BALQIS mengekori langkah Miya sebaik sahaja sahabatnya itu masuk ke pejabat. Tegang saja wajah Miya tanpa segarit senyum. Putus cinta dengan teman lelakinya beberapa bulan lalu pun, wajah Miya tidak setegang itu.
“Miya, are you okay?” tanyanya.
“Yeah,” balas Miya lalu menjatuhkan punggungnya ke kerusi.
Balqis tidak segera percaya. Dari riak wajah Miya, dia tahu Miya tidak baik-baik saja. Insiden tadi tentu mengganggu fikirannya. Tarik kerusi, dia melabuhkan duduk di depan Miya.
Fikirnya Miya tidak masuk pejabat hari ini. Tetapi beberapa minit tadi dia mendengar gosip tentang Miya dan Adrian. Beberapa staf perempuan tidak berpuas hati melihat Miya keluar dari kereta pengerusi baharu mereka itu. Naik berbulu telinganya mendengar umpat keji mereka. Harapnya bukan gosip itu yang membuat Miya tertekan.
“No, you’re not okay. Tell me, what’s wrong? Ada orang mengata kau? Ada orang kacau kau? Tell me!”
“Bee, I’m fine. Aku cuma...terkejut. Gigil pun tak hilang lagi ni,” jawab Miya.
“Aku tak sangka Adrian pergi tumbuk lelaki tu tadi," ujar Balqis.
"Tumbuk satu hal, dia pergi pecahkan cermin kereta orang tu pulak,” timpal Miya.
"Itulah..." sokong Balqis. Sepanjang perjalanan dari tempat kemalangan itu hingga ke pejabat, tangannya menggigil. Dia tidak pernah melihat perkara seperti itu di depan mata.
“Boleh tahan baran dia ek. But, I think he's just protecting you. How sweet,” ujar Balqis.
“Sweet?” Dahi Miya berkerut. Celah mana pula datangnya sweet? Dia tidak nampak di mana sweetnya Adrian. Lelaki itu sangat sukar diduga. Moodnya boleh berubah serta-merta tanpa sebarang amaran. Anaknya sendiri pun ditengking, apatah lagi dia.
“Kau tak dengar apa dia cakap dekat lelaki tu? If I find any single scratch on her because of you, you'll die…” Balqis mengajuk suara dan gaya Adrian.
“You must be joking,” ujar Miya sambil tertawa perlahan. Butang on pada komputer riba ditekan untuk memulakan kerja. Banyak perkara perlu diselesaikan kerana pada hari Isnin depan, satu majlis menandatangani kontrak antara Arianna Chan, house ambassador D-mond Jewels yang baru akan ditandatangani. Adrian benar-benar membantunya untuk mengatur perbincangan dengan Arianna Chan. Dia tidak yakin perbincangan dengan Arianna akan menjadi begitu mudah jika bukan kerana Adrian dan dia sangat menghargai pertolongan suaminya itu. Arianna juga sangat bekerjasama walaupun perbincangan mereka hanya dijalankan melalui sidang video.
“Betullah. Kau tak dengar ke dia cakap macam tu?” tanya Balqis.
“Tak,” balas Miya.
Mungkin kerana dia terlalu takut, terkejut dan panik, dia tidak mendengar apa yang diperkatakan Adrian itu. Tetapi jika benar Adrian berkata begitu, dia bahagia sekali.Terasa disayangi dan dilindungi walaupun dia tahu dalam hati Adrian tidak ada sebesar kuman pun ruang untuknya. Tetapi setidaknya, dia berasa selamat apabila Adrian bersamanya.
“You’re so lucky. Handsome and charming boss takes care of you,” ujar Balqis.
Miya ketawa tanpa suara lalu berkata: “He will divorce me.”
“Ahhh..Itu lambat lagi. Apa kata kau guna peluang ni untuk pikat dia supaya dia ubah fikiran dan tak ceraikan kau. And you two will live happily ever after,” ujar Balqis.
“That’s not possible Bee. He loves his first wife so much. Dia kahwin dengan aku pun sebab anak perempuan dia. Kau pun tahu kan,” balas Miya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin komputer ribanya.
“Tapi, dia nampak macam caring gila dengan kau Miya.”
“Hmmm..He said as long as I’m his wife, I’m his responsibility.” Miya hanya menjawab acuh tak acuh. Malas berfikir tentang hubungan dia dan Adrian yang dia sudah tahu bagaimana penghujungnya.
“Nah, that’s the point. Rasa tanggungjawab tu datang dari rasa sayang. Kalau dia tak sayang kau, takkan dia nak bertanggungjawab pada kau.” Balqis mempertahankan pendapatnya.
“Dah la tu Bee. Pergi balik tempat kau, sambung kerja," ujar Miya. Marah, namun nadanya datar sahaja.Dia tidak mahu kata-kata dan andaian Balqis itu membuat dia terawang-awang dan perasan sendiri. Adrian tidak pernah mencintainya dan tidak mungkin mencintainya. Perkara itu sudah jelas dalam perjanjian perkahwinan mereka apabila Adrian tidak mahu dia mengandung kerana tidak mahu terikat antara satu sama lain selepas mereka bercerai. Bukankah itu sudah jelas menunjukkan Adrian sudah meletakkan satu tembok untuk membataskan perasaan antara mereka? Dia juga tidak mengharapkan apa-apa melalui perkahwinan ini. Apa yang dia lakukan terhadap Adrian dan Lora, adalah atas dasar tanggungjawab dan kerana dia rasa dia patut melakukannya.
“Aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak,” balasnya.
“Bee, kau pun baca kontrak tu kan. Dah jelas tertulis dekat situ, dia tak nak aku mengandung sebab tak nak terikat dengan aku lepas bercerai. Maksudnya apa? Maksudnya, dia tak harapkan apa-apa daripada aku melainkan Lora. Faham tak?”
“Yeah you’re right. He wants not only the custody, but also your body. Kalau tidak, kenapa mesti ada syarat macam tu?”
Terbeliak mata Miya dengan kata-kata Balqis.
“Bee!”
“Come on Miya. There’s no sex without love unless you’re raped or you're a prostitute.”
Miya mengetap bibir. Geram sungguh dia dengan Balqis. Rasa mahu dikunyah kawan baiknya itu hidup-hidup. Tetapi perkataan terakhir Balqis membuat hatinya sedikit tercuit.
Adakah disebabkan itu Adrian boleh menikmati tubuhnya walaupun tanpa ada rasa cinta?
Kerana Adrian menganggapnya seperti pelacur, tetapi dalam versi halal? Bahu Miya merosot. Tiba-tiba tubuhnya menjadi lemah selemahnya. Entah bagaimana Adrian memandangnya setiap kali mereka melakukan itu. Seperti isteri atau seperti pelacur?
"Sorry if I offended you," ujar Balqis apabila melihat wajah Miya tiba-tiba berubah muram.
Miya tertawa perlahan.
“Takdelah. Aku tak mengharap apa-apa dalam perkahwinan ni Bee. So...berhenti kata sesuatu yang buat aku berharap,” ujar Miya. Perlahan sahaja suaranya menyebabkan Balqis diterpa rasa bersalah tidak semena-mena.
“Okay, I'm sorry. Janji aku tak cakap macam tu lagi” ujarnya. Satu tangan diangkat separas bahu, seperti berikrar.
“You better keep your promise,” kata Miya sambil telunjuk runcingnya diluruskan ke arah Balqis.
“Ay...Ay..boss!”
“Good.” Miya tersenyum dan kembali mengadap komputer ribanya.
“I’m leaving now. Are you sure, you’re really okay?” tanya Balqis.
“Definitely sure. Thank you,” balas Miya.
“Macam mana kau nak balik kerja nanti?” tanya Balqis. Ketika itu dia sudah bangun dari duduknya dan bersedia untuk keluar.
Pertanyaan Balqis membuat Miya baru terfikir tentang itu. Ya, bagaimana dia mahu balik dan bagaimana dia mahu datang ke pejabat esok? Dia takkan menaiki kereta bersama Adrian lagi kerana tidak mahu menjadi bahan gossip. Keretanya pun masih tersadai di tepi jalan. Aduh, kenapalah tadi dia tidak terfikir tentang keretanya itu. Sepatutnya dia membuat laporan polis dan menghantar kereta itu ke bengkel.
“Kalau macam tu, aku hantar kau balik nanti. Pagi esok aku ambik kau,” putus Balqis apabila melihat Miya berfikir-fikir.
Tersenyum Miya dengan saran Balqis itu. Ah, Balqis memang sahabat yang boleh diandalkan.
“Sengih…Sengih. Tadi bukan main buat muka, tepuk meja depan aku. Menyampah!” Cemuh Balqis lalu terus keluar.
Miya tergelak kecil lalu memanjangkan lehernya dan menjerit: “I love you, Bee.”
Balqis tidak menoleh sebaliknya mengangkat buku limanya ke udara.
MESYUARAT Lembaga Pengarah selesai menjelang waktu rehat tengah hari. Adrian bersandar pada kerusi dalam bilik seminar itu sambil meregangkan badannya. Selepas ini dia perlu kembali ke pejabat Acassia Villa pula. Bangkit dari kerusi, dia mencapai telefonnya di atas meja lantas menghubungi Akram dan menyuruhnya menunggu di lobi.
Sesampai di lobi, dia melihat Balqis dan beberapa staf DayMond Jewels baru turun untuk makan tengah hari. Namun Miya tidak kelihatan bersama mereka.
“Balqis!” Panggilnya.
Balqis menoleh lantas segera menghampiri Adrian.
“Ya, Encik Adrian.”
“Where’s Miya?”
Balqis sudah mengagak. Dia tidak salah menilai orang. Adrian memang mengambil berat tentang Miya.
“Dia tak nak turun sebab nak tidur,” jawabnya. "Tapi dia ada pesan dengan saya suruh beli makanan."
“Tak payah. I nak ajak dia keluar lunch.”
"Okey."
Adrian kembali semula ke lif dan menuju ke Jabatan Pemasaran di tingkat sepuluh. Suasana di ruang pejabat itu sunyi sepi kerana semua staf sudah turun untuk makan tengah hari.
Adrian membawa langkahnya ke bilik Miya. Menolak daun pintu, dia melihat isterinya itu sedang tidur dengan melentokkan kepalanya di atas meja.
Adrian menggeleng. Sanggup Miya mengorbankan waktu makannya untuk tidur.
Saat dia melangkah mendekati meja Miya, telefon bimbit Miya tiba-tiba berbunyi.
Miya yang sayup-sayup mendengar bunyi itu meraba-raba mencari telefonnya tanpa mengangkat kepala.
Adrian hanya bercekak pinggang memerhatikan tingkah Miya. Matanya melirik telefon bimbit Miya yang terletak di hujung meja yang tidak mampu dicapai jika Miya tidak mengangkat kepalanya. Dicapai telefon itu dan diletakkan di atas tapak tangan Miya yang masih meraba-raba.
Miya mengangkat muka dan mahu menjawab panggilan itu. Namun kerana masih mamai, dia terkejut melihat ada orang lain di biliknya. Sontak dia terjerit dan tubuhnya terundur sehingga tersandar pada kerusi. Pergerakan yang cepat itu membuat Miya tidak sempat mengimbangkan badannya lalu jatuh tergolek dari kerusi sehingga kepalanya terhantuk pada dinding.
“Aduh….” Miya menggumam sambil menggosok-gosok kepalanya.
Adrian tidak tahu sama ada mahu ketawa atau kasihan melihat isterinya itu. Ketika dia mahu menghampiri Miya untuk membantunya bangun, telefon Miya berbunyi lagi. Miya merangkak mencapai telefonnya yang terjatuh ke bawah meja.
“Helo, Bee." Miya menjawab malas. Sebal kerana tidurnya terganggu.
“Miya, husband kau pesan kat aku, tak payah beli makanan untuk kau. Dia nak ajak kau pergi lunch.”
Mendengar kata-kata Balqis itu, Miya menggaru kepalanya dengan kasar. Geram kerana Adrian mahu mengganggu tidurnya.
Dia dengan anak dia yang buat aku tak cukup tidur, sekarang dia mengacau aku tidur pulak! Gerutunya dalam hati.
“Miya!” Balqis sedikit menjerit apabila Miya hanya diam di hujung talian.
“Ya, aku dengar. Dah lah, pergilah makan!” Miya yang sebal, membalas kasar dan segera memutuskan talian.
Kemudian dia mengangkat muka memandang Adrian yang sedang bercekak pinggang di depannya.
“Why are you here?” tanyanya. Tetapi sesaat kemudian, dia merasakan pertanyaan itu agak kurang beradab. Apatah lagi Adrian tidak menjawab soalannya dan hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi.
“I’m sorry,” ujarnya.
“Saya yang sepatutnya tanya. Why are you here? It’s lunch hour,” ujar Adrian tanpa mempedulikan permohonan maaf Miya. Dia pun tidak tahu mengapa Miya meminta maaf.
“Saya mengantuk. Need to catch some z's for a while,” jawab Miya lalu menyembamkan wajah ke lutut.
“Come, let’s have lunch together,” ujar Adrian.
Miya menggeleng tanpa mengangkat muka. Dia benar-benar mengantuk dan mahu tidur. Sekejap pun sudah memadai. Kepalanya berpusing dan matanya berpinar-pinar kerana tidak cukup tidur.
“Saya dah suruh Balqis bungkus makanan untuk saya,” jawab Miya tanpa mengangkat muka, walaupun dia tahu Adrian sudah memangkas pesanan itu.
“Saya dah bagitahu Balqis tak perlu beli makanan untuk awak,” ujar Adrian.
Miya panggung kepala dan tayang muka tidak puas hati. Puas Adrian melihat reaksi Miya itu. Sekurang-kurangnya hari ini dia dapat melihat pelbagai reaksi wajah Miya selain dari riak wajah yang tenang dan bersahaja itu.
“Come. Awak bokeh tidur dalam kereta.” Adrian membongkok sedikit lalu menarik tangan Miya supaya berdiri.
Mahu tidak mahu, Miya menurut. Bimbang jika menolak, Adrian akan bertindak di luar dugaan. Serik dia dengan perangai baran dan kepala angin Adrian.
Masuk saja dalam kereta, Miya menyandarkan kepalanya pada head rest lalu terus melelapkan mata. Seminit pun berharga jika melibatkan tidur.
Adrian tidak mengganggu. Membiarkan Miya berehat dan menikmati tidurnya. Sementara dia menggunakan luang masa itu untuk memeriksa dan membalas pesanan yang dihantar ke emel rasminya.
Saat dia ralit dengan perkerjaannya , gumaman halus Miya membuat dia menoleh. Entah apa yang diigaukan Miya sehingga berkerut-kerut mukanya.
Satu tangan Adrian terhulur menggenggam tangan Miya. Kemas dan kejap. Selalunya cara itu berkesan membuat Lora nyenyak semula jika tidurnya terganggu. Dan cara itu juga ternyata berhasil untuk Miya. Perlahan dia melepaskan tangan Miya. Mata tidak lepas dari mengawasi wajah isterinya itu untuk memastikan pergerakan yang sedikit itu tidak akan membuat tidur Miya terusik.
Namun saat tangan Miya dia lepaskan, mata masih tidak mampu dialihkan dari wajah isterinya itu. Alis nya panjang sehingga membentuk bayang-bayang di bawah matanya, hidungnya mancung dan kecil, bibirnya yanh nipis dan kemerahan, Miya kelihatan benar-benar sempurna. Tanpa solekan atau gaya berlebihan, Miya sudah kelihatan cukup cantik.
Skreeet!
Akram tiba-tiba brek mengejut. Buyar segala puja puji Adrian pada Miya yang berlegar-legar di kepalanya.
Miya pula terdorong ke depan sehingga kepalanya terhantuk ke tempat duduk depan. Mamai-mamai mukanya sambil tangan naik menggosok kepala.
“Hati-hatilah Akram!" ketus Adrian sambil membantu Miya bersandar semula ke tempat duduknya.
“Maaf tuan. Kereta depan ni tiba-tiba brek mengejut,” ujar Akram. Jalan agak sesak kerana ramai keluar untuk rehat tengah hari.
Adrian sebenarnya jarang keluar makan tengah hari kecuali jika ada temu janji dengan klien. Selalunya Eryna akan menempah makanan dan terus dihantar ke biliknya. Tetapi kerana Miya, dia keluar hari ini. Miya menjaga dia dan Lora dengan baik, memastikan ada sarapan dan makan malam terhidang di atas meja setiap hari, dan Miya mengorbankan waktu tidurnya semalam untuk menunaikan janji pada Lora. Jadi dia juga mahu melakukan perkara yang sama untuk Miya.
Share this novel
eeyy bee tu asal nk pengaruh kan hati miya biar ja miya letak tembok tuu