Rate

Cerpen

Short Story Completed 16773

RAGAM
Oleh: ARJUNA CINTA

Telefon bimbitku berdering menyanyikan lagu All About You nyanyian kumpulan McFly. Siapa pulak lah yang call malam-malam buta ni? Kacau tidur aku aje. Aku menggosok mata yang tidak gatal. Jangan kata ada on-call lagi malam ni, sudahlah.

” Alin, mak tengah on the way nak pergi Subang Jaya ni. Isteri Amir anak Makcik Izah kamu tu meninggal dunia, ” ujar emak dengan tenang.

Ya Allah. Baru minggu lepas aku bertemu dengan isteri sepupuku itu ketika kenduri masuk rumah baru mereka di Subang Jaya. Isteri Amir itu juga bernama Alin. Kadang-kadang keliru jugak bila orang panggil aku dan panggil dia. Akhirnya, orang panggil aku Dr. Alin dan dia pulak Alin Amir untuk mengelakkan masing-masing jadi perasan.

” Innalillah, mak. Alin bersiap pergi sana sekarang. Nanti Alin call mak balik, ya, “kata aku ringkas lalu mematikan talian.

Aku bingkas bangun dari katil queen kamarku. Cuci muka ala kadar dan mengenakan pakaian ringkas. Aku mencapai kunci kereta, memandu dengan berhati-hati meninggalkan apartmentku yang terletak di Petaling Jaya.

Jalanraya pada jam 4 pagi itu agak lengang. Boleh lah pecut sikit supaya cepat sampai. 20 minit pemanduan, akhirnya sampai juga di rumah Amir di Subang Jaya. Banyak kereta saudara-mara yang aku kenal sudah berada di persekitaran kawasan perumahan Amir ketika itu.

Rumah banglo dua tingkat Amir itu terang-benderang. Kelihatan ramai ahli keluarga telah pun sampai lebih awal. Sebaik melangkah masuk ke ruang depan, aura sedih sudah pun memasuki ke dalam jiwa aku.

Aku bersalaman dengan saudara-mara aku dan juga saudara-mara dari belah keluarga Alin. Ada yang sedang membaca yassin kepada arwah, ada yang sedang bercerita sesama sendiri. Aku segera mengambil senaskah yassin untuk menyedekahkan bacaan yassin kepada Alin, isteri Amir.

Tak lama selepas itu, aku mendekati Amir yang bersedirian di laman rumahnya.

” Amir, takziah, ” ujar aku perlahan.

” Terima kasih, Alin, ” jawab Amir yang matanya jelas kelihatan merah kerana menahan tangis.

” Kau kena kuat, Mir. Allah itu sesungguhnya lebih sayang Alin dan baby korang. Aku tahu bukan mudah untuk kau terima ujian macam ni. Aku pun pernah merasa kehilangan orang yang aku sayang waktu zaman belajar dulu. Kesedihannya, Allah je yang tahu, “kata aku seakan memujuk hati Amir yang lara ketika itu.

” Entahlah. Amir pun tak tahu nak explain perasaan Amir sekarang ni, “ujar Amir lagi.

” Buat masa ni, kau kena kuat Mir. Bila dah selesai pengkebumian semua, kalau kau nak nangis seorang diri dalam bilik, nangis lah sepuasnya untuk legakan perasaan kau tu. Kalau kau nak pendengar, call aku. InsyaAllah, aku try jadi pendengar yang baik,” kata aku dengan simpati kepada Amir.

Aku masuk semula ke dalam rumah, meninggalkan Amir melayan perasaan di laman rumahnya itu.

**********

Aku meregangkan leher yang dari tadi menunduk dek kerana ingin menyiapkan laporan pesakit. Telefon bimbit di atas meja ku pandang sekilas. Nak call mak lah kejap.

” Assalamualaikum, mak,” ucapku bersemangat.

” Waalaikumsalam. Amboi, baru sekarang nak call. Busy sangat ke Alin dua tiga hari ni?” ucap mak yang sempat lagi memerli anak bongsu dia ni.

” Busy jugak lah, mak. Mak buat apa tu?” tanya ku pula.

” Baru je lepas makan tengah hari dengan ayah kamu. Alin ni dah pergi makan ke belum?” tanya mak pula.

” Belum lagi. Kejap lagi lah kot turun pergi kafeteria tu, ” jawab aku endah tak endah. Mak tak tahu ke yang aku ni dah lama tak makan lunch. Asal aku nak pergi lunch, ada je lah doktor MO mana-mana suruh aku tengok pesakit tu, tengok pesakit ni.

” Eh, Alin takde boyfriend lagi ke sekarang?” tanya mak tiba-tiba. Hai mak, soalan cepu mas ni!

” Boyfriend? Anak mak ni bukannya cantik mana pun. Takde siapa nak pun. Lagipun, jadi doktor houseman ni, takde masa lah mak nak bercinta-cinton. Kawan-kawan lelaki sama houseman ni pun dah kahwin awal. Jadi, sampai sekarang lah tak berboyfriend, mak ku sayang, ” kata aku beria-ia.

Memang itu lah situasinya sekarang. Busy mengalahkan pak menteri. Takde masa lah nak terjatuh-jatuh cinta ni. Silap-silap, aku suruh mak je carik. Tapi pilihan mak tu, aku suka ke nanti? Haish, pening kepala den!

” Bukannya apa Alin, anak Makcik Bedah kat kampung sebelah tu, mencari calon isteri. Anak dia tu pun doktor jugak. Sesuai lah dengan kamu, ” kata emak. Ada udang balik mee rupanya.

” Tahu dia tu doktor. Ish, taknak lah mak. Alin tak boleh masuk lah dengan family dia. Lagipun dia tu kan pak ustaz. Alin ni macam tak sesuai je untuk dia. Suruh lah dia cari guru tadika Islam ke, ya mak,” kata aku dengan jujur.

Aku memang tak boleh masuk dengan keluarga Makcik Bedah. Makcik Bedah tu kalau bercakap, satu kampung tahu. Ni kalau dia tahu aku tak reti masak, naya aku. Tak tahu nak sorok bawah meja mana.

” Takpe lah. Mak tak paksa. Nanti kalau Makcik Bedah tanya mak, mak bagitahu lah yang Alin tak ready, tak boleh bagi komitmen, “kata mak pula.

” Alright mak. Sayang mak! Eh mak, ada dengar cerita pasal Amir and Makcik Izah?” tanya aku pula inging mengetahui perkembangan terbaru.

” Masa cuti awal muharram hari tu, Makcik Izah ada datang rumah. Amir pun ada sekali. Makcik Izah cerita lah, Amir tu murung sikit. Nak senyum pun susah. Tidur pun asyik sebut nama arwah isteri dia tu, ” ujar mak.

” Rasanya dan setahun setengah kan isteri dia meninggal? Sebab seingat Alin, isteri Amir meninggal waktu bulan keenam Alin jadi doktor houseman. Sekarang housemanship Alin tinggal lagi beberapa hari je,” kata aku pula.

Simpati aku melihatkan nasib Amir. Baru sahaja mahu membina keluarga besar, Allah ambil isteri dan bayi yang dikandungkan isterinya, Alin itu. Memang dugaan yang besar. Dan tak pelik kalau selepas setahun lebih, Amir masih murung.

” Makcik Izah kata, suruh Alin tu ajak-ajak lah Amir tu bersembang. Kasi dia ketawa sedikit pun takpe,” kata mak pula.

” Alahai mak, dah macam cerita dongeng pulak suruh Alin buat Amir ketawa. Nanti lah. Alin dah selesai housemanship, Alin cubalah cheer up hati Amir tu. Eh mak, suruh je lah Makcik Izah tu kahwinkan Amir tu. Confirm senang hati balik Amir tu, ” kata ku memberi cadangan.

” Cakap senang lah. Tapi ingat Amir tu nak kahwin lagi ke? Makcik Izah kata, yang penting sekarang kita saudara mara dia ni kena bagi dia gembira dulu, ” ujar mak panjang lebar.

Tiba-tiba, seorang doktor MO perempuan memandang ke arah aku. Ek eleh, sekarang masa rehat kot, perlu ke nak renung macam tu?

” Okey lah mak, ada kerja ni. Nanti kita chit chat lagi. Assalamualaikum, ” aku meletakkan telefon.

***********

Report pesakit katil 12 wad surgeri itu aku semak. Pesakit baru sahaja menjalani pembedahan pembuangan hempedu. Aku kemudian melangkah ke katil pesakit tersebut.

Terkejut bukan kepalang melihatkan Amir berada di sisi pesakit lelaki itu.

” Amir! Kau buat apa kat sini?” tanya aku buat-buat tak tahu. Melawat orang sakit lah!

” Eh Alin. Alin doktor kat sini ke? Ni Fadzil ni kawan Amir zaman belajar dulu. Fadzil, ni cousin aku. Single, tapi tak tahu lah available ke tak, ” ujar Amir dengan senyuman hingga ke telinga. Makcik Izah kata Amir murung, tapi aku tengok ni, elok je dia ketawa.

” Ek eleh, Mir. Tak boleh blah. Kacau daun betul aku nak rawat patient daa,” kata aku pula. Pesakit ku itu sekadar senyum sahaja.

” Ya lah. Kacau daun kau nak mengorat patient kan?” usik Amir lagi.

” A’ah. Ye lah tu. Haa ni Encik Fadzil, ada rasa sakit dekat bahagian mana-mana?” tanyaku pula. Fadzil sekadar menggeleng.

” Ada rasa demam ke?”tanyaku lagi.

” Saya rasa okey je. Agak-agak bila boleh saya keluar ya?”

” Encik Fadzil kena stay kat sini about another 2 days. Then, kalau takde apa-apa complication, boleh discaj lah, ” jawab aku dengan berhemah. Amir di tepi katil sekadar memerhati.

” Okey Mir, aku chow dulu. Nanti jumpa lagi, “kata aku ringkas meninggalkan Amir bersama rakannya itu.

” Eh Alin, dah pukul 1 ni, jom lah pergi lunch. Amir tak makan since pagi ni, “ujar Amir bersungguh-sungguh.

” Erm, okeylah. Jom, ”

Aku berjalan beriringan dengan Amir. Aku teringat kata emak lagi, Amir tu murung. Tapi apsal nampak okey je ni. Takde tanda-tanda murung pun. Elok je peramah dia cakap pasal housemanship aku kat Pusat Perubatan Universiti Malaya ni.

Kelihatan kafeteria agak sesak ketika waktu kemuncak tengah hari. Sebaik sahaja bersesak membayar makanan, aku dan Amir menuju ke meja di satu sudut.

” Kau okey sekarang ni?” tanya aku memulakan bicara.

” Alhamdulillah. Okey je. Kenapa? Amir nampak macam orang tak okey ke? ” tanya Amir pula.

” Semalam aku call mak aku. Mak aku cakap, yang mak kau cakap kau tu murung. Tapi bila jumpa kau hari ni, takde nampak murung pun, ” kata aku sebaik menghirup air milo ais yang kaw-kaw tu.

Amir ketawa tiba-tiba.

” Eh kau ni apsal ketawa tiba-tiba. Jangan jadi orang gila, Mir!” ucapku lagi.

” Murung? Agak murung lah jugak. But, hari ini, bila nampak kau je, tiba-tiba aku rasa nak gelak, nak ketawa, nak senyum je, ” jelas Amir pula.

” Ya ke? Itu tandanya aku ni ada aura gembira lah. Maybe aku patut tukar kerjaya jadi kaunselor kot. So that orang yang murung bila jumpa aku, diorang akan ceria semula, kan?” kata aku berseloroh.

” Tapi Amir serius lah. Hari ni baru Amir rasa macam bernyawa semula. Maybe sebab Amir dah boleh terima pemergian Alin and baby kot, ”

” Baguslah macam tu. Yang pergi tak akan kembali. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan kehidupan jugak,” kata aku. Lega hati aku bila Amir dah tak murung. Mesti Makcik Izah gembira tengok Amir yang dulu dah boleh ketawa.

” Tapi kenapa Amir jumpa kau, baru Amir rasa gembira sangat ni haa? Maybe Amir rasa Amir kena kahwin lah, ” ujar Amir dengan ayat yang tak semena-mena. Amboi, cepat betul sepupu aku yang seorang ni cari pengganti.

” Baguslah. Kau kan duda muda, baru 29tahun. Hensem, tinggi, smart, kerja bagus. Tapi siapa perempuan yang malang tu, ” kata aku diiringi gelak tawa. Amir tergelak sama.

” Betul nak tahu?” tanya Amir lagi. Aku mengangguk laju.

” Kau lah Alin, ” ucap Amir. Gila ke Amir ni? Alin kan dah tiada.

” Amir, Amir okey ke ni? Amir tahu kan Alin dah meninggal?” kata ku cuak. Aku melambai-lambai tangan di hadapan mukanya. Risau andainya Amir dah jadi tak betul akibat kemurungan.

” Amir nak kahwin dengan Dr. Alin yang berada di depan Amir sekarang ni, ” tutur Amir lembut sambil tangannya hangat menyentuh jari-jemari aku. Aku terkedu seketika dengan perlakuan Amir. Aku segera menarik tanganku ke bawah meja.

” Alin dah ada teman ke?” tanya Amir. Aku diam membisu. Aku keliru. Aku memang meminati Amir sejak zaman kanak-kanak. Tapi minat hanya sekadar minat. Aku tak mahu jatuh hati. Dan aku tak mahu dia melamar aku hanya kerana nama ku sama dengan nama arwah isterinya.

” Bukan soal ada teman atau tak. Tapi aku cuma terkejut. Aku rasa kau kena pikirkan semula apa yang kau cakap. Jangan kerana orang yang paling kau sayangi bernama Alin, kau memilih aku untuk jadi peneman hidup kau Mir. Aku tak rela macam tu Mir, ” kata aku lalu membawa diri. Emosi ceria ku tengah hari itu tiba-tiba mendung semula.

**********

Amir leka membelek gambar arwah isterinya di dalam komputer ribanya. Dia yakin akan keputusannya menghapuskan kenangan bersama arwah isterinya. Mimpi akan sepupunya, Alin saban malam seakan memberi petanda bahawa dia harus memberi peluang kepada sepupunya itu untuk melukis kenangan baru di kotak mindanya.

Amir sendiri terkejut. Entah kenapa pertemuannya tempoh hari dengan Alin, sepupunya itu membuatkan hatinya berbunga-bunga riang. Jatuh cinta untuk kali kedua barangkali. Tapi malangnya, sepupunya itu menganggap bahawa dia melamarnya kerana nama arwah isterinya sama dengan namanya.

Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia buntu bagaimana caranya untuk meyakinkan Alin bahawa dia ingin mengambilnya sebagai isteri adalah kerana dia adalah diri Alin itu sendiri, bukan kerana persamaan nama.

Pintu biliknya tiba-tiba dikuak. Mama Amir, Makcik Izah masuk ke bilik anak lelakinya itu.

” Mir buat apa ni?” tanya Makcik Izah.

” Mir delete gambar-gambar Alin, ma. Mir taknak terus bersedih bila tengok gambar arwah,”

” Mama tengok, Amir lately ni macam happy je. Senang mama tengok. Dah jumpa pengganti ke ni? tanya Makcik Izah sambil mengusap kepala Amir yang duduk di meja kerjanya.

” Dah. Alin ma,” ujar Amir dengan yakin. Terbeliak mata Makcik Izah mendengarnya.

” Amir ni sihat ke tak ni? Alin dah tiada Mir, ” ujar Makcik Izah.

” Mama dengan Alin, dua-dua sama. Dua-dua ingat Mir ni dah tak betul. Mir waras lagi lah ma. Mir nak kahwin dengan Dr. Alin. Anak Makngah Imah tu,” tutur Amir dengan jelas.

” Mir biar betul ni? Alin tu sepupu Mir tu, ”

” Ya, ma. Amir nak kahwin dengan Alin yakni Alin yang sepupu Amir tu, ”

” Okey macam ni. Mama tak halang. But, Alin macam mana? Dia boleh terima?” tanya Makcik Izah.

” That’s the problem, ma. Minggu lepas, first time Amir jumpa dia sejak Alin meninggal. Amir pun tak tahu macam mana, hati Amir berbunga-bunga jumpa dia, and terus propose dia. And dia terkejut gila, ” kata Amir terus terang.

” Mir, kena bagi masa kat dia. For the mean time, cuba berbaik-baik dengan dia. Mestilah dia terkejut besar. Tiba-tiba je duda entah mana lamar dia kan,” ujar Makcik Zah sambil mencuit bahu Amir.

” Mama! Alin kata Mir ni duda muda tau. Dia siap puji Mir ni hensem lah, kacak lah, depan-depan Amir lagi, ”

” Eleh, itu sebelum Mir propose dia lar tu. Kalau dia tahu time tu Mir nak propose, entah-entah dia taknak jumpa Mir kot, ” ujar Makcik Izah. Amir sengih mendengar kata mamanya. Dia yakin akan keputusannya. Dia yakin, Alin akan terima dia juga suatu hari nanti.

**********

” Si Alin tu kahwin dengan duda tahu! Anak aku yang bujang teruna tu, taknak pulak dia. Nak jugak si Alin tu kahwin dengan sepupu, bukannya elok, ” heboh Makcik Bedah bercerita di satu sudut kanopi pada majlis perkahwinan aku. Amir di sisi ku dah berubah wajah. Dia menarik ku menuju ke arah kumpulan Makcik Bedah yang leka bersembang.

” Assalamualaikum, makcik. Makcik tengah buat pengumuman apa ni? Kalau rasa macam pengumuman makcik tak cukup kuat, saya boleh pinjamkan makcik microphone, ” perli Amir. Aku sengih. Tak tahu apa yang aku harus lakukan untuk redakan suasana.

” Oh ini lah Amir. Kau ni Bedah, kalau duda tua lain cerita. Ini duda muda lagi ni. Amir, jangan ambil hati ya dengan Makcik Bedah ni, dia memang macam tu,” kata seorang makcik di situ yang kelihatan cuak. Lalu dia dan beberapa orang rakannya berlalu dari situ. Termasuklah Makcik Bedah.

” Mir, apsal garang sangat dengan makcik-makcik tu?” kata ku.

” Alin, makcik tu kutuk Mir kan? Amir kena lah defend. Dia tak tahu ke ini bukan sembarangan duda. Duda ni dah lah masih muda, hensem, smart kan?” puji Amir sendiri.

” Dah lah. Aku nak pergi salin baju dulu, nak tolong kemas rumah. Pastu baru Mir punya turn tukar baju plak, ok? ” kata aku spontan. Amir tiba-tiba mencubit lenganku. Ah, baru teringat.

” Sorry sorry. Alin nak pergi salin baju, ” jawabku setelah membetulkan kata ganti nama diri. Nak buat macam mana, dulu dah biasa bahasakan diri aku, ni tiba-tiba nak tukar, tergeliat jugak lah lidah ni. Tanganku yang sejak tadi digenggam erat oleh Amir, ku tarik perlahan. Sempat pulak dia curik-curik mengucup pipiku ketika itu. Boleh tahan miang juga duda seorang ni!

*********

Selesai sudah sesi membuka hadiah. Banyak jugak lah hadiahnya. Ketika sesi tersebut, ahli keluarga aku pun tak habis-habis tanya macam mana lah aku boleh berkahwin dengan Amir. Aku cuma senyum saja sebagai tanda jawapannya. Aku cuma tahu, aku kahwin dengan Amir, sebab aku sayang dia. Sebab lain, tak ade.

Selepas adik beradik mak aku pulang ke rumah masing-masing, jantung aku dah rasa berdegup laju. Kat mana pulak nak tidur malam ni. Rasa macam gila je. Gilanya sebab aku kena tidur sebilik sekatil dengan sepupu sendiri. Suatu perkara yang langsung aku tak pernah bayangkan.

” Ni apsal korang tak masuk tidur lagi ni? ” tanya mak aku.

” Tak mengantuk lagi Makngah Imah, ” jawab Amir.

” Emak lah, ” kata aku sambil mencubit peha Amir. Ceh, sejak bila aku berani cubit anak lelaki orang ni?

” Dah dah pergi tidur, masuk bilik special tu, ” kata abang iparku yang menolak kami berdua masuk ke dalam bilik pengantin. Aku dan Amir takde pilihan. Kami mengalah.

Aku duduk di belah kiri katil. Amir pula mencari posisi yang sesuai. Akhirnya dia melabuhkan diri disebelah aku. Automatik aku jadi bertambah debar-debar. Memang macam ini ke suasana malam pertama sebilik dengan lelaki bukan muhrim?

” Mir, Alin harap expectation Mir dekat Alin tak begitu tinggi, sebab Alin rasa Alin mungkin tak setanding dengan arwah kak Alin, ” ucapku tulus.

” Alin, mulai hari ini, Amir taknak Alin sebut-sebut pasal arwah Alin, ok? Ingat, Amir akan bagi all my love untuk Alin start from today,” kata Amir pula. Lega aku mendengar katanya. Tidak semena-mena, Amir tiba-tiba ringan tulang mengurut leher dan bahuku. Geli-geleman rasanya.

” Mir, geli lah Mir. Alin rasa macam tak percaya dengan situasi sekarang ni. Kita kenal sejak kecil, and then tiba-tiba end up macam ni, tak rasa kelakar ke?” tanya aku kepada Amir.

” Kelakar jugaklah. Alin, Alin pernah tersuka Amir tak?” tanya Amir pula.

” Ni Alin nak bagitahu rahsia paling besar ni. Actually, actually, actually…” gagap seketika aku tatkala itu. Amir yang tak sabar menanti responku meletakkan kepalanya dibahuku.

” Actually, apa sayangku?” ujar Amir.

” Alin suka Amir sejak zaman kanak-kanak. Cuma bila Alin tahu Amir dah ada kak Alin, Alin buat macam tak kisah je dengan feeling Alin. Lagipun, Alin tak pernah expect lah keluarga kita boleh terima saudara-mara kahwin dengan sepupu, ” kata aku dengan senyuman yang tak lekang. Aku jadi malu sendiri.

” Betul? Patutlah dulu bila Amir ajak sembang je, mengelat. Takut jatuh cinta dengan Mir la,” kata Amir lalu menghadiahkan kucupan hangat di pipi. Ini memang duda yang miang!

” Mir, kita nak tidur macam mana ni?”

” Takkan nak suruh Amir tidur dekat ruang tamu,”

” Habis tu?”

” Okey Alin. Macam ni, Amir tidur dulu. Nanti kalau Alin nampak Amir dah tidur mati, baru Alin tidur, alright?” cadang Amir. Aku mengangguk.

Jam 2.30 pagi. Aku tak tahan mengantuk. Amir pun nampak macam dah sedap tidur. Suis lampu dimatikan. Lalu aku rebah juga di atas katil sebelah Amir. Sedang saja aku ingin melelapkan mata, tangan Amir melingkar di pinggangku.

” I love you doc, ” bisik Amir dekat ditelinga ku. Pura-pura tidur rupanya dia. Doaku, agar hati Amir terus berbunga setiap masa berada disisiku.

THE END

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience