Rate

Bab 1

Family Series 2632

Arlisa menanggalkan apron yang dipakainya .Kemudian, dia menyidai kain buruk yang digunakan untuk mengelap meja di dapur kedai kek tersebut .Sebelum melangkah keluar dari kedai kek yang menjadi tempat kerjanya hampir 2 bulan yang lalu,dia sempat melayang-layangkan gincu pada bibir mungkilnya.
Pintu dikuak dan dia meninggalkan kedai tersebut.Syifnya sampai pukul 4 petang sahaja.Manakala yang selebihnya akan disambung oleh Nida,rakan baiknya.
Beginilah rutin seharian Arlisa.Bekerja di Kedai Kek Crown Pastries seawal jam 8 pagi hingga 4 petang .Masa selebihnya akan digunakan untuk berjumpa si jantung hati yang bernama Kamal.Kadangkala dia akan terus pulang ke rumah jika tiada temu janji bersama Kamal.
Di rumah dia tinggal bersama Mak Cik Sue.Ibu bapanya sudah lama meninggal akibat kemalangan semasa dia dan kakaknya berumur 5 tahun.
Kakak?Ya,dia punya seorang kakak.Kakak kembar.Wajah mereka hampir 99.9 peratus sama.Cuma yang membezakan mereka ialah sikap masing-masing.Arlisa ialah gadis yang sedikit lembut berbanding Arissa yang kasar tingkah lakunya.Namun, hampir 2 tahun mereka tidak berjumpa.Entah ke mana kakaknya itu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience