BAB 3

Drama Completed 725

Aku? Aku jenis yang tidak berahsia terutamanya dengan emak dan ayah. Apabila aku bercinta dengan seseorang, aku akan beritahu mereka tanpa berselindung.

“Mak, adik suka dengan seseorang ni...” kata-kata aku terhenti. Ayah yang ketika itu sedang membaca surat khabar, terhenti. Dia memandang aku.

“Kalau macam tu, bawa dia berjumpa dengan mak dan ayah,” kata mak. Aku memang gembira. Begitulah adat keluarga aku. Abang dan kakak aku pun mengikut adat ini tanpa bantahan.

Aku dan Bazli berjumpa lagi. Aku gembira emak dan ayah sudi untuk berjumpa dengan kekasih aku. Kerana terlalu gembira, aku dan dia berjumpa di hotel dan kami berdua-duaan dalam bilik hotel itu.

Dia mencium wajahku. Aku pula merelakan segalanya. Baru sahaja kami hanyut sepuluh minit dengan kucupan, telefon bimbit aku berbunyi. Ayah telefon aku. YA ALLAH! Saat itu barulah aku tersedar akan keterlanjuran aku dengannya adalah dosa. Dosa yang amat besar.

Aku menjawab panggilan itu.

“Adik kat mana ni?”

“Adik... Adik kat rumah kawan ni?” Bohong aku. Air mataku ingin mengalir. Seumur hidup aku, tidak pernah lagi aku menipu dengan ayah dan emak.

“Jangan balik lewat sangat. Nanti ayah risau. Jaga diri tau. Aurat tu jaga. Sejak adik pulang hari tu, ayah nampak adik suka pakai pakaian yang ketat-ketat. Ayah tak ajar tu.” Pesan ayah. Makin tergamam aku mendengar pesan ayah.

“Baiklah ayah!” Aku tersentuh dengan keprihatinan ayah terhadap perubahan penampilan aku. Setelah talian tamat. Aku minta diri untuk pulang sahaja.

Dia memujuk aku tetapi wajah emak dan ayah buat aku bertegas dengan diri. Mujur aku dan dia tidak terlanjur yang menyebabkan mengandung. Akhirnya aku pulang ke kolej.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience