Rate

F

Mystery & Detective Series 181

"Shit!" Jay terus bangun membuka pintu biliknya, kelihatan satu susuk tubuh yang tegap berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Kau nak apa?" soal Jay dingin sambil menggosok-gosok matanya, maklumlah baru bangun tidur.

"Ran panggil nak jumpa." kata lelaki itu lalu berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari Jay.

Jay meraup mukanya lalu masuk menukar pakaian.

-----

"Kenapa semua berkumpul, ada benda penting ke?" tanya Jay pelik, jarang nak tengok kawan-kawan dia berkumpul macam ni kat ruang tamu.

"Yea, kita ada kerja." balas Kun alias ketua bagi kelima lelaki yang sedang berkumpul di meja tersebut.

"Kerja apa je?" tanya Jay duduk di hadapan Shin.

"Aku ada hal, jadi aku tak boleh nak buat kerja yang Ryu bagi, lagipun orang aku tak ramai." terang Kun sebelum memberitahu kerja yang perlu dilakukan oleh Jay.

"Jadi aku serah kerja ni kepada kau Jay, sebab orang kau lagi ramai berbanding kitaorang." Jay hanya mengangguk faham, tidak hairan kalau Kun kata orang dia ramai, sebab dia ketua yang kedua, bawah Ran.

"Aku ada tugas yang nak kena buat, jadi aku tak boleh." kata Ran seolah-olah sudah tahu apa yang Jay akan tanya.

"So,what I need to do? Killing someone or something else?" tanya Jay.

"Find a girl and flowers." balas Ran, terbeliak mata Jay.

"Bruh are you crazy?! Cari perempuan dengan bunga? Kau nak kahwin ke?" tanya Jay tidak percaya.

"Aku tahu benda ni macam gila sikit, tapi ni arahan dari Ryu." kata Brian yang dari tadi mendiamkan diri di setujui oleh Mike.

"Tak pernah-pernah aku cari perempuan tetiba hari ni kau suruh aku cari perempuan dengan bunga?! Damn!"

"Apa yang penting sangat nak cari bunga alah dengan perempuan tu?" soal Jay mengerutkan dahi.

"Kalau kau rasa nak hidup, lebih baik kau cari, masa yang diberi adalah sebulan." balas Kun lalu pergi.

"Hidup? Kalau aku tak dapat aku kena hukum mati ke? Ish kenapalah aku yang terpilih untuk buat kerja banggang ni?" keluh Jay.

"Yang pasal bunga alah tu apa yang penting sangat?" tanya Jay.

"Entahlah, Ryu kata bunga tu dah hilang tiga tahun." balas Mike.

"Tiga tahun?! Weh kalau tiga tahun hilang mesti bunga tu dah mati, dah tu macam mana aku nak cari?!" tanya Jay, kerja yang Ryu bagi kali ni memang betul-betul gila!

"Sabar...bunga tu bercahaya." kata Kun menenangkan Jay.

"Bercahaya? Kau ingat ni cerita kartun dongeng ke? Entah-entah bunga yang dia katakan tu bunga api." balas Jay

"Sebenarnya aku pun tak percaya kalau kata ada bunga bercahaya, aku rasa Ryu ni dah macam gila pun ada..." sokong Ran.

"Huh susah betul lah...okay pasal bunga tu selesai, sekarang pasal perempuan tu pula." kata Jay menukar topik.

"Nama perempuan tu Olivia." ujar Kun.

"Wth-, kau ingat ada sorang je ke nama Olivia? Lagi satu, tak kan kau nak suruh aku tanya semua perempuan yang ada kat atas muka bumi ni nama diorang sorang-sorang?"

"Sokay, perempuan ni senang je kalau kau nak cari, kulit dia pucat, senang kata dia macam vampire." balas Brian.

"Lol, okay then, apa kaitan pulak dengan perempuan bernama Olivia tu dengan bunga yang aku nak kena cari ni?" tanya Jay mengerutkan dahinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience