Rate

BAB 1 - PARANOID

True Story Series 715

Alim adalah seorang yang professional dan lepasan Universiti. Satu hari dia bertemu dengan seorang perempuan yang mempelawa dia untuk menyertai satu pelaburan yang sah. Sepanjang urusan itu memerlukan dokumen peribadi untuk kegunaan bank. Alim seorang yang kuat curiga dan bersangka buruk pada orang lain lagi-lagi orang itu kelulusan SPM, Sijil atau Diploma. Rezeki luar biasa adalah dimiliki oleh orang yang Allah pilih. Bukan terletak pada kelulusannya. Setiap orang yang belajar tinggi supaya senang mendapatkan pekerjaan dan makan gaji. Ada sahaja sekolah tak tinggi tapi kaya. Meskipun berpelajaran tinggi Alim tidak faham urusan sah melibatkan undang-undang dari segi pengurusan dokumen dan sebagainya. Dia menolak pelawaan perempuan itu dengan BONGKAK malah menghina perempuan itu. Selepas 6 bulan dari peristiwa itu, Alim terserempak dengan perempuan yang dihinanya itu. Perempuan itu bersama 5 orang pengawal peribadinya dan turun di Pusat membeli belah dari sebuah kereta mewah sambil diiringi oleh kereta pengiring. Alim terasa sesal kerana curiga kepada perempuan itu. Itu bermaksud bukan rezeki Alim.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience