DIA HANTU?

Mystery & Detective Series 593

Seminggu sudah berlalu sejak Riana datang ke kedai aku. Aku tertanya tanya bagaimana hidup dia sekarang.


~MINGGU LALU~

Maknanya yang datang kedai awak semalam tu entah entah Riana. Kata Adib. Mungkin juga.Jawab aku sayu. Kenapa ni Raihana awak tak sihat ke? Tanya Adib. Tidaklah, saya okey.


~DI SEKOLAH~

Murid murid cikgu nak kenalkan pelajar baharu boleh tak tolong diam sekejap. Minta cikgu Kamarul.
Baiklahlah awak boleh mula kenalkan diri awak.Kata cikgu kamarul kepada budak baru itu. Tetapi budak itu hanya diam dan kelas menjadi sunyi sepi. Okay tak mengapa, apa nama awak? Tanya cikgu Kamarul. RIANA.Jawab budak itu keras. Kami semua terkejut. Hanya beberapa orang sahaja yang tidak terkejut kerana tak tahu kisah si Riana.

Apa yang dah berlaku ni. Kata Aisar yang sedang binggung. Kenapa jadi macam ni pulak. Kata aku dalam hati. Dia ibarat hantu yang datang untuk balas dendam. Aku sedikit pun tak boleh pandang Riana kerana rasa bersalah.

Kini tibalah masa untuk pulang ke rumah masing masing. Riana! Aku memanggilnya dalam keadaan takut. Riana hanya memandang aku dengan mata yang seram. Aku...aku nak minta maaf sebab aku tak cegah Surya masa kau kena buli,aku menyesal. Dengan perlahan lahan Riana meletakkan kedua dua tangannya di atas bahu aku. Lalu Riana perlahan lahan menggerakkan tangannya dekat dengan leher aku. Lalu mencekik secara perlahan lahan. Semakin lama semakin kuat dan semakin lama aku semakin sesak nafas.

Aku tak boleh minta dia berhenti sebab ianya memang salah aku. Riana seakan akan suka keadaan ini. Dia seperti dapat membalas dendam yang telah lama terpendam. Siapa je yang tak suka bila dapat peluang membalas dendam.

Tiba tiba Riana berhenti melakukan perbuatannya. Kamu....tidak bersalah, lagipun kamu....bukan Surya. Kata Riana. Sangkaan aku betul.... dia datang untuk.....Balas Dendam. Apa pun aku bersyukur kerana masih bernyawa.Kata aku dalam hati.Lalu aku terus pengsan jatuh menuju ke Riana, muka aku betul betul dibahu Riana.

Adib mana Raihana kenapa dia tak balik lagi. Tanya mak Riana. Entahlah saya pun tak tahu, dia kata dia balik naik moto. BROMMM.......... BROMM. Bunyi moto Raihana. Lambatnya balik dah pukul 3 dah ni. Tadi saya keluar dengan kawan sekejap. Aku memberi alasan.


~Di Sekolah Tadi.....~

Aku membuka mata dengan perlahan lahan. Orang pertama yang aku nampak ialah Riana.Dia sedang duduk di depan aku. Aku terkejut melihat Riana. Aku dekat mana ni? Tanya aku bingung. Di Sekolah. Jawab Riana. Apa yang berlaku ni sebenarnya? Tanya aku lagi. Kamu........tidak apa apa?Tanya Riana. Ia aku okay, kenapa awak tak balik lagi. Riana terus mahu pergi ke pintu keluar. Tunggu! sekurang kurangnya bagitahulah berapa lama saya disini? Tanya aku. Riana berhenti seketika lalu menjawab.....satu jam mungkin lalu Riana terus kabur dari pandangan Raihana. Aku pun bergegas pulang ke rumah.


~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience