keadaan terkejut. Berkali-kali dia bertanya, betul atau tidak Lan yang ada didepannya. Sampai la Lan mengucap dua kalimah syahadah dan baca ayat kursi, baru la Daud berasa lega. "Kau tau tak Lan, muka-muka diorang hancur semua dan yang paling penting aku makan laksa apa apa tadi Lan, air apa yang aku minum tadi Lan,"kata Daud. "Kau lupakan semua dulu bang, sampai kampung kau, kita cari ustaz ke, imam ke, ape je lah bang, ubat kan kau," kata Lan. Tiba-tiba Daud terjun kebawah. Habis semua terhambur keluar. Dia muntah berkali-kali sampai kosong perutnya. Daud muntahkan cecair hitam pekat berserta cacing dan ulat-ulat yang meliuk-liuk diatas tanah. Tersandar Daud dilori. Lantas Lan berikan air pada Daud. Daud berkumuh-kumuh dah meminum sedikit bagi legakan tekak yang perit. Tiba-tiba kedengaran hilaian suara yang menyeramkan entah datang dari mana. Lan membacakan ayat kursi dah 3 kul lantas meniup keudara. Hilaian jeritan kedengaran usai sahaja Lan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.Lan menyuruh Daud duduk dibahagian kelindan dan dia yang membawa lori sehingga sampai ke hentian juru baru lah Daud mengambil alih semula. Mereka sampai digudang Pulau Pinang pada pukul 4.30 pagi. Selesai semua urusan, Daud meninggalkan lori disitu dan menelefon adiknya untuk mengambil dia dan Lan disana. Sempatlah Daud untuk menunaikan solat raya dikampung bersama keluarga dan Lan. Mereka beraya bersama-sama dan kini Lan adalah adik ipar Daud kerana adik perempuan Daud telah tersangkut pada Lan. Sekian.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA PEMBACA. MAAF ZAHIR BATIN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience