BaB 1

Romance Series 938

Bab 1

SUASANA kafe makin sunyi. Orang yang menjamu selera semakin berkurangan. Masing-masing aku kira sudah masuk ke pejabat kembali memandangkan jam sudah meniti ke pukul dua petang. Tinggal sepuluh minit sahaja lagi dan ini yang buatkan aku tidak berhenti merungut dari tadi. Macam aku pula yang terhegeh-hegeh ingin bertemu dia. Padahal sebaliknya. Dia yang beria-ia nak jumpa aku. Sekejap pun jadilah! Itu kata dia semalam. Relaks, Dhia. Jangan buat muka berkerut nanti kulit muka akan cepat berkedut. Kalau dah berkedut nanti tiada siapa yang sudi nak blind date dengan kau! Eh. Bunyi macam kurang ajar aje cik hati aku ni! "Hai!" berpusu-pusu tadi sudah

"Oooi mak kau jatuh!" Cepat-cepat aku tekup mulut. Kenapa itu yang harus terluncur dari bibir aku saat ini? Terkejut kerana disergah tanpa sebarang salam? Dia muncul secara tiba-tiba dari belakang aku. Malunya aku Jatuh semua saham yang laris di pasaran tadi apabil. dipandang lama oleh pengunjung di kafe. Punyalah akm

kontrol ayu dari tadi. Sekali datang mangkuk ni terus jadi macam ni. "Sorry, my bad," ucapnya lembut. Dia tayang muka

bersalah sebab buat aku melatah.

"Eh. Tak apa. Tak apa. Bukan salah awak pun."

"You ni Dhia, kan?" Dia bertanya pantas. Aku terpaksa pandang dia dengan teliti. Ragu-ragu juga. Dia ke orang yang aku tunggu sejak empat puluh lima minit yang lalu? Aku kerutkan dahi. Dia tu memang mat salih ke apa? Mat salih boleh cakap Melayu? Pandangan aku jatuh ke atas meja apabila keningnya terjongket melihat kebisuan aku.

"Errr... You ke?" Aku soal dia gugup. Dah mula gelabah tak bertempat. Memang aku gelabah apabila disapa oleh lelaki macam dia.

"Kalau you Dhia, I kut orang yang you tunggu tu. I tak nampak orang lain pun kat sini selain you," balasnya lembut. Dia toleh kiri dan kanan sebelum menghalakan pandangannya kepada aku semula.

"Ya kut."

"Nice to meet you." Dia hulurkan tangannya kepada aku. Aku termenung seketika sebelum sambut huluran tangannya. Terpaksa aku akui dia yang aku tunggu ni memang tergolong dalam lelaki kacak. Paling menarik hati anak matanya yang berwarna kelabu tu. Memang dia tidak menipu. Gambar yang dia berikan dahulu memang betul wajahnya. Tapi masalahnya sekarang bukan aku yang selalu berbual dengan dia akhir-akhir ni. Haruskah aku berterus terang dengan dia sekarang?

"You dah berapa hari kat sini?" soalnya ramah. Dia kemudiannya menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan aku. Tak betah betul aku untuk berhadapan dengan lelaki

extra kacak macam dia ni. Jantung aku suka buat kerja lebih masa. Pasti sekejap lagi aku akan tergagap-gagap. Ah. Menyesal betul kerana bersetuju untuk bertemu dengan dia.

"Dua hari," balas aku pendek. Aku selak rambut ke celah telinga. Janganlah aku terbuat perangai pelik depan dia ni. Makin menjadi-jadi pula gelabah aku ni apabila bertembung pandang dengan matanya. Setiap kali bertemu mata, terus jantung aku buat perangai. Huh. Senak dada aku apabila asyik kena tujah dengan jantung sendiri. Tiba-tiba saja aku terasa segan apabila bertemu dia dalam keadaan macam ni. Kalau tahu, mesti aku dah tepek sikit bedak atau lipstik kat bibir aku ni. Tak pun sarungkan pakaian yang cun sikit.

awal-awal."

jawabku dan ketawa kecil. Aku dah jadi tukang kelentong

nombor satu. Bukan dia tahu pun, kan? Holiday la sangat!

Tak ada sekelumit pun niat nak berjumpa dengan dia. Dia

tersenyum nipis dengan jawapan aku.

"Kenapa tak cakap dengan 1? Boleh kita jumpa "I datang nak holiday. Bukan nak jumpa you,"

"Alah. I boleh jadi tourist guide you apa," balasnya sambil tersenyum manis. Dah offer jadi pemandu pelancong pula? Haih. Memang spesies peramah ke atau ada udang di sebalik batu ni?

"Thanks, but no thanks. I datang dengan kawan kawan. Bukan seorang."

"So, I dapat juga jumpa you, kan? Memang hari bertuah I," ujarnya tenang. "Tak penting pun," jawabku bersahaja.

"Apa pula tak penting? I dah bayangkan macam macam tentang you."
Mendengar jawapannya buatkan aku terdongak lama memandang dia. Terasa gerun tiba-tiba. Dia dah bayangkan apa pula? Apalah Si Betty gedik tu bualkan dengan dia ni gamaknya? Aku rasa dia dah pandang aku semacam saja tu. Okey, Dhia. Memang kau patut terus-terang dengan dia sekarang siapa kau dan siapa Betty. Aku mahu buka mulut sebelum dia lebih pantas bersuara.

"I gurau aje Dhia. Jangan fikir-fikir bukan!" katanya kemudian ketawa besar. Mesti dia dapat tengok riak muka aku yang berubah seratus peratus. Kalau ditoreh pun aku kira tak keluar darah. Pucat lesi kut? Dia mesti dah menghidu kegugupan aku saat ini. Aku tersenyum kelat. Bergurau kepala atuk dia macam tu! Nervous aku dibuatnya.

"Chill Dhia. I main-main aje." Sekali lagi dia yakinkan aku. Sungguh-sungguh.

"Eh... I okey. Tak apa."

"Lama lagi you kat sini?" Dia menyoal lagi. Oh. Baru aku perasan. Hanya dia yang banyak bertanya soalan dan aku cuma menjawab sepatah dua. Kemudian senyum menahan rasa gugup. Sebab gadis pemalu dan gelabah macam aku eloknya diam-diam sahaja apabila bertemu dengan orang yang tak dikenali.

"Seminggu." Aku jawab sepatah.

"Lamanya you cuti. Kalaulah I boleh cuti lama macam you," rungutnya tiba-tiba. Seolah-olah aku dan dia dah kenal lama dan jadi kawan baik bertahun-tahun.

"Sibuk sangat sampai tak boleh cuti?" Aku bertanya hairan. Sibuk sangat ke kerja jadi doktor tu? Macam dia sorang saja yang jadi doktor kat hospital.

"Lebih kuranglah. Sekarang tak cukup doktor. Tak boleh nak cuti sesuka hati."

Aku mengangguk kepala mendengar jawapannya. Sebenarnya aku masih lagi tak percaya yang lelaki ni seorang doktor. Tak ada gaya pun. Kalau dia betul-betul doktor, memang malanglah nasib pesakit yang dirawat oleh doktor gatal macam dia. Tapi dia doktor kacak. Muka mat salih celup. Fuh! Mesti pesakit dia ni cepat sembuh kalau tengok wajahnya.

"Actually, kejap lagi I nak sambung duty. Ni pun I rushing datang sini. Boleh kita jumpa lagi malam nanti? Bagi nombor telefon you. Senang I nak contact."

Tidak tunggu lama aku sebutkan nombor telefon

bimbit milikku kepadanya. Eh. Kenapa mudah benar aku berikan? Takkan aku pun dah jadi gatal sama apabila melihat wajah kacak dia ni? Aduh. "Okey. Thanks. You oder apa yang you nak makan. I

bayarkan tapi I tak boleh temankan you. Malam nanti tak

apa." Dia bersungguh-sungguh.

"Tak mengapa. I faham." "Sorry. Got to go. See you tonight, okay?"

Aku anggukkan kepala. Anak mata memandang susuk tubuhnya hingga hilang dari mata. Lelaki tu... Lelaki yang aku tak sempat nak tanya nama, senang-senang saja aku berikan nombor telefon bimbit milikku kepadanya. Aku hanya tahu nickname dia. Kalau dia pernah beritahu pun aku dah tak ingat rasanya.

Kalau ditolak cerita-cerita di luar alam dia tu, aku kira dia memang lelaki yang serba lengkap pakejnya. Selama aku chatting dengan dia pun tak pernah sekali dia ajak bercakap pasal tu. Awal-awal lagi aku dah bagi amaran kepada dia. Minda aku sempit. Tak berfikiran terbuka macam

yang...hurm... malas aku nak cakap! Yang aku tahu, aku smash dia cukup-cukup! Aku lekapkan seketika tanganku pada dada. Masih

lagi pantas jantung ni menghentak dada. Kenapa over react

sangat jantung aku hari ni? Melampau betul! Macamlah tak

pernah tengok lelaki kacak macam dia? Tapi dia ekstra kacak!

MALAMNYA seperti yang dijanjikan dia sudah menunggu aku di hadapan hotel. Ada debar yang memuncak di dalam dada. Kenapa agaknya, ya? Kalau nak difikirkan ini bukan kali pertama aku keluar dengan lelaki. Nak bersiap tadi pun satu hal juga. Habis satu beg pakaian aku selongkar. Padahal bukan ada pakaian yang gempak-gempak pun aku angkut ke mari. Pakaian kerja tu banyaklah. Haish. Beria-ia benar.

"You nak bawa I pergi mana ni?" tanyaku sambil menarik tali pinggang keselamatan. Sempat aku jeling dia sekilas. Dia kelihatan santai dengan jean dan baju T Polo warna merah. Bertambah-tambah kacak pula aku tengok. "Ganti balik lunch tadi. Kita pergi makan."

"Errr. I nak panggil you apa, ek? I tak tau nama you pun," tanyaku kepadanya. Dia toleh aku sekilas sebelum menghamburkan tawanya. Dahi aku berkerut seribu. Kelakar ke soalan aku tu? Aku tanya nama dia saja pun. Tak ada pun aku buat lawak antarabangsa.

"I ada beritahu you dulu. Dah lupa?" jawabnya lepas habis ketawa. Aku mengerutkan kening. Betul ke? Ak pandang wajahnya. Rasa bersalah. Aku tak ingat pun... "Ada ke? I tak perasan. Sorry," jawabku gugup. Aku

memang tak beri perhatian pun pada perbualan kami selama ini. Tiada sebab untuk aku buat begitu. Beri perhatian pun buang masa. Bukannya aku boleh tahu sama ada dia bercakap benar atau tidak. Maklumlah. Chatting di alam maya. Kau boleh kelentong orang dengan mudah. Bermodalkan manis mulut dan tak payah susah-susah pasang umpan yang lain asal pandai mengayat! Kalau tidak, tak akan ramai anak-anak dara sampailah ke mak cik-mak cik yang terpedaya dengan kasanova di alam maya. Sampai tergadai bodi dan terjerat diri hingga berhabis wang ringgit dan segala. Berlambak kisah macam ni dalam surat khabar.

"Nama I Naufal."

Oh, Naufal. Sedap namanya. Nampak tak kena dengan dia. Naufal tu kan sesuai untuk orang baik-baik saja kut. Eh. Pandailah kau Dhia, nak nilai perangai orang. Kau tu baik sangat ke? Sesuai apa dengan dia nama tu? Doktor Naufal. Kan sedap bunyinya. Aku mengangguk tiba-tiba.

"Nama you memang Dhia?"

mematikan lamunan aku.

Pertanyaan dia

"Nama pendek."

"Apa nama penuh you?"

"Nur Sarah Nadya."

"Cantik nama you. Sesuai dengan you." Dia memuji. Aku tersenyum nipis. Pujian biasa-biasa saja, Dhia. Jangan nak perasan lebih-lebih. Macam tak pernah dapat puji!

"So I nak panggil you apa? Dhia? Sarah?" Naufal bertanya lagi.

"Sarah. Semua orang panggil I Sarah."

"Kalau macam tu I panggil you Dhia. I tak nak

sama dengan semua orang. Boleh, kan? Lagipun I dah biasa panggil you Dhia," jawab Naufal dengan senyuman manis di bibir. Aku kaget seketika. Dia sedang mengayat aku ke apa ni? Aku anggukkan kepala dan tersenyum nipis kepada dia.

"So, bila you nak kahwin? Tengah tunggu prince charming you lagi?"

Tidak aku duga soalan itu yang keluar daripada mulutnya. Aku tersengih. Dia ingat lagi pasal cerita dongeng aku tu? Prince charming kepala otak akulah. Dia percaya betul-betul rupa-rupanya

"Yup. Tengah tunggu prince charming I datang cari

I."

"Hurm... I tak boleh sebab I tak perfect untuk jadi prince charming you," komennya tiba-tiba. Aku ketawa sinis. Bila masa pula aku offer dia untuk jadi suami aku ni? Masuk senarai calon pun tak lepas, kut. Eh. Tolonglah. Kalau setakat muka kacak tapi perangai macam dia buat apa? Awal-awal lagi dah masuk dalam senarai hitam.

"You nak bawa I ke mana ni?"

"Tempat spesial," jawab Naufal ringkas. Dia senyum dan aku turut senyum. Dalam hati berbakul-bakul rasa sesal sebab terlebih senyum kepada dia. Entah apa dia fikirkan apabila tengok senyum aku yang terlebih. Tapi kenapa senyum dia lain macam benar? Hurm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience