Rate

3

Drama Series 1033

Sesi pembelajaran di kelas 5 Arif terganggu dek ketukan bertalu talu oleh pengawas Yang lebih dikenali sebagai Tina a.k.a ahli membawang. Semua pelajar tertumpu ke arah Tina.
"Assalamualaikum cikgu, pengetua nak jumpa dengan elly, mira, deeja, siti, nad dan ein"kata tina.
"Oh ha group kristal dipersilakan menghadap baginda Sultan Masdoll" kata Encik Rahmat disambut hilaian tawa para pelajar kelas 5 Arif. Okayla kalau hampa semua nak tahu nama pengetua kitorang ni unik sikit ala. Tuan Masdol Talib hmm sejak ada kumpulan masdol ni tuan pengetua kami ni makin hari makin femes kebetulan gaya dia pon serupa orang Lama alaa ala P ramlee dulu tu.
Group kristal hanya memandang kosong apabila nama mereka dipanggil. Dah berpuluh kali nama depa dipanggil oleh pengetua. Mereka bangun mengikuti si tina a.k.a kepala jendul dengan langkah longlai.
"Weh apa lagi doo salah kita? Aku takut laaa" kata siti dengan mimik muka Yang penuh kerisauan.
"Kau lek je ni mesti ada sesiapa tukang bawa cerita tah pape haishhh nak mati agaknya"marahh deeja. Mereka tiba di bilik pengetua dengan ketukan pintu Yang lemah.
" Sila masukkk" arah Encik masdol sambil memandang ke arah pintu.
" Okay awak semua duduk dekat sofa tu" kata Encik Masdol sambil menunjukkan ke arah sofa biru Yang dihiasi bunga bunga kecil. Kelas kau! Kumpulan kristal hanya menurut perintah diberi.
"Okay tujuan saya panggil awak semua ni saya nk bagi tugasan! Saya nk awak jadi pengintip atau lebih sedap disebut mata mata pihak sekolah, awak sanggup ke idok? tanya Encik Masdol sambil membetulkan bingkai mata nya Yang sikit melurut ke hidungnya Yang tk berapa nak mancung tu heheh. Kumpulan Kristal terkejut dengan permintaan pengetua mereka.
" Kenapa kitorg cikgu?"tanya siti kehairanan
"Kenapa ya, dari segi rekod Yang kamu cipta di sekolah ni bukanla satu Yang membanggakan dengan masalah disiplin kamu, tapi cikgu yakin awak boleh jalankan misi ni. Cikgu tengok sejak dua menjak ni awak semua banyak berubah, takda lagi rekod datang lambat, gaduh, tidur dalam kelas hmm"kata Encik masdoll sambil tersenyum manis? hm takdala manis mana, tawar adala hehehe. Kumpulan kristal tersenyum bangga.
" Well cikguu, kami taknakla riak takbur pulak, cikgu pon boleh nampakkan kitorang berubah"kata si siti dengan hidung kembang kempis. Bangga sangat hakak oi. 'fuh lega aku, ingat apa la tadi'-kata hati si siti sambil terbayang muka daddy nya .
"Cikgu nak kitorang buat apa?,kitorang takda pengalaman la bab ni, setakat belasah budak, kami tahula"kata ein dengan senyum Yang menyeramkan. Bukan boleh bawa bincang si ein ni bab belasah orang nombor satu.
"Eh bukan belasah orang, saya nak awak siasat dalang atau pelajar Yang menjadi ketua seludup rokok ke sekolah kita. Saya tengok kes merokok dalam kalangan pelajar kita makin menjadii. Baru baru ni saya baru jumpa kotak rokok dekat toilet lelaki. Saya harap awak semua dapat bantu saya" kata Encik Masdol.
"Hm, berat masalah ni cikguu, kalau cikgu bagi kami tempoh nk pikirkan dulu boleh tak cikgu?" tanya siti sambil diikuti anggukan Yang lain.
"Hm kalau begitu cikgu bagi tempoh kamu sampai esok pagi, perkara ni tk boleh bawa remeh, dan lagi satu deeja saya nak esok pagi arahkan semua pengawas berkumpul di bilik gerakan pengawas lepas perhimpunan!" arah Encik Masdol.
"Baik cikgguuu!"jawab deeja semangat. Maklumla penolong pengawas berwibawa? buat buat je hahahaha.
"Hm kalau begitu awak semua boleh balik ke kelas, esok pagi jangan lupa ya! "
"Baik cikguuu!" jawab keenam enam pelajar tersebut lalu menuju ke kelas tercinta huehueh.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience