Rate

bab1

Romance Series 5964

Angin menyukarkan tugas tugas pemasangan kanopi di halaman rumah pengantin perempuan tetapi semua itu tidak dihiraukan oleh Siti Arina kerana pada saat itu hatinya sungguh tidak tenteram memikirkan tanggungjawab yang bakal dia pikul tidak lama lagi.
"Arina awak dah sedia ke?"sebagai sahabat Isa sangat mengambil berat akan dirinya.Dia meminta Isa menemaninya hari ini untuk meluah rasa hatinya memandangkan mereka hanya berdua di dalam biliknya yang sudah dihias cantik bertemakan biru seakan birunya laut.
"Arina sedia ke tak semua ni harus diteruskan sebab semua persiapan hampir siap"mendung wajah ayu itu sambil berkata.
"Alhamdulillah Allah memudahkan kerja kita"terdengar suara pak Acob di luar sana kerana segala tugas persediaan untuk majlis pernikahan anak saudaranya berjalan dengan lancar.
Debaran di dada hanya tuhan yang tahu kerana perkahwinan yang tak diduga ini Arina terpaksa mengorbankan kebahagiaannya.
...............................................

Seawal 5 pagi Siti Arina sudah bangun untuk menenangkan hatinya yang sedang resah menanti detik detik ijab dan kabul antara dia dengan jejaka yang bernama Muhammad Shahril yang diketahui merupakan orang ternama sehingga pak su Arina menerima pinangan daripada keluarga lelaki itu tanpa mendapat persetujuan darinya.
Azan subuh menyedarkan dia dari lamunan segera Arina bangkit dan mengambil wuduk bagi menghadap Illahi.Seusai dia selesai menunaikan kewajipannya kepada Illahi tiba-tiba pintu kamarnya dikuak
"Arina,Mak su nak cakap sikit ni" Mak Leha muncul di sebalik daun pintu kamarnya."Masuk la mak su apa pula nak minta izin bagai ni" senyuman manis dihadiahkan buat mak su tercintanya kerana semenjak kedua arwah orang tuannya telah menghadap Illahi Siti Arina hanya ada Mak Leha dan Pak Acob yang amat mengasihi dan mengambil berat akan dirinya yang yatim piatu ini.
"Mak su tak nak kerana pernikahan yang dirancang oleh pak su kamu ni menyebabkan kamu berjauh hati dari kami Arina"pilu wajah Mak leha mengungkapkannya."jujur Arina katakan yang Arina tak bersedia untuk semua ni tapi Mak su Arina bukannlah seseorang yang boleh menolak takdir"wajahnya ikhlas mengatakan sedekimian kerana setelah dia mengadu masalah hatinya kepada Allah dia tahu semua ini harus dia tempuhi dengan rela."Syukurlah Arina sebab kami hanya mahu yang terbaik untuk kamu"Pelukan mak Leha menambah ketabahan dalam dirinya.
...........................................

"Saya nikahkan kamu dengan Siti Arina binti Abidin dengan......"
"Saya terima nikahnya dengan mas kawin dan......"
selesai fasa yang dinantikan oleh semua orang dan sesudah itu pengantin lelaki menuju ke arah pengantin perempuan yang bersimpuh ayu dan manis.Ramai tetamu memuji kecantikkan Siti Arina pada hari ini dan
tanpa disedari kini Muhammad Shahril berada di hadapannya dengan memegang cincin yang bertakhtakan berlian yang turut menarik perhatian ramai ketika itu.
Muhammad Shahril memandang wanita yang sah bergelar isteri kepadanya sebentar tadi dan memang tidak dinafikan wanita pilihan keluarganya memang cantik dan menawan tetapi dia tidak akan semudah itu untuk mengubah apa yang telah dirancang selama ini bersama buah hatinya Narsha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience