BAB 1 [Bad Day]

Romance Series 2832

"Kau nak apa lagi? "soal Nur Hanny Dania dengan penuh rasa geram. "Kau dah janji kat aku. Kalau aku terserempak dengan kau lagi, kau akan kahwin dengan aku."Ammar melihat mata Hanny dengan khusyuk tanpa satu kerdipan. "Yes, for sure. Aku tak suka dicabar oleh lelaki or perempuan. Do you want to know something? Aku harap kita tak akan berjumpa. " Hanny berlalu pergi tanpa mengendahkan Ammar.

***
Hanny merebahkan badannya ke atas katil yang bersaiz king. Hanny menepuk dahinya lalu memaki diri sendiri. "Hanny! Kenapa kau bodoh tahap tinggi ni? Kot kalau tiba² kau terserempak dengan dia lagi macam mana? Kau tu baru je 20 tahun. Muda lagi. Memang patutlah kau ni digelar gila dekat sekolah menengah dulu. "Tiba² kakak Hanny, Jannah masuk kedalam bilik Hanny. "Hanny, kau ni kenapa? Aku tengok dari kau masuk rumah tadi kau macam stres je. ABC ke?".

"Kak Jannah, kau nak tahu something tak?"Hanny terus duduk di sebelah kakaknya di atas katil. "Apa? Aku nak tahu jugak masalah adik aku ni. "Jannah menepuk bahu adiknya perlahan. Hanny menceritakan segalanya kepada kakaknya yang paling dipercayai seumur hidupnya.

#FLASHBACK

"Kau ni buta ke!? Mata letak mana? Tiba² masuk selekoh orang. Minta pelempang ke apa ni!? "Hanny membersihkan mukanya yang terkena aiskrim coklat menggunakan tisu basah. Mujur ada tisu basah dalam poket doraemonnya itu. "Maafkan saya. Saya tak sengaja. " Dia menghulurkan tangannya untuk menarik Hanny yang telah terjatuh . Hanny menepis tangan Ammar dan bangun sendiri.

"Masih berlagak ,eh? "

"Aku malas nak berbaik dengan kau. "Hanny berlalu pergi dengan wajah yang geram.

SECOND DAY**

"Eh, perempuan! Kau ni buta ke? "

"Encik, sorry. Saya akan buat apa saja untuk pulihkan keadaan. "Hanny lantas memandang ke arah pemilik badan yang baru sahaja dilanggarnya. "Kau!? "Hanny amat terkejut kerana lelaki itu merupakan lelaki yang melanggarnya semalam. "Jodoh tu memang tak kemana ,kan? "Ammar merenung mata Hanny tanpa berkedip. Muka Hanny mula memerah. Malunya! "Kenapa kau pandang aku macam tu? "

"Aku nak buat taruhan. "Ammar melihat tubuh badan Hanny dengan mata yang liar

#ENDFLASHBACK

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience