Bab 5

Romance Series 1973

Tali yang mengikat banner terakhir Raikan Cinta Fara dan Arif dipotong. Aku sekadar diam memerhati terbit juga rasa terkilan di dalam hati. Benar juga kata Fahmi tali yang terikat perlu diputuskan agar semua bebas kembali ketempat asalnya.

" Bakar. " ujur Fahmi merujuk banner yang jatuh menyembah bumi. Lagak seorang perwira sambil berdiri diatas tangga.

" Patik menjunjung perintah. " sambut Ikhwan. Abang si Aisyah.

" Lupuskan jangan sampai tertinggal sisanya. " sambung Fahmi lagi.

" Main wayang pula kat sini " sampukku sambil ketawa " semua sekali ada 5 banner bakar je semua. " giliran aku mengeluarkan perintah.

" Satu pun tak nak simpan buat kenangan? " Ikhwan memandang aku tenang.

" Terlalu banyak dah kenangan yang melekat dalam otak ni, kalau boleh bakar elok bakar sekali. " balasku bersahaja.

Fahmi sekadar senyum memandang aku. Ikhwan pula lebih memilih ketawa dan berlalu. Ayah sekadar diam memerhati.

" Ayah banner tadi? " soal Fahmi.

" Ini. " ayah mengangkat banner yang dimaksudkan.

Huluran ayah Fahmi sambut cermat. Hati aku tertanya sendiri apa yang tertulis dibalik banner yang bakal digantung sebentar lagi. Fahmi yang sengaja melambat-lambat mengundang geram di hati.

" Cepatlah dik, dah pukul 8 ni tau. Kejap lagi orang sampai. " ujurku sambil mengoyangkan tangga tempat Fahmi berdiri.

" Sabar! " Fahmi ketawa besar, sambil tangan memegang bangsal khemah. Takut jatuh lah tu.

' KENDURI DOA SELAMAT DAN TAHLIL ARWAH '

Aku tersenyum lebar memandang tulisan yang tertera pada banner yang tergantung. Aku memandang kearah ayah, ayah senyum dan mengangguk. Terbit rasa sebak didada. Tubuhnya aku peluk kejap, erat. Kata-kata tak mampu aku ucapkan, hanya air mata yang menganti ucapan.

" Mana-mana yang berkaitan, ayah dah settle kan dengan adik. Jangan lupa berterima kasih pada adik tu, dia banyak sumbang idea. Kalau ikutkan ayah seorang buntu juga dibuatnya. " ujur ayah saat pelukan kami terlerai.

" Dj dengan geng kompang adik uruskan semalam. Tok kadi ayah jumpa semalam. Semua ayah buat semalam. " sambung ayah lagi.

Aku hanya diam mengangguk. Air mata berkali-kali sudah aku seka namun tiada tanda-tanda ia akan berhenti dari mengalir.

" Sudah! " bahuku Fahmi tepuk perlahan berulang kali. Cara dia memujuk.

" Sorry... " ujurku dalam esak. " kakak minta maaf... " tersekat-sekat bicaraku.

" Sudah, benda bukan jodoh. " ujur ayah menarik aku dalam pelukannya.

Sekali lagi tangisan aku pecah dalam pelukan seorang ayah. Sungguh ayah pelindungku, tiada sayang yang bisa mengantikan sayangnya seorang ayah, tiada kasih sehebat ayah, tiada yang sabar dengan aku kecuali sabarnya seorang ayah meski pun dimalukan oleh anaknya sendiri.

SUNGGUH harini Tuhan menguji ketabahan hati sorang insan yang bernama Fara Aqilien. Kata-kata yang dilemparkan aku terima seadanya. Aku redha atas ujian dan kasih sayangmu Ya Allah. Ujian ini bahkan dilalui oleh ayah, ibu, adik dan saudara mara yang hadir.

" Macam mana boleh bertukar majlis ni? " bisik seseorang yang menghadiri majlis.

" Katanya, si Fara ni yang batalkan majlis. Tak bersedia nak kawin. "

" Makcik, nak makan tu makan elok-elok jangan sibuk nak mengumpat itu ini kang tercekik. " Natasya bersuara saat mengagih goodies pada tetamu yang hadir.

" Tahlil siapa ni? " soal salah seorang yang lain.

" Pengantin lelaki. " sepontan keluar dari mulut Natasya.

Tercengang juga tetamu yang lain mendengar jawapan dari mulut Natasya.

" Esok lusa makcik-makcik tau juga. " Sampuk Aisyah bersahaja.

" Jemput makan semua, lauk banyak lagi nak tambah boleh, nak bungkus bawa balik pun boleh. "

Sungguh mulut Aisyah dan Natasya merosakkan suasana. Ketawa.

Aku yang sedari sibuk mengutip pinggan dan cawan kosong hanya diam mendengar kata-kata orang yang datang. Ada mata-mata yang dari tadi sibuk menjeling aku dan berbisik sesama sendiri. Cakaplah.

" Kakak, pergilah naik sana biar Fahmi dengan dia orang ni je yang buat. " Fahmi menghampiri aku.

" Tak pe, akak ok. " balasku sambil duduk mengipas pinggan polystrin pada muka. Panas. " masa ni lah kita nak kenal mulut siapa lagi berbisa. " ujurku separa berbisik pada Fahmi. Aku tertawa kecil.

" Lidah orang ni lagi tajam dari bilah pisau tau. " balas Fahmi memandang tepat kearah anak mataku.

" Akak ok, pisau ke belati ke pedang ke sabit sekali pun akak ok. Jangan risau. " lengannya aku pegang kejap.

" Kalau dah tak kuat naik ye. " Ujurnya. Aku mengangguk dalam senyum. Fahmi berlalu.

Sejujurnya aku tidaklah setabah yang dibayangkan. Ada juga kata-kata yang sungguh makan dalam. Sekali pun ia seperti kata-kata nasihat, tapi bila dituturkan dalam keadaan sekarang ia seperti mengejek. Antaranya.

" Harini dia buat pada anak orang, esok lusa dia ada anak merasalah. "

Kenapa kena mention anak aku, aku pun tak tau lagi anak aku tu lelaki ke perempuan. Siapa bakal bapak dia. Zaman bila anak aku lahir, membesar dan berkawin. Tapi dia entah siapa-siapa doakan yang bukan-bukan pada anak aku. Aishh, sabar. Simpan dulu dalam hati.

" Sebabkan nila setitik habis punah susu sebelanga. "

Kenapa susu pun terlibat sama ni? Siapa nila tu. Kalau ia pun nak marah, sabarlah dulu korang belum tahu siapa nila siapa susunya.

" Ingat dia cantik sangat nak reject orang ikut suka dia. "

Ehh! kecantikan aku pula yang jadi titik ukurnya. Kalau korang nak tau Arif tu jauh..... kalau duduk sebelah aku ni. Dia tu yang tak cukup bersyukur dapat yang cantik macam aku ni.

" Kenapalah buat aniaya anak orang macam tu tak baiknya. "

Makcik, yang teraniaya tu saya. Kalau makcik tau perkara sebenar makcik sedih tau mengenangkan nasib saya yang dianiaya ni. Tapi nak buat macam mana, kalau saya kata dia reject saya mesti timbul malapetaka lain.

" Sekali dia buat, sepuluh kali orang boleh buat pada dia. "

Sudahlah makcik, yang sekali ni pun tak terdaya dah nak menanggung. Sekali makcik cakap, sepuluh kali saya ingat muka makcik tu. Aku masih lagi duduk mengipas muka. Bertambah panas pula dibuatnya.

Aku melirik mata ke arah jam tangan tepat 2.20 petang. Aku bingkas bangun untuk naik menunaikan solat zohor. Sedikit sebanyak dapat juga aku hilangkan 'panas' yang bertandang. Langkah aku susun naik ke atas rumah. Tetamu masih ramai di tanah dan di atas rumah.

" Kena basuh? " Soal makndak yang dari pagi tidak memijak tanah. Malu katanya.

" Tak, dapat salam takziah banyak. Orang ingat tahlil si Arif. " balas aku bersahaja.

Aku sekadar senyum memandang maksu dan makngah.

" Sudahlah, kalau boleh solat pergi solat dulu nanti lagi lewat. " tutur makngah lembut.

Aku sekadar mengangguk dan berlalu.

" Tak faham lah aku, macam mana dia boleh duduk dekat tanah tu sambut tetamu datang sedangkan ni majlis kawin dia yang tak jadi tu. " makndak masih lagi dengan tidak puas hatinya.

" Benda bukan jodoh andak, kita yang ada anak ni belum tentu rezki anak-anak kita cukup baik. " sambut makngah tenang setenang raut wajahnya.

" Betul! kalau dah tertulis bukan jodoh buatlah macam mana pun ikhtiarlah macam mana sekali pun tetap tak berjodoh. Kalau berjodoh macam tu juga. " maksu menyambung.

SEMINGGU selepas majlis aku pergi membawa diri ke Melaka, sekadar pergi mengenal tempat orang dan merehatkan minda yang letih. Merehatkan badan yang semakin tidak bersemangat. Merehatkan emosi yang masih berkelana.

Itu pun di sebabkan saranan ayah kalau tidak aku pasti sudah punya pekerjaan. Lucunya seminggu sebelum majlis aku sudah menghantar surat pengunduran diri di butik kononnya mahu meletakkan seluruh jiwa dan raga sebagai isteri sepenuh masa eh malah keputusan itu menyusahkan aku sekarang.

Tidak lama setelah aku pulang dari Melaka ayah dan ibu pergi menunaikan umrah. Tinggallah aku bersama si Fahmi, masa itulah kami berjalan di sekeliling Padang Kota mencari peluang pekerjaan dan akhirnya rezki aku di sebuah butik pengantin yang baru beroperasi. Alhamdulillah.

Bergitulah kisah 2 tahun yang lalu.

Too be continue..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience