Chapter 13

Romance Completed 23774

BAHAGIAN 13

#Gabriel

"Yo, bro! Lama dah ke kau tunggu aku kat sini?" Aku tepuk bahu Wan Arasy yang nampaknya tengah tekun belek handphone sendiri kat meja kafe. Entah apa yang dibuat agaknya. Mungkin tengah layan akaun Whatsapp atau Twitter yang dia akses daripada rangkaian Wi-Fi kafe kut?

Wan Arasy pusing ke belakang. Terus dia senyum bila ternampak muka aku yang baru aje sampai.

"Yo, Gabriel! Aku pun baru je sampai ni. Duduklah dulu, aku dah orderkan air untuk kau. Iced Caramel Macchiato, ok kan?"

Aku senyum sambil tarik kerusi untuk duduk. Macam tahu-tahu aje si Wan ni yang aku tengah 'mengidam' nak minum Iced Caramel Macchiato hasil tangan barista kat Starbucks malam ni.

"More than enough. So, apa cer?"

Aku tengok Wan mengeluh. Aih? Macam berat je bunyinya?

"Aku ni... ada problem sikitlah dengan salah seorang staf aku kat office tu. Kau boleh bayangkan tak, macam mana rasanya bila kena tipu dengan anak buah sendiri?" Wan mulakan sesi luah-dengar masalah dia dengan aku. Yang aku ni, angkat kening tanda tak faham. Daripada posisi bersandar tadi, aku terus condongkan badan ke depan sikit.

"What do you mean? Bro, cuba kau cerita satu-satu kat aku bagi aku faham. Apa masalah sebenarnya ni?" lepas aje aku tanya dia macam tu, aku tengok dia mengeluh berat.

"Macam ni... Aku ada ambil sorang pekerja ni jadi accountant kat dalam syarikat aku sebab Juliana tu kan tengah cuti bersalin. Dah dua bulan lebih rasanya dia kerja dengan aku since Juliana cuti. Mula-mula tu memanglah ok, tapi sejak akhir-akhir ni, aku perasan duit syarikat macam makin berkurang setiap minggu. Aku siap terima laporan daripada pegawai aku yang dalam masa dua bulan ni, duit syarikat yang dikeluarkan dah cecah RM50,000!"

Terbeliak besar mata aku. Biar betul?! RM50,000 lesap dalam akaun syarikat?

"Then apa kaitannya dengan accountant baru kau tu? Kau nak cakap yang dia songlap duit syarikat?" aku cuba teka dan tekaan aku memang betul. Wan mengangguk.

"Kau sure ke dia yang buat?" aku minta kepastian. Ye la, takkan nak tuduh tanpa bukti, kan?

"Kalau aku tak sure, aku takkan mention yang aku ada ambil accountant barulah, bro! Aku surelah! Baru je semalam aku cakap dengan dia face to face," Wan jeling aku. Bengang dengan akulah tu!

"Dia cakap apa? Wait! Accountant baru kau tu... lelaki ke perempuan? Kalau lelaki, aku tak rasa kau nak jumpa dia direct macam tu. Biasanya kau pecat je kan?" sempat lagi aku perli dia sambil sengih senget.

"Kau sengaja perli aku, kan?" Wan jeling aku tajam. Aku masih dengan muka curious.

"Jawab je la..."

"Perempuan," suara Wan mendatar sambil buat muka poker face depan aku. Huh, dah agak!

"Nama dia siapa? Cantik tak?" aku usik Wan sambil angkat-angkat kening.

"Wei, jangan ubah topik boleh tak? Aku nak cerita ni!"

Terkekeh-kekeh aku ketawa. Wan dah naik volume. Bengang sangat bila aku ganggu konsentrasi dia.

"Ahahaha! Sorry-sorry, bro! Aku nak tahu je. Ok, now story kat aku," aku tepuk bahu Wan. Nak pujuk sikit, nanti ada jugak yang kena tinggal kat Starbucks ni sorang-sorang karang!

Wan jeling. Tapi, dia sambung jugak cerita dia.

"Suria. Nama dia Suria. Masa aku nak jumpa dia pagi tu, dia tak masuk office. Tak pernah-pernah sebelum ni dia tak masuk kerja tau! Tu yang aku bengang sikit dengan dia. Lepas tu, petang baru dia masuk. Apa dia ingat office aku tu hotel, boleh keluar masuk sesuka hati? Bila aku dapat tahu Suria dah masuk office, aku suruhlah Eva panggilkan dia sebab aku nak jumpa."

Wan berhenti sekejap untuk sedut minuman dia. Aku pun ikut minum sekali. Nanti kalau krim cair tak sedap pulak.

"Lepas tu, aku tanya dia sama ada dia ada transfer duit syarikat kat dalam akaun bank dia secara senyap-senyap atau tak. Kau tahu dia jawab apa?" Wan bulatkan mata pandang aku. Yang aku boleh pulak ikut apa yang dia buat. This is what people used to call, curiosity.

"Kau tak cakap lagi, aku nak tahu cemana?"

"Dia bagitahu aku yang mak dia koma dan perlukan duit untuk buat pembedahan. Kau fikir aku nak percaya ke? Anak zaman sekarang ni ada ke yang kisah pasal mak ayah? Mak ayah zaman sekarang pun, ramai yang buat don't know je kat anak-anak, kan? Entah-entah duit RM50,000 yang Suria ambil tu untuk enjoy!" tuduh Wan dengan selambanya. Aku cuma diam. Tak berani nak komen. Aku tak kenal pun siapa 'Suria' yang Wan maksudkan ni. Tapi, tengok gaya Wan describe pasal perempuan ni, nampak gayanya dia macam sorang perempuan yang jujur, tapi mungkin dia terdesak. Itupun kalau dia tak menipu la pasal mak dia koma kat hospital tu.

"Wei, kau apahal senyap? Bagilah komen sikit!" aku terkejut bila Wan tiba-tiba menyiku lengan aku. Eh!

"Ha?" aku termangu-mangu sekejap.

"Aku cakap, bagilah komen. Kau apasal ni? Termenung pulak!" Wan kerutkan dahi sambil pandang aku tajam. Sambil merengus, dia sedut Cappuchino yang ada depan mata.

"Em... Kalau kau minta pendapat aku yang paling jujur, aku akan cakap yang mungkin that girl, what's her name again? Suria! Yeah, I think she's not been lying to you. Aku rasa dia jujur dengan kau. Yelah, biasanya orang kalau dah buat salah selalu tak mengaku salah dia. Tapi, budak ni macam lain," aku jawab betul-betul ikhlas. Ikhlas? Hm... Mungkin. Sebaik saja aku tuturkan pendapat aku, serta-merta mata Wan terbeliak besar seolah-olah tak percaya yang aku menyebelahi Suria. Tak semena-mena dia menghentak meja pakai tangan sampaikan air dalam bekas kopi kami bergoncang. Tipulah kalau aku kata aku tak terperanjat, walaupun sikit.

"What? Seriously, bro? Kau bela dia? Oh, wow! You're not even know her, and that was what it came from your mouth?" Wan ketawa sinis. Efek daripada rasa terkejut tadi dah hilang, jadi aku buat muka tenang.

"Listen up, bro. Aku bukan cuba nak bela dia. Tapi, aku cuma menyatakan pendapat aku berdasarkan apa yang kau cerita pada aku. Lagipun, kau sendiri yang minta aku komen, kan? Jadi, aku bagilah pendapat aku yang paling-paling-paling jujur. Rileks ah! Macam mana nak solve the problem kalau pendapat orang lain kau tak boleh terima?" aku tuturkan ayat dengan intonasi suara yang tenang. Aku tengah cuba bermain dengan psikologi Wan dan ternyata memang berkesan. Wan nampak agak reda sikit daripada tadi. Dia mengeluh.

"Sorry, Gab. Aku bukan apa, aku terkejut dengan kehilangan duit RM50,000 kat dalam akaun syarikat aku tu. Bila disiasat, lagilah aku geram bila pekerja aku sendiri yang dah menyeleweng duit syarikat. Yang buat kerja berani mati tu bukan lelaki, tapi perempuan pulak tu!" aku tengok Wan meraup mukanya dengan tapak tangan. Nampak stress betul kawan aku yang sorang ni. Wan memicit-micit batang hidungnya sambil termenung sendiri dan suasana senyap menyelubungi atmosfera antara kami. Bunyi suara manusia lain aje yang menjadi latar di dalam kedai.

"So, apa kau nak buat dengan dia lepas ni?" aku cuba memecahkan tembok sepi. Bosanlah kalau duduk diam aje tanpa dialog, kan? Haha...

"Patut tak kalau aku pecat dia?" Wan angkat muka pandang aku.

Eh! Aku tanya dia soalan, dia pulang balik soalan.

"Yang tu terserah pada kau, bro. Tapi, aku nasihatkan kau untuk siasat betul-betul pasal kes ni. RM50,000 bukan sikit tau! Kalau kau salah ambil tindakan, kau yang rugi, bro. Fikir masak-masak dulu sebelum kau bertindak," aku sempat sedut Iced Caramel Macchiato aku yang masih berbaki separuh. Kali ni, aku dengar Wan mengeluh lagi.

"Thanks, Gab. Kau memang kawan aku sampai mati. Aku tak tahulah nak cerita kat siapa pasal ni kalau kau tak ada. Dahlah si Haris dengan Fuad tu sibuk memanjang sampai aku nak jumpa pun susah."

Aku senyum. Wan pun ikut senyum, tapi senyuman dia nampak sedikit kelat. Aku tahu dia masih risaukan duit syarikatnya. Apa-apapun, aku tak berapa risaukan dia sebab aku tahu sangat Wan mesti boleh atasi masalah ni. He's a survivor out of million people. Aku kenal sangat perangai dia macam mana.

"Feeling better? Ok, Wan, lepas ni kau nak lepak mana?" aku tepuk bahu Wan yang tengah meneliti jam tangannya. Dia sengih.

"Karaoke, jom? Aku ajak Selena?"

Aku cuma tergelak.

"Suka hati kaulah!" dan ketawa kami meletus. Aku habiskan baki Iced Caramel Macchiato aku dan Wan habiskan baki Cappuchino dia. Tak lama lepas tu, kami beransur keluar dari Starbucks dan menghala menuju ke pusat karaoke berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience