Rate

Bab 1: Permulaan

Drama Series 263

"Afila dan Zayeen,mari masuk. Mama dah sediakan puding karamel berserta dengan arca buah campur susu. Jika lambat,kempunan nanti." Usik Puan Maila kepada anaknya Afila dan Zayeen anak kepada jirannya merangkap kawan baik.
Setelah mereka masuk,mereka bergegas menuju ke sinki dan membasuh kedua belah tangan. Sesudah itu,mereka pun duduk di kerusi meja makan. "Wah,sedapnya puding ini!" Puji Afila sambil tangannya ligat menyuapkan sesudu puding ke dalam mulut. "Arca ni pun sedap! Terima kasih auntie Maila." Puji Zayeen pula. Puan Maila hanya tersenyum sambil berkata, "Kalau sedap,tambah lah lagi. Zayeen nak bawa balik pun boleh." Zayeen hanya mengangguk mendengar kata-kata Puan Maila.
"Arhhhhhh!!!!!!!"
Kedengaran bunyi jeritan dari rumah sebelah,iaitu rumah Puan Zaila emak kepada Zayeen. Puan Maila,Afila dan Zayeen bergegas keluar dan menuju ke rumah Puan Zaila.
Sebaik sahaja mereka bertiga masuk,Puan Maila terkejut melihat figura di depannya berlumuran darah dari kepala hingga ke kaki. "Astaghfirullahalazim,Zaila!" Puan Maila bergegas ke arah figura tersebut. Zayeen yang berada di situ berdiri kaku. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. "Firdaus,apa yang kau dah buat dekat Zaila?!" Rupa-rupanya,bapa Zayeen iaitu Encik Firdaus juga berada di situ,sambil memegang botol kaca. Keadaannya yang kusut masai memberitahu Puan Maila bahawa dia sedang mabuk.
"Aku buat apa? Aku bunuh dia lah! Aku nak duit,tapi dia tipu dia kata tak ada. Kalau tak ada,macam mana budak ni boleh pergi sekolah,hah?!" Zayeen yang berada di situ menangis ketakutan kerana Encik Firdaus sedang memegang botol kaca itu dan bersedia untuk dilemparkan ke Zayeen. Afila yang sedari tadi hanya memerhati,automatik bergerak menggengam tangan Zayeen dan berkata, "Pak cik,berhenti!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience