Rate

My super hero ?

Other Series 775

Bila umur aku menginjak 1 tahun lebih, penyakit ayah semakin teruk dan meninggal dunia pada tahun itu juga..

Waktu itu aku masih kecil mana lah tahu yang sedang dikafan itu ayah aku sendiri, mak cakap aku siap boleh berlari lari bermain dengan penuh keriangan dikala hari perkebumian sang ayah.

Bila aku dah menginjak 5 tahun aku semakin mengerti tentang kekurangan insan dalam sesebuah kehidupan. Hanya punya ibu yang sentiasa melengkapi segala keperluan ...

Dari kecil aku diajar untuk berdikari dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri.. Bayangkan sejak aku 6 tahun aku sentiasa pulang dari sekolah sendiri memandangkan pra sekolah berdekatan dengan rumah aku tapi tidak la terlalu dekat.. Dulu masa di kampung tak bahaya kalau budak2 balik sekolah sendiri.. Sekarang ini, jangankan budak2, orang tua pon bahaya kalau jalan sorang2 .. hehe

Aku masih ingat lagi dulu dekat belakang rumah aku ada satu kandang lembu so aku memang balik ikut situ sebab lebih dekat.. Ada hari tuan punya lembu lepas lembu nak bagi makan rumput dan masatu aku balik dari sekolah then masa aku jalan tu ada seekor lembu tu macam tenung aku then aku takut terus berhenti berjalan dan menangis dekat tengah jalan kononnya takut lembu tu makan aku la sedangkan dia tengah rilek ja ragut rumput adoii...

Dulu aku selalu kuat cemburu bukan sebab cinta tapi cemburu bila tengok orang lain ada ayah, bila kawan lupa bawa duit, ayah mereka akan datang sekolah untuk hantar duit.. Bila pergi sekolah jalan kaki seorang diri tapi selalu tengok ayah kawan2 hantar mereka pergi sekolah tak kisah la naik motosikal ka kereta then akan salam dengan ayah mereka .. hm cemburu sebab tak pernah dapat salam ayah sebelum pergi ke sekolah.. Memang benda kecil tapi sungguh diri ini sangat merasakan kehilangan seorang ayah..

Dan yang masih terpahat dan menjadi parut yang
paling dalam ialah peristiwa masa aku darjah 3.. Aku masih ingat masa aku darjah 3 aku turun kelas ke kelas nombor 2.. Dulu aku kan kelas pertama so kebanyakkan budak kelas no2 ni memang kebanyakkan tak suka kelas pertama sebab kata mereka pelajar kelas no1 banyak belagak dan sombong mungkin benar tapi segelintir sahaja ... Dan salah seorang pelajar dari kelas no2 ni memang benci sangat dengan kawan baik aku dan secara tidak langsung aku sekali menerima tempiasnya.. Aku ingat lagi, pada hari pertama aku memasuki kelas no2 ramai orang memandang sinis seolah tidak suka namun ku biarkan sahaja...

Namun selepas selesai sahaja PDP pada masa kedua, tempat aku yang terletak di belakang sekali menjadi tumpuan kerana ramai dari pelajar kelas itu menggerumi aku dan terus melemparkan kata kata cerca dan hinaan kepada aku.. Yang masih aku ingat ada seorang tu cakap ni la yang kawan dengan budak sombong tu mai dari kelas pandai n blablabla .. Aku agak terpinga kerana aku tidak semenanya menerima cercaan tersebut... Macam macam mereka menghina aku sampai la satu saat tu aku tidak tahan lalu aku menekup wajah dan memandang ke bawah meja dan menangis semahunya...

Ada terdengar suara yang mengatakan sudah la wei kesian dekat dia.. Itu pun dalam nada yang perlahan dek kerana takut di tentang seluruh kelas.. Yang paling membuat hati aku remuk bila ada seorang pelajar dari kelas itu berkata hang ni tak padan dengan anak yatim!

Subhanallah perlukah kalian mengatakan sedemikian sungguh masa itu aku telah berdoa yang aku takkan sesekali memaafkan kalian kerana jika kalian menghina gelaran aku sebagai anak yatim itu sama sahaja kalian menghina arwah ayahku..

Demi Allah aku tidak akan memaafkan kalian. Dan mereka telah mengugut aku untuk berhenti berkawan dengan sahabat aku jika tidak mahu terus dibuli dengan mereka.. Jadi aku terpaksa berhenti berkawan dengan sahabat aku kerana aku tidak tahan untuk terus dicerca.

Persahabatan aku dengan kawan baik aku
telah retak selama setahun. Sungguh apa salah aku sehingga kalian tergamak membuli aku.. Sedangkan masa itu masing2 hanya darjah 3 tidak dapat membayangkan apa yg akan jd dengan kalian bila besar nanti.

Namun setahun telah pantas berlalu, sepanjang aku dikelas itu, prestasi pelajaran aku semakin baik dan sentiasa memperoleh nombor 1 dalam kelas dan disebabkan itu ramai pelajar dari kelas itu tergedik-gedik nak berkawan dengan aku.. Dan hidup aku kembali aman dan tidak dibuli lagi..

Pada tahun berikutnya aku telah naik kelas ke kelas nombor 1 semula dan aku tidak turun kelas lagi sehingga darjah 6 alhamdulillah selamat tinggal kelas neraka.. Dan persahabatan aku kembali memutik..

Wahai pembaca sekalian hargailah ayah anda selagi dia masih di depan mata kalian.. Aku tak sempat nak merasai kasih sayang seorang ayah apatah lagi memanggil panggilan ayah. Teringin sangat.. Biarpun sekarang aku dah semakin membesar aku tetap ingin memanggil ayah biarpun ayah tidak menyahut kembali... Tidak pernah sesekali ayah memunculkan diri di dalam mimpi untuk mengubati kerinduan ini.. Tapi aku tahu yang Ayah tahu anak dia yang bongsu ni selalu merinduinya... Hanya punya foto ayah untuk dibuat tatapan tanpa foto2 itu mungkin wajah ayah pun aku tidak dapat bayangkan...

Tahun ini seramai 3 orang rakan sekelas aku telah kematian ayah mereka sungguh ajal sentiasa menghampiri kita... Namun kita masih lalai dengan hal dunia sehingga melupakan persiapan untuk akhirat.. Sekejap tersedar sekejap terleka begitu rutin harian sehingga ke hari ini...

Al Fatihah untuk ahli keluarga dan saudara seislam kita.. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Tuhan berilah aku ketenangan.

sekian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience