Hari demi hari ku lalui dengan penuh pancaroba . Tanpa disedari sudah 5 tahun aku bersekolah di sini . Sekolah yang berprestige yang mana tidak asing lagi dengan masyarakat . Apabila terkenangkan kisah semasa di tingkatan 1 , sungguh memalukan , hari hari telefon Abuya suruh datang sekolah . Kemudian telefon menangis . Itulah sedikit celoteh Ahya semasa permulaan remaja . Setiap hari Ahya membuat rutin hariannya di sekolah berasrama penuh .Seperti biasa , 7:30 hingga 2:30 sesi persekolahan 3:30 hingga 4:30 prep petang 5:30 hingga 6:30 riadah 8 hingga 10:30 prep malam . Ketika di sekolah Ahya menjalani waktu pembelajaran dengan baik . Ahya seorang pelajar yang pandai , sering bertanya di dalam kelas , tidak tidur . Akan tetapi apabila waktu subjek Matematik , Ahya pasti tidak senang duduk kerana cikgunya menyukai Ahya . Ahya hanya berdiam diri sahaja . Apabila mengenang kisahnya pada tahun lepas , ketika itu Ahya baru pulang dari bermain bola tampar , kemudian terserempak dengan cikgu matematiknya iaitu Cikgu Faizul . Cikgu Faizul cuba memanggil Ahya , akan tetapi Ahya hanya terus pergi untuk memasuki kawasan asrama . Tidak disangka , Cikgu Faizul mengejar Ahya hingga ke dalam kawasan asrama . Ketika itu , semua pelajar yg berada di situ hanya memandang Ahya dan Cikgu Faizul bersembang . Almaklumla , Cikgu Faizul merupakan salah seorang cikgu yang handsome berada di rangkin 3 . Jadi , para pelajar , apabila nampak sahaja ada pelajar perempuan berjumla dengan cikgu Faizul , pastu pelajar itu akan menjadi bahan bualan mereka .
Share this novel