BAB 4

Fantasy Series 840

Saat aku duduk di pelamin yang terserlah kecantikannya, aku menunggu kehadiran Fir.

"Ma, Fir ada beritahu yang dia lambat ke?" Soal ku kepada mak Fir. Mak Fir yang nak aku panggil dia mama awal - awal katanya supaya biasa nanti lepas khawin.

"Setahu mama, takda pula dia beritahu nak singgah mana-mana. Mungkin kejap lagi dia sampai la tu. Sabar ye." Katanya sambil menepuk paha ku.

Selang beberapa minit. Kedengaran telefon mama Fir berbunyi.

"Assalamualaikum. Fir kamu kat mana. Cepat lah semua dah ada ni, tinggal kamu je ni." Katanya apabila melihat nama anaknya terpapar di skrin telefonnya.

Sunyi.

"Waalaikumsalam. Ye saya ibunya. Siapa ni."

Sunyi.

"Oo. Kenapa dengan anak saya Encik."

Sunyi.

"Ya allah."

Hanya dua perkataan itu sahaja me buatkan aku takut. Takut akan kebenarannya.

"Ya allah, Selamatkan lah dia ya allah" Bisik ku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience