Cuti sudah berakhir bermaksud alam persekolahan sudah menjelma."morning guyss"laung raihanna pada rakan sekelasnya.
"morning princess nur raihanna kaisya"sambut rakan sekelasnya.
Erry terus mengambil tempat dan duduk disebelah raihanna."wey minah ,nak tanye nie kau rase kan cikgu izzat tu handsome tak?aku bukan ape ramai dah pelajar perempuan yang dah gila bayang dengan dia"luah erry.
"asal kau pun berminat ke dengan dia?entah aku rasa biasa je dia tu"kata raihanna.
"banyak lah kau punya berminat,aku masih lelaki tulen ea kau jangan nak macam macam aku debik kang"kata erry dengan nada yang sengaja diseriouskan.
"lekk arhh aku saje je ,ermm wey nanti rehat makan dengan aku ea"kata raihanna.
"no problem,tapi pelik tak pernah kau ajak lelaki teman kau makan ke kau dah terpikat dengan aku"kata erry sengaja dia mahu mengusik wanita itu walaupun dia tahu ape jawapan yang akan diterima dari mulut comel itu.
"agak agak bila kali terakhir kau kena penampar ?"kata raihanna dengan muka yang serious.
"alah gurau je relax lah "kata erry.
"eleh kau aku baru serius sikit dah menggelabah"kata raihanna dan disambut dengan ketawa erry.
"erry aku nak gi toilet jap memandangkan cikgu takde nie lagisatu jangan lupa nanti makan dengan aku"pesan raihanna.
"yess madam"kata erry.Raihanna terus sahaja keluar kelas dan terus menuju ke tandas.
Tiba tiba "dushh" raihanna terus terduduk "Again!!malang nye nasib aku"bisik raihanna dalam hati."Maaf saya tak sengaja"kata mereka serentak.Mereka? of course lah raihanna dengan izzat sape lagi.
Raihanna menolong izzat mengutip buku izzat yang telah berterabur tiba tiba dia terasa seperti terkena kejutan elektrik apabila izzat tidak sengaja terpegang tangan raihanna.Mata meraka bertaut manakala getaran jantung mereka jangan cakap lah dah macam marathon sehingga lah raihanna menarik tangannya semula.
Izzat terus tersedar "maaf sekali lagi saya tak sengaja"kata izzat.
"Takpe lah lagi sekali saya minta maaf sebab telanggar cikgu"kata raihanna dan dia terus berlalu pergi.
"sekejap raihanna saya nak tanya awak masih marahkan saya?"kata izzat.
"tak"jawab raihanna sepatah.
"habistu kenapa bahasa awak dah lain bila dengan saya"soal izzat.
"maaf cikgu sebab selama nie saya berkasar dengan cikgu lagi satu nie sekolah jadi saya kena ikut peraturan sekolah lepasnie cikgu jangan risau sebab saya tak kan biadap lagi dengan cikgu saya minta diri dulu"kata raihanna dan terus mempercepatkan langkahnya.
"whatt!!dia blah macam tu je?nie mesti pasal kejadian malam tu "keluh izzat.
Raihanna terus masuk kelas ternyata dia sudah terlambat 15 minit sebab pegi tandas dan ade drama tadi."maaf cikgu saya terlambat"kata raihanna pada izzat.
"sokey,awak boleh duduk sekarang tapi denda awak lambat awak kena kutip kerja sekola pelajar lain dan hantar di bilik saya"arah izzat.
"hishh nie mesti dia nak soal aku lagi nie"bisik hati raihanna."boleh cikgu tapi saya pegi dengan erry ea?"kata raihanna.
"semenjak bila pulak awak nie cacat sampai kena 2,3 orang ikut awak"kata izzat.
"yelah saya pergi sorang"kata raihanna.
Raihanna terus mengambil tempat disebelah erry."Raihanna nie ade orang bagi kau bunga"kata erry sambil menghulurkan sejambak bunga kepada raihanna.
"tima kasih"kata raihanna.
"para pelajar sekalian awak ingat saya nie tunggul ke kat depan?rasenyer tak perlu kot nak buat drama percintaan kat dalam kelas saya"perli izzat.
"asal doh cg izzat macam badmood je?" tanya erry.
"mane lah aku tahu maybe dia period kot"kata raihanna sambil ketawa."maybe lah"sambung erry dan ketawanya bersatu dengan tawa raihanna.
"Muhammad Erry Rayqal macam best je cerita awak tu boleh sharekan kat pelajar lain?baru lah yang lain pun boleh tumpang bahagia macam awak berdua"kata izzat.sebenarnya sakit jugak hati dia bila dengar suara raihanna ketawa dengan lelaki lain.
"takde pape cikgu"kata erry dengan gelabah mane tak gelabahnye bila name penuh dia kena panggil.
"yang awak duduk sebelah raihanna nie kenapa?tempat awak mane?"kata izzat.Sebenarnya dia terasa tercabar sangat dengan sikap raihanna harini.
"mila tak datang cikgu jadi saya temankan lah raihanna"kata erry.
"oh kalau mila tak datang awak boleh lah sesuka hati duduk sebelah raihanna?saya bukan ape awak tahukan hukum bile duduk berdua duaan dengan yang bukan mahram dan peraturan sekolah,saya tak tujukan pada awak sahaja yg lain pun kena ingat jugak,kalau dah gatal sangat gi kahwin"kata izzat sambil merenung tajam ke arah raihanna yang buat muka menyampah kata kata izat sedas terkena pada dirinya.
"wey aku rase cikgu ade hati kat kau lah tu yang dia jeles aku rapat dengan kau"luah erry.
"merapu merepek meraban aku tampar muka kau kang"kata raihanna dengan menghadiahkan jelingan yang tajam kepada erry,yelah dia yg kena tegur dengan izzat tetiba nama aku pulak naik.
"nur raihanna kaisya saya rasa dah boleh kot awak kutip buku pelajar lain sebab masa saya dah habis dah nie"kata izzat.
"baik cikgu"kata raihanna.
Dia melangkah keluar bersama izzat dan setibanya di dalam bilik guru yg menempatkan meja izzat raihanna terus meletakkan buku tersebut."nie cikgu saya letak kat sini"kata raihanna dan ingin melangkah keluar dari bilik izzat.
"sekejap,awak masih marah kan saye ke raihanna saya betul betul tak sengaja"luah izzat.
"maaf cikgu saya dah lupakan pasal tu dan saya pun dah maafkan cikgu"kata raihanna.
"habistu kenape awak mengelak dari saya?"tanya izzat.
"maaf cikgu bukan saya nak mengelak daripada cikgu tapi saya dah lupakan pasal tu dan saya dah sedar yang saya nie hanyalah pelajar ,saya harap cikgu faham"kata raihanna dan terus berlalu pergi .
"arghhh"jerit izzat dalam bilikya. relaxlah takde sape boleh dengar pun sebb bilik dia kedap bunyi.
Izzat keluar dari biliknya dan menuju ke kantin alangkah sakitnya hati dia melihat raihanna sedang gelak sakan dengan erry dikantin mereka pula duduk secara berhadapan.Izzat terus membeli makanan dan dengan segera dia menghabiskan makanan kemudian dia terus berlalu pergi sadis rasenye kehidupannya ketika ini bila dia melihat raihanna berjalan berdua duaan dengan erry.
"raihanna bagi balik surat tu"kata erry.
"tak nak kalau nak ambik lah"kata raihanna sambil mengacah acah erry daripada mendapatkan surat itu.
"kau jangan main main raihanna aku peluk kau nanti menyesal tak sudah"ugut erry.
"berani peluk lah"cabar raihanna.
"kau nie kan memang nak kena tunggu kau"kata erry sambil mencuba mendapatkan surat itu kembali.
Tiba tiba"awak nie dah kenapa erry awak ingat sekolah nie untuk awak buat drama percintaan awak ke?kalau dah gatal sangat pegi je kahwin dah tak payah belajar lagi"kata izzat dengan nada yang tegas.ketika ini izzat berasa sangat baran dicampur dengan perasaan cemburu nya.
Erry terdiam seketika"ermm maaf cikgu"kata erry dan berlalu pergi tinggallah raihanna berdua duaan dengan izzat.
"saya minta diri dulu cikgu izzat raihan "kata raihanna dan ingin berlalu pergi tetiba raihanna terdengar namanya dipanggil.
"waitt,nur raihanna kaisya binti dato jamal baru saya tahu perangai awak yang sebenar ermm tak sangka orang yang saya fikir boleh jaga batas pergaulan dia akhirnya boleh jadi macamtu"sindir izzat.
"cikgu saya tak nak berkurang ajar dengan cikgu jadi saya minta diri dulu maaf" kata raihanna.
"kalau dah perempuan memang macam tu tergedik gedik mengada pantang nampak jantan"perli izzat.'pang' dia merasa cukup pedih dipipinya.
"saya dah cakap cikgu saya tak nak kurang ajar dengan cikgu tapi nak buat macam mane cikgu yang nak saya kurang ajar dengan cikgu,lagi sekali tak perlu kot nak menyibuk hal saya,saya tahu jaga batas pergaulan saya ,apa yang cikgu nampak tak sama dengan apa yang cikgu fikirkan,saya minta maaf lagi sekali dan terima kasih atas nasihat cikgu tu lepasnie saya kan cuba elakkan daripada bergurau macam tadi supaya tak ade org yang tak iri hati,oh lupa cikgu punya cadangan tadi mcm menarik je nanti saya bincang dengan erry bila nak suruh dia datang ke rumah saya dan masuk meminang saya bukan ape tak nak lah dengar orang buat fitnah je pastu tuduh melulu"sindir raihanna dan terus berlalu pergi.
Izzat terdiam dan tetiba sahaja air matanya mengalir.Di sebalik dinding yang berhampiran ade seorang wanita yang sedang memerhatikan keadaan izzat ketika itu.siapa?of course lah raihanna.
"maaf aku dah tak boleh teruskan nie semua,makin lama aku kat sini makin banyak kali dia terasa dengan kata kata aku, tapi kenape dia menangis? tapi perlu ke dia menangis kata aku tak lah teruk sangat"keluh raihanna dan terus menuju ke kelas.
"weyy kau pegi mane doh aku cari kau tapi tak jumpa"kata erry.
"oh aku gi toilet tadi"tipu raihanna.
"wey kau perasaan tak cikgu izzat tu macam tak suka je aku rapat dengan kau"luah erry.
"entah mane lah aku tahu ,motif dia tak suka kau rapat dengan aku?"soal raihanna.
"of courselah dia jeles sebab kau rapat dengan aku je pastu kalau kau perasan first time dia masuk sini dan ajar kita dia perhatikan je kau,tak kan kau tak perasan"kata erry.
"merepek lah kau nie"kata raihanna.
"ok kalau betul dia ade perasaan kat kau macamane?ape kau nak buat?"soal erry.
Aduhh soalan nie lah yang aku elakkan selama ni getus hati raihanna."aku malas nak ambik tahu,lagisatu kau bangkitkan lagi soalan nie memang aku debik kau"kata raihanna.
"yelah yelah tapi kau kena ingat kalau kau rase nak jatuh cinta dekat someone ke ape ke bagitahu aku ,aku sedia menjadi kau punya pakar motivasi,bukan ape aku rase dah lebih 10 kali kot kau reject aku, lah nie aku dah putus asa so ape salahnyer aku nak kau anggap aku kawan yang berjasa sikit kat kau,tapi kau jangan salah faham sebb perasaan aku pada kau pun dah pupus sebab kena reject berkali jatuh jugak lah maruah aku nie nasib baik jugak kau terima aku sebagai kawan"luah erry.
"engkau nie kuat drama lah erry"kata raihanna.
"wey plan hujung minggu nie kau nak buat ape?"tanya erry kepada raihanna.
"jogging kat taman yang dekat perumahan tu lah"kata raihanna.
"aku join boleh?"kata erry mendapat. kepastian.
"no hal bro"kata raihanna.
Share this novel