Rate

1

Fantasy Series 2319

" Aku terima nikahnya Asyi Dawona binti Afzan Abdullah dengan Mas kahwin sebanyak RM250.00 tunai " Selepas melafazkan akad nikah dan disambut dengan sah oleh para saksi majlis tersebut .

Kini Alvin atau nama islamnya Hilman telah sah menjadi suami kepada Asyi .

Walaupun hidup mereka bagaikan sebuah pohon yang baru mengenal matahari dan bulan purnama , tidak menjadi penghalang bagi Alvin untuk memenangi hati gadis yang kini bergelar isterinya .

" Sayang ? , kenapa masih kat luar ni . Sejuklah . " Alvin cuba melentokkan kepala di bahu si isteri . Kelihatan perbuatan manisnya itu hanya mengundang gusar buat si isteri .

Timbul rasa hiba dan kurang selesa bagi Asyi apabila Alvin bertindak manja sebegitu . Dia tidak melawan mahupun menghalang . Alvin kini menjadi suaminya yang sah .

" Kenapa ni sayang .. "

Alvin cuba menangkap anak mata Asyi yang sering kali di sorokkan dari mata tajam Alvin . Terigin sekali melihat anak mata isterinya yang selama ini hanya menjadi buah cerita si ibu .

Tidak hanya itu , Alvin cuba menyilangkan hidungnya yang mancung pada hidung si isteri . Tanpa diduga Asyi menolak kasar bahu Alvin membuatkan Alvin berkecil hati dan menapak masuk ke dalam bilik .

Kejadian itu benar benar membuatkan Alvin tersentak dan kecewa . Niatnya hanya ingin melembutkan hati si isteri malah duri berbucukan kaca .

" Sayang tidurlah dulu . Abang nak baca buku jap"
Beberapa bait ayat yang diluah Alvin . Malam pertama mereka tak seindah yang diimpikan . Penuh dengan Kedinginan juga tiada aroma kasih sayang . Alvin redha . Dia tidak mahu memaksa Asyi walaupun pelukkan dari si isteri yang halal lah selama ini menjadi impiannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience