Di suatu malam di sebuah kampung adanya sebuah sekolah dan adanya sebuah asrama perempuan. Kisah ini aku catatkan di sini supaya ada manfaat pengajaran dan teladan kepada pembaca. Aku seorang pelajar perempuan di sekolah menengah berasrama penuh. Hidup jauh dari keluarga, perlu berdikari dan sedar akan tanggungjawab sebagai pelajar tanpa pengawasan orang tua. Aku tahu aku perlu kuatkan semangatku ketika keseorangan di sini. Tiada yang akan bantu aku walaupun kawan sendiri di kala kita dilanda masalah. Aku memahami itu dan aku sediakan mental aku untuk menerima hal itu sejak dari awal aku mendaftar di sini.
Minggu pertama kelas bermula, aku berjaya berkawan dengan rakan sekelasku. Hanya sebatas itu. 'Rakan sekelas" dan "rakan sebilik" , tidak lebih dari itu. Mereka semua punya rakan "kegemaran" mereka tersendiri. Aku cumalah "seketul" ketua kelas yang berkawan dengan semua orang di dalam kelas. Tetapi hal remeh seperti itu tidaklah aku hiraukan sangat.
"Saya dah sediakan modul dan nota untuk kamu semua, nanti bayaran modul ini serahkan kepada ketua kelas." kata guru subjek Fizik ku. "Baik puan" balas kami semua. Begitulah tugas-tugas biasa ketua kelas. "Ketua, aku takde duit lagi la..nanti la aku bayar" , "Kau tolong bayarkan dulu boleh kan? Aku sesak sekarang ni" , "Weyh sorry dho aku takde cash" , begitula selalu alasan mereka kalau tak mahu bayar on time. Aku juga orang miskin, mampu saja bayar. Hah, namun apakan daya, hal itu hanya terucap di hati. Tidak mampu aku menolak perkataan mereka. Kalau saja aku mampu berkata jujur tanpa menyakitkan hati orang.Takpela hati sendiri sakit asalkan aku tak dibenci . Begitulah prinsip bodoh diriku.
Sila nantikan MALAM INI II. MALAM INI I hanyalah pengenalan kepada kisah-kisah menarik si Ketua Kelas.
Share this novel